Showing posts with label situasi. Show all posts
Showing posts with label situasi. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

entri bermotif .

assalamualaikum wbt .

harapan agar semuanya sentiasa di bawah lindungan rahmat dariNya . amiinn . mukadimah macam penutup . apakah ? baiklah abaikan . kadang kadang korang memang perlu abaikan perangai aku yang macam loser bila buat mukadimah . almaklumlah . dah sepuluh tahun tinggalkan dunia pidato . oh tak . time form 2 aku masok pidato lagi . makanya dah lapan tahun aku tinggalkan dunia aku yang bijak mengatur bicara itu . makanya itulah punca mukadimah aku selalunya failed . ye lah nak buat karangan pun , apa motif kan -.- 

makanya mukadimah aku di atas memang failed . makanya marilah menuju ke pangkal jalan di mana aku dah betul betul sedar yang aku sekarang ini hari ini jam ini minit ini saat ini bahawa aku memang gemuk . gemuk yang tidak dapat disangkal lagi . like seriously . sebelum ni , aku macam tak berpijak di bumi yang nyata sangat . selalu perasan kurus walaupun da terang tang tang yang banyak lemak yang melemakkan diri di badan aku . dulu selalu marah aiman bila dia komen aku gemuk dalam gambar . aiman je la pun yang akan selalu cakap aku gemuk . bila da lebih 44 kali , maka ianya jadi realiti . aiman , lain kali cakap la aku ni kurus macam heidi klum ke , macam izara aisyah ke . kata kata tu doa , man . kan aku dah gemuk sekarang -.-


2010


2012

see . korang boleh tengok sendiri lemak yang aku ternak selepas dua tahun . actually badan start naik bila degree . dan alasan cliche yang aku akan bagi bila orang tanya soalan cliche kat aku kenapa badan aku da naik adalah sebab aku pergi kelas naik kereta bukan lagi berjalan kaki macam time diploma dulu . walaupun cliche tapi sangat masuk akal . badan ni kalau dimanjakan sangat memang akan berlemak pun . kan hadirin hadirat sekalian ? -.-

lagi satu sebab yang aku selalu nafikan kebenarannya ialah makan ais . ataupun lebih dramatik lagi bunyinya kalau ais merupakan dadah aku start dari part 5 diploma . bukan ais ais baby tu tapi ais ketul . habit aku yang suka beli ais ketul 50sen kat dining then ratah macam makan popcorn time tengok wayang tu telah membawa aku kepada aku yang sekarang yang macam kena pam tayar hilux tu . 

dan orang orang yang selalu bertanya soalan cliche kenapa aku gemuk sekarang , mesti mereka sertakan sekali jawapan cliche mereka sekali , bahagia letewww . walaupun cliche lagi tipikal malaysian , jika dilihat berdasarkan gambar bukti , ada kebenarannya sebab nazrullah pun macam ada perbezaan je . hewhew .

makanya sekarang aku tutupkan entri ini dengan titik nokhtah sahaja .

motif entri sipa ? -.-

Monday, February 20, 2012

i study oversea u'olls :P

seriously 


tak percaya ?


perhatikan gambar di bawah 


bhahahaha
sejak bila pulak aku belajar kat indon ni ? 
kat UNPAD pulak tu 
amek medik leteww :P
bhahaha lagi 


ada jugak orang nak memalsukan diri nak jadi aku ni
aku ni sipa je pun 
bukan lisa suGHIGHUmah 
eh
lisa surihani
selena gomez ke 
ataupun heidi klum

Tumblr_lyble7jn4j1r76oeoo1_500_large

sumpah kelaka ohh

                                 

Saturday, February 18, 2012

peribahasa .

 

diluah mati emak ditelan mati bapak .begitulah ibaratnya apa yang dirasakan di dalam hati sejak kebelakangan ini . dah dekat dua minggu lebih dia begitu . entah apa puncanya pun aku kurang mengerti . ataupun aku yang terlalu begok untuk memahami . dia bukan pertama kali berkelakuan sebegitu . selama aku hidup sebumbung dengan dia , dia memang selalu begitu . kadang kadang angin itu datang tanpa diduga . datang dengan tiba tiba . kalau aku yang salah , ataupun sesiapa saja yang bersalah , nyatakan dengan jelas . bukan terus terusan menyimpan dan menjadi teka teki silang kata untuk sepanjang hidup aku . aku dan kami bukan patung yang tiada hati , buta , pekak dan bisu untuk menelan bulat bulat semuanya . sekali lagi , dari hati yang terdalam , aku mohon , utarakan . jangan simpan dalam dalam lalu terus jadikan bahan untuk menghambur .

notabukulali : penat nak simpan .


Thursday, January 19, 2012

bahana part 3 sudah tamat .

semalam paper terakhir untuk semester tiga degree . paper consumer behavior . paper yang aku target boleh dapat keputusan cemerlang . tapi , bila mencuri curi tengok kertas soalan time ketua pengawas membebel kat depan , aku dapati apa yang dihajatkan seolah olah musnah ditimpa tsunami . over kan ? tapi , lagi over pembikin soalan CB semalam . sumpah over . aku rasa macam time belajar CB , macam tahap degree punya belajar , tapi time nak jawab exam , macam nak jawab soalan tahap PhD . jap PhD ada amek exam kah ? ok . abaikan .



ini tentang semalam lagi . semalam aku tataw apa yang merasuk aku suruh pakai cantik cantik macam nak g dinner . cantik kewwww ? lepas tu , orang tengok semacam macam la hidung aku ni ada tujuh lubang hidung . sebenarnya dragon ball ada tujuh bijik semuanya . okbai . ok . xpe . abaikan mata mata yang memandang . mari jawab soalan exam yang susah . walaupun susah , aku tetap pulun keluar dewan awal sebab perut dah bunyi bunyi suruh bagi makan . time nak keluar dewan , aku tengok ketua pengawas tu macam dok tunggu seseorang kat pintu . beliau menanti akukah ? yaaaa . memang akulah orang yang beliau nanti nantikan selama ini . aku telah diberi amaran pertama sebab pakaian yang aku pakai tidak mengikut sahsiah rupa diri pelajar . mungkin aku ikut sahsiah rupa diri artis kot . wateva . dah la soalan susah . nak sound sound pulak . tapi , naseb baek beliau menegur dengan senyuman dan santun . budi bahasa amalan kita kan (:

so , apa lagi ? part 3 sudah tamat . mari bercuti cutian sebentar lepas tu kerja kat butik . wuhuu ! rindu tasnim :D


ini memang bukan tasnim . sah sah bukan . tapi ini peminat tasnim . dengan peminat tasnim yang ini pun aku rindu . tapi , macam biasalah . ego .

Thursday, January 12, 2012

dua ribu dua belas .

dah dua belas hari dua ribu dua belas . dah dua belas hari tahun baru . dah dua belas hari bulan januari . dah dua belas hari lebih juga blog ini dibiarkan bersawang penuh gersang gara gara 7 kertas ujian akhir yang harus diambil untuk semester tiga . semoga awak sehat , blog . maaf lama tak menconteng arang ke mukamu , blog . hati tidak seronok . dua ronok pun tidak . tiga ronok apatah lagi . muka mungkin nampak seronok . tapi , jiwa tidak . tapi , aku cuba untuk buang jauh jauh . aku cuba untuk kutip semangat semangat yang orang beri . dan aku cuba untuk sematkan kuat kuat dalam hati . doa aku semoga aku kuat . tabah . dan sabar . dan hidup dengan penuh senyuman . bukan yang palsu . tapi asli . original . amiin (:

Tuesday, November 22, 2011

bangga dan kuciwa .

malam semalam test consumer behavior . test pukul 8 . tapi lect datang pukul 8.20 . bola start 8.30 . dapat je kertas , aku dok pulun buat laju laju sebab nak balik tengok bola . on the way nak balik rumah , sempat aku tanya boyfriend berapa da . dia kata 1-1 . frust . tapi tak banyak sangat . sikit je . sampai rumah xdan nak tukar baju letak beg ke apa , aku terus tengok bola . kalau tengok dengan ayah mesti best . haha . rindu ayah T___T jerit jerit . emosi bagai nak gila tu biasa la kalau tengok bola kan . tapi aku jerit sampai pak cik jiran sebelah sound . alah pak cik ni . macam x penah jerit time tengok bola -.- potong mood sungguh . haih . aku malas nak jadi pengulas sukan macam abu bakar atan . tapi serius lawak gila abu bakar atan semalam . kalau korang alert , ada part  yang dia macam bersajak . haha . memang emosi dan mencuakkan . sumpah suspen . time penalti tak payah cakap la kan . aku ni sampai tak larat nak tengok sebab lama sangat dorang main . kalau aku yang tengok pun penat , dorang yang main ? kesian jugak bila boyfriend kata rabu ni dorang ada match lagi untuk kelayakan ke olimpik . huisssyyy . patut bagi tidoq seminggu dulu tu . apapun , bangga aku teramat amat bangga sampai rasa macam nak join dorang nyanyi lagu negaraku sekali ngan dorang semalam punya bangganya :D congratz to the team :D


semalam lupa nak pakai baju kale hijau 


ini betul betul mengecewakan aku T____T

Tuesday, November 15, 2011

terbangak bangak dan esaited .

terbangak bangak refers to macam terkapai kapai di dunia alien . perkataan terbangak bangak ni aku kutip daripada mulut housemate aku . esaited tu lebih kurang rasa macam nak melompat hingga ke atas awan sebab terlalu seronok yang kritikal . esaited ni , aku sure semua orang selalu , pernah dan suka sangat nak jadi esaited kan . kan kan ? apa aku merapu pun aku kurang pasti sebab aku sepatutnya buat slideshow untuk presentation jumaat ni tapi aku sekarang sedang seronok melayari internet sambil mendengar lagu years from now ulang ulang sampai pengsan . oh . by the road , aizat akan berkonsert kat uitm seri iskandar 5 disember ni . jadi , hadirin sekalian , sila jeles . aku da cop nak duet ngan aizat nyanyi lagu pandang pandang mengorat ngorat . aww aww :P dan menurut mimpi tak kesampaian aku tu , aizat bersetuju untuk berduet dengan aku . aww aww lagik :P

baeklah . merujuk kepada tajuk entri di atas , aku sebenarnya merujuk kepada aku yang terbangak bangak time nak buat blog untuk esaimen e-commerce aku tadi sebab ada benda baru yang aku baru jumpa tadi . ok . mari aku stopkan sebentar lagu aizat ini . stress pulak dengar lagu yang sama 7juta kali kan . benda tu maybe tak baru sangat . maybe da lama . cuma aku yang baru jumpa . mari kesian . benda baru yang aku maksudkan aku pun tataw nak tulis macam mana apa yang nak maksudkan tu . tapi kalau korang tengok aku punya blog sekarang dah lain kan ? kan kan ? sebelum ni aku tengok kat blog aena wani . aku macam kagum kat mana dia jumpa templates  simple dan modenisasi macam ni . dan akhinya tadi aku da jumpa . dan aku esaited melampau lampau sampai terus tukar templates blog aku sampai jadi yang macam sekarang ni . esaited kan aku ? 

ok , cukup . mari sambung buat slideshow .

kbai .


Monday, October 24, 2011

penghargaan besar besaran .

sebelum tiba hari konvo , esaited aku bagai nak gila . esaited nak g arau . esaited nak jumpa kawan kawan . esaited nak giggles macam selalu . esaited nak makan banyak banyak kat arau tercinta . sumpah . aku terlalu cintakan arau . aku cintakan suasana di arau . aku cintakan kawan kawan di arau .

sebelum hari konvo jugak aku sempat jatuh dekat masjid baru kat kuala perlis . standard la tu kan kalau aku jatuh . kalau aku tak jatuh nanti ramai sangat pulak orang impress dengan kehebatan aku yang tak jatuh kat mana mana tu . lutut luka . xde la teruk tapi teruk jugak la . menyeret jugak la jalan . tapi , atas pentas tetap maintain ayu lagi comel dan tembam . sebut pasal tembam , semua orang buta sebab cakap aku tembam dan dah gumuk macam domokun . okay , yang macam domokun tu aku yang tambah . tapi dorang tak buta sebenarnya . cuma dorang dah lama tak jumpa aku kan . oh . emosi maseh terngiang ngiang dengan kegumukan ni . haih .

pagi hari konvo sempat lagi g padang besar sebab nak puaskan nafsu perempuan yang suka bersoping . mana tak nya . aku beli sampai dua spek . memang nafsu . lepas soping sopingan , rush rush pulak nak tukar baju kat semejid . sampai tak sempat nak berhenti kejap kat chuping nak tangkap gambar . sampai frust dan termenangis jugak la . dan terus rasa tak seronok nak berkonvo . tapi tak seronok tu hilang bila jumpa kawan kawan dan tiba tiba ada orang yang cakap tak boleh datang , muncul pulak kat podium kan -.-


 terima kaseh ayah ibu sebab jadi penaja sepanjang pengajian (:
maaf sebab dapat satu bintang je


yang tengah tengah tu betul betul buat terkejut mawas sebab tiba tiba muncul kat pintu dewan time aku nak masuk dewan . terima kaseh sebab datang dari jauh dan hadiah hadiah nya ya , sayang (:


yang ni maleh cakap . tapi kena cakap jugak sebab beliau banyak tolong aku time diploma . tolong bagi pinjam buku . tolong bawak g makan . dan bermacam macam lagi pertolongan yang dihulurkan yang terlalu banyak beliau tolong aku .  oleh kerana pertolongan beliau sangat banyak , maka aku am kan ucapan aku . terima kaseh untuk segala galanya ♥ 
perrggghhh kasot baru :P

 ini muka penat paling terpenat sampai pening pening tapi tetap senyum nampak semua gigi .

 ini kesayangan paling tersayang ♥

kenapa harus ada aiman dan razlan ? apa function mereka ?


oh ya .

terima kaseh jugak untuk semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pengajian aku sepanjang diploma ni . banyak aku kira . sepupu sepapat , pak pak menakan , mak mak menakan , dan semua semua nya . tapi aku nak highlight kat pak usu sebab aku tak dapat lagi kenny rogers sampai sekarang ni . haha .

banyak jugak yang komen dekat album konvokesyon . cekgu cekgu sekolah pun ada . dan ini paling buat aku terharu .


aku memang budak nakal . dan sampai sekarang aku maseh nakal :P

Sunday, October 2, 2011

kesibukan pelajar ijazah . cewaahh tajuk tak boleh bla .

dah tiga minggu aku jadi pelajar ijazah kat tempat baru . perbezaan ? yang ketara mungkin tempat baru . udara baru . cara bernafas yang mungkin agak baru . lecturer , juta juta bintang aku bagi . memang baik dan tak mentensenkan . kecuali lecturer QMT yang baru . lecturer QMT yang lama memang baik dan cool . kelas pon smooth . 2 jam tak terasa langsung . rasa macam baru masuk , dah habis kelas . dasyat kan . assignment ? tak payah cakap . bukan kata hanta yang ni , dapat yang baru . tak buat apa lagi , da dapat yang baru . balek rumah baru terkedek kedek nak buat sebab boleh online laju laju .

kawan kawan ? baru tiga minggu kenal . untuk kadang kadang aku lebih suka sorang sorangkan diri aku . 

arau ? sumpah rindu bagai nak gila . hari tu sempat makan roti canai adam dan nampak adam kat gerai roti canai adam .

p/s : gambar untuk assignment . haha . ok , tak lawak .

Thursday, September 15, 2011

untung laa rumah dekat je ngan UiTM .

first week itu sungguh penat dan seronok dan bermacam lagi . standard la kalau first week tak g kelas kan . standard la kalau first week tu adalah moment untuk membuat segala macam perbandingan tentang yang baru dengan yang lama . standard la kalau first week ni xde masa nak online kan . okayy , bukan sebab xde masa sebenarnya . tapi sebab xde bende bende alah yang boleh membuatkan diriku ini teronline dengan jayanya .


standard la kalau jadual tu blurr sebab photographer dia pendek . tangkap gambar jadual je pun nak panggil photographer -.-

tapi tak standard langsung bila xde mushrum kat sini . sobs sobs T____T

Friday, September 9, 2011

dunia baru dan bakal rindu .

lama aku mendiam . lama aku menghilang . lama aku menyepi . mendiam daripada mengupdate belog tentang manusia manusia ajaib yang dulu hingga kini setia di sisi dan hati biarpun jasad tidak sekali .

aku cuma cari waktu waktu berserta perasaan yang sesuai untuk mengupdate sesuatu yang aku kira terindah untuk aku . dan perasaan itu hadir selepas ku tenung lama lama imej di bawah ini sambil mengorek habuk di dalam mata .



kabur . ya , memang imej ini agak kabur . tapi persahabatan itu jelas luhur dan ikhlas .

sekejap dan sebentar yang dah buat aku betul betul speechless . tak puas nak pelok lama lama . bersembang panjang lama lama . macam dulu dulu yang selalu selalu .

dan sebentar esok , aku akan melangkah dunia baru yang aku kira asing . mungkin tak macam makhluk asing . cuma ia asing . tempat baru dan rakan baru dan juga environment yang baru .


dan sudah pasti akan rindu subjek subjek ini .






doa doakan ye (:
sayang semua . dan mari packing barang secara realiti .

Monday, September 5, 2011

syawal memey sebulan tapi raya sehari je .

secara kesimpulannya raya tahun ni tidak best dan seronot seperti tahun tahun sebelumnya . ni kalau buat karangan konpem failed dengan jayanya sebab pendahuluan xde , isi penting xde terus je bagi kesimpulan kan -.- watevah . kepada pembaca setia , maaf la melenyapkan diri untuk sementara waktu . banyak yang ingin dicerita tak tercerita . banyak yang ingin dikisahkan tak terkisah . gara gara apa aku pun kurang mengerti . malas mungkin . letih pun ia .

hujung ramadhan aku diluluhkan oleh mak cik tukang jahit dengan cerita baju raya aku tak siap . itu memey luluh perih jiwa gua ni bai . paling merosakkan raya gua , itu la . naseb la kje kat butik -.- tak masok lagi ngan kes disentapkan oleh sebaris ayat yang begitu menyentapkan hati gua yang dialunkan oleh seorang adik terhadap gua , kakaknya . sangat dramatis yang tak romantis langsung . sikit pong tak . ku pikirkan adik je bai . kalau tak , memey gua da tetak tetak lidah beliau . dan gua toreh toreh muka annoying beliau itu .

tapi sebagai seorang perempuan yang gagah , aku tetap berlagak cool di samping keluarga tercinta supaya tetap diberi duit raya . dan hasilnya aku tetap dapat duit raya cuma tak mencecah rm100 je sebab tu raya tak best lepas tu duit raya tu habis aku beli cadar baru untuk alam pembelajaran yang baru ni . cakap pasal belajar , mintak mintak la tulisan aku cantik macam biasa sebab da 4 bulan tak menulis panjang panjang . asyik menaip je kan . kan kan =='

aku malas nak cerita panjang panjang sebab macam belum mandi lagi rasanya ni . ye la kot . erk . abaikan . aku sertakan gambar gambar yang sepatotnya untuk diratapi dengan caption yang tak merapu macam ayat aku yang da tunggang langgang yang da tak dapat diselamatkan macam ayat ayat di atas .


okayy . xde caption . yang pasti gambar last tu aku suka . raya tahun ni tema kuning . kuning sekuningnya . tiada yang kuning melainkan kuning belaka . ok , bai . nak mandi . kids , don't this at home okayy . asrama pong jangan . nnt dapat penyakit paru2 berair . ok , bai .

p/s : gua menang giveaway . jadi selamat hari raya :D
psp : ada lagi dua manusia yang tak reply kad raya gua . ciss . nak kena ni -.-

Tuesday, August 9, 2011

tiga kali lapan hari bulan lapan ♥♥♥

ini lapan hari bulan lapan dua ribu lapan
ini gambar pertama
ini date pertama 

ini lapan hari bulan lapan dua ribu sembilan 
ini ulangtahun pertama 
merajuk nak makan big apple kat tesco mergong 
itu memang tak boleh blah la lu
aku memang kuat merajok 

ini bukan lapan hari bulan lapan 
ini bukan gambar kawen 
nikah pom bukan
tunang lagi lah tidak 
ini dinner aprisiasi tema raya 
aku paksa beliau pakai baju raya tahun lepas supaya sama dengan aku
kejam

ini dinner malam klasik yang vogeh 
ini paling aku suka sebab aku dapat naek vespa tanpa mengalami kemalangan jiwa 

ini himpunan gambar gambar lama 
nak haplod semua , bazir banyak masa
jadi , mari satukan 

ini yang paling baru da latest 
tapi ini bukan lapan hari bulan lapan
ini cuma tujuh hari bulan lapan dua ribu sebelas 
sebab lapan hari bulan lapan dua ribu sebelas adalah hari isnin 
hari di mana aku bekerja dan beliau berpraktikal 

motif gambar gambar dipamerkan ? 
kerana lapan hari bulan lapan dua ribu sebelas itu genap tiga tahun umurnya cinta ♥

tak nak taip banyak , cuma I akan ♥  U sampai selama lama lama lama lama lama lama lamanya (:

Sunday, July 31, 2011

semoga selamat semuanya (:


selamat bertarawikh . selamat bersahur . selamat berpuasa . selamat berbuka puasa . selamat becoming raya .

p/s : semangat sungguh aku wish selamat becoming raya -.- alah , korang pom sama gak kan . tak payah nak dusta dusta . bulan pose ni . x baek tipu :P

Thursday, July 28, 2011

hipokrit itu bukan sifat mahmudah .

macam tah hape hape tah tajuk entri kan -.-

malas nak taip panjang panjang sebab xdew suara . harimau malaya memang kalah tadi . tapi kalah pun , kalah kita bermaruah . mereka main sehabis baik . mereka main bermati matian . mereka dah usaha berkoyan koyan . itu ujian Tuhan . kalau dah menang selalu nanti tak rasa pulak nikmat kekalahan kan . oh . macam pantun lah pulak +_+

singapore ? mereka memang kuat dan terer . kuat menipu dan terer berlakon . tapi aaron aziz tetap hensem dan tough . awww :P

dear pasukan HARIMAU MALAYA , semangat aku dan kami tak pernah luntur biarpun secalit .

 yang ni memang terer , hensem dan kacak ♥

p/s : kenapa rajagopal x bg apek maen kat singapore hari tu yew ? kemusykilan yang tak pernah padam ini maseh bertakhta di hati -.-

Monday, July 25, 2011

to my dear baby boy ,



Happy 23rd Birthday 

tahniah . anda sudah memasuki tahun ke dua puluh tiga kehidupan (:
semoga hidup anda penuh bunga bunga putih kebahagiaan , disinari cahaya keimanan , dan dirahmati Tuhan .

 
sayang ? sampai bila bila ♥