Showing posts with label rasa. Show all posts
Showing posts with label rasa. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

simpan .

penat aku untuk menyimpan lagi
menyimpan kepedihan
menyorok kepahitan

aku bukan patung
boneka pun bukan
hati aku masih berfungsi



p/s : doakan aku untuk lupakan kesakitan

                                                                                                                               

Tuesday, February 21, 2012

pengsan kejap 5 hari .


walaupun itu je dia reply dah cukup buat aku pengsan 5 hari
seriously

notabukulali : kalau pengsan 5 hari , esok x payah tengok result .
notabukulali II : okbai nak pengsan .
notabukulali III : macam lepas 5 hari tu tak boleh tengok result -.-'

Saturday, February 18, 2012

peribahasa .

 

diluah mati emak ditelan mati bapak .begitulah ibaratnya apa yang dirasakan di dalam hati sejak kebelakangan ini . dah dekat dua minggu lebih dia begitu . entah apa puncanya pun aku kurang mengerti . ataupun aku yang terlalu begok untuk memahami . dia bukan pertama kali berkelakuan sebegitu . selama aku hidup sebumbung dengan dia , dia memang selalu begitu . kadang kadang angin itu datang tanpa diduga . datang dengan tiba tiba . kalau aku yang salah , ataupun sesiapa saja yang bersalah , nyatakan dengan jelas . bukan terus terusan menyimpan dan menjadi teka teki silang kata untuk sepanjang hidup aku . aku dan kami bukan patung yang tiada hati , buta , pekak dan bisu untuk menelan bulat bulat semuanya . sekali lagi , dari hati yang terdalam , aku mohon , utarakan . jangan simpan dalam dalam lalu terus jadikan bahan untuk menghambur .

notabukulali : penat nak simpan .


pengorbanan .

Tumblr_ly8aerqpkq1qffwjno1_500_large


penat lelah hari ini untuk kegembiraan keesokan hari . mungkin bukan hanya esok . tapi juga lusa , tulat , dan seterusnya . selalu diperhatikan orang mengeluh dengan sedikit pengorbanan yang dilakukan . lebih teruk lagi kalau mengungkit . itu sangat teruk . 

tapi pengorbanan dan kebodohan memang tak sama . seriously . (matluthfi90)

notabukulali : mende tah aku merepek pepagi ni -.-'
                                                 

Tuesday, January 31, 2012

semua tentang kita by peterpan .

aku sedang berada di dalam opis sambil mendengar lagu ini berulang ulang kali . berulang ulang kali aku dengar sambil rindu . berulang ulang kali aku dengar sambil menangis . menangis tanda terlalu rindu . menangis tanda terlalu ingin melihat muka mereka di depan mata . cukup sekadar melihat muka di depan mata . tak perlu kata apa apa . kerana aku hanya ingin melihat muka depan mata dan memeluk erat . itu saja . kerana aku yakin mereka juga sama seperti aku .


ini gambar lama yang aku suka tatap lama lama 


wajah mereka kekuatan aku . teruskan tersenyum , sahabat (:

Thursday, January 19, 2012

bahana part 3 sudah tamat .

semalam paper terakhir untuk semester tiga degree . paper consumer behavior . paper yang aku target boleh dapat keputusan cemerlang . tapi , bila mencuri curi tengok kertas soalan time ketua pengawas membebel kat depan , aku dapati apa yang dihajatkan seolah olah musnah ditimpa tsunami . over kan ? tapi , lagi over pembikin soalan CB semalam . sumpah over . aku rasa macam time belajar CB , macam tahap degree punya belajar , tapi time nak jawab exam , macam nak jawab soalan tahap PhD . jap PhD ada amek exam kah ? ok . abaikan .



ini tentang semalam lagi . semalam aku tataw apa yang merasuk aku suruh pakai cantik cantik macam nak g dinner . cantik kewwww ? lepas tu , orang tengok semacam macam la hidung aku ni ada tujuh lubang hidung . sebenarnya dragon ball ada tujuh bijik semuanya . okbai . ok . xpe . abaikan mata mata yang memandang . mari jawab soalan exam yang susah . walaupun susah , aku tetap pulun keluar dewan awal sebab perut dah bunyi bunyi suruh bagi makan . time nak keluar dewan , aku tengok ketua pengawas tu macam dok tunggu seseorang kat pintu . beliau menanti akukah ? yaaaa . memang akulah orang yang beliau nanti nantikan selama ini . aku telah diberi amaran pertama sebab pakaian yang aku pakai tidak mengikut sahsiah rupa diri pelajar . mungkin aku ikut sahsiah rupa diri artis kot . wateva . dah la soalan susah . nak sound sound pulak . tapi , naseb baek beliau menegur dengan senyuman dan santun . budi bahasa amalan kita kan (:

so , apa lagi ? part 3 sudah tamat . mari bercuti cutian sebentar lepas tu kerja kat butik . wuhuu ! rindu tasnim :D


ini memang bukan tasnim . sah sah bukan . tapi ini peminat tasnim . dengan peminat tasnim yang ini pun aku rindu . tapi , macam biasalah . ego .

Tuesday, January 17, 2012

kerak nasi .




marah tapi sayang .
marah tapi cinta .
marah tapi rindu .
marah tapi tunggu .

p/s : walaupun mamun mamun + mekdi dah sejuk , tapi tetap pulun makan sampai habis . prosperity kot . 
p/s II : over ke kalau cakap kenyang sampai minggu depan ?
p/s III : maaf . sebab ego terlalu tinggi melangit .

Friday, December 30, 2011

hujung tahun yang demam .


8 subjek aku ambil . 7 subjek ada final . memang boleh demam . 
notabukulali : rindu arau .
notabukulaliII : rindu nazrullah yang sedang berada di arau .
notabukulaliIII : tu pasal la demam .

Sunday, December 18, 2011

berhenti . senyum . dan terus melangkah (:

lama tak jenguk blog . sibuk dan busy . terlalu dan sangat . esaimen dan banyak . test berderet . semangat kena kuat . kalau tak , quit lah jawapannya . tapi . untuk kawen , harus ada degree . itu syarat ibu aku bagi . jadi , nak tak nak , kena habiskan degree . okay , secara kasarnya , anda akan nampak niat aku nak study sebab nak kawen . tapi secara halusnya , aku memang nak belajar sebab sementara muda dan otak masih ligat berfikir fikiran ni , baik aku belajar . nanti , anak dah keliling pinggang . susah . kan ?

aku bukan merungut . cuma meluahkan . menyimpan seorang diri pun tidak elok . kelak , aku yang binasa . yang mendatang , memang banyak . macam aku cakap tadi . secara teknikalnya , taip -.- rehat macam tak pernah cukup . life macam sudah hilang . pergi dan jauh . yang tinggal cuma sisa sisa . bukan mati yang aku maksudkan . tapi . siapa tahu . mungkin esok atau lusa aku dijemput Tuhan . walaupun itu takdir . aku mohon jangan lah . bahu kanan masih ringan .

okay , aku dah mula merewang dan menyimpang .

maaf kalau bosan mendengar keluh kesah . maaf kalau bosan melayan karenah .

akhir kata , kuatkan semangat sampai ke penamat (:



notabukulali : terima kaseh pemberi semangat ♥

Sunday, December 11, 2011

diam .

kadang2 kita hanya perlu DIAM dlm memberi komen
kadang2 kita hanya perlu DIAM dlm menegur
kadang2 kita hanya perlu DIAM dlm memberi nasihat
kadang2 kita hanya perlu DIAM dlm memprotes
kadang2 kita hanya perlu DIAM dlm persetujuan
 
tapi
biarlah DIAM kita mereka faham ertinya
biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya
biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya
biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya

kerana
DIAM kita mgkn disalah tafsir
DIAM kita mgkn mengundang syak wasangka
DIAM kita mgkn disilap terjemah
DIAM kita mgkn x mbawa apa-apa maksud

maka
jika kita mrasakan DIAM itu terbaik
seharusnya kita DIAM

namun
seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yg bijak
berkatalah sehingga mereka DIAM
 
 

Thursday, November 24, 2011

pergi M .

aku tak suka membenci . 
jadi jangan sesekali paksa aku untuk membenci . 
aku ulang sekali lagi dengan huruf besar supaya anda anda semua nampak . 

JANGAN SESEKALI PAKSA AKU UNTUK MEMBENCI .


tapi muka benci aku tetap kiut macam kucing ni 

notabukulali : maaf . tajuk entri agak kasar . tapi aku dah penat .

Sunday, November 20, 2011

hati hati menjaga hati .


makan hati . sedap . 
sakit hati . pedih 
hati patah . sakit
patah hati . sudirman
patah seribu . shila amzah

-aku-

tipu untuk jaga hati ?

bunuh aku dulu 
kemudian tipulah aku


Tuesday, November 15, 2011

terbangak bangak dan esaited .

terbangak bangak refers to macam terkapai kapai di dunia alien . perkataan terbangak bangak ni aku kutip daripada mulut housemate aku . esaited tu lebih kurang rasa macam nak melompat hingga ke atas awan sebab terlalu seronok yang kritikal . esaited ni , aku sure semua orang selalu , pernah dan suka sangat nak jadi esaited kan . kan kan ? apa aku merapu pun aku kurang pasti sebab aku sepatutnya buat slideshow untuk presentation jumaat ni tapi aku sekarang sedang seronok melayari internet sambil mendengar lagu years from now ulang ulang sampai pengsan . oh . by the road , aizat akan berkonsert kat uitm seri iskandar 5 disember ni . jadi , hadirin sekalian , sila jeles . aku da cop nak duet ngan aizat nyanyi lagu pandang pandang mengorat ngorat . aww aww :P dan menurut mimpi tak kesampaian aku tu , aizat bersetuju untuk berduet dengan aku . aww aww lagik :P

baeklah . merujuk kepada tajuk entri di atas , aku sebenarnya merujuk kepada aku yang terbangak bangak time nak buat blog untuk esaimen e-commerce aku tadi sebab ada benda baru yang aku baru jumpa tadi . ok . mari aku stopkan sebentar lagu aizat ini . stress pulak dengar lagu yang sama 7juta kali kan . benda tu maybe tak baru sangat . maybe da lama . cuma aku yang baru jumpa . mari kesian . benda baru yang aku maksudkan aku pun tataw nak tulis macam mana apa yang nak maksudkan tu . tapi kalau korang tengok aku punya blog sekarang dah lain kan ? kan kan ? sebelum ni aku tengok kat blog aena wani . aku macam kagum kat mana dia jumpa templates  simple dan modenisasi macam ni . dan akhinya tadi aku da jumpa . dan aku esaited melampau lampau sampai terus tukar templates blog aku sampai jadi yang macam sekarang ni . esaited kan aku ? 

ok , cukup . mari sambung buat slideshow .

kbai .


Sunday, November 13, 2011

perempuan .

hati perempuan jangan dihiris hiris .
emosi perempuan jangan diduga .
jiwa perempuan itu halus .
jangan duga perempuan itu .
makin difaham perempuan semakin tidak faham .



sebab aku pun perempuan .
dan aku perempuan yang sukar difahami .

Saturday, November 12, 2011

fakta baru .











warna hitam tak lagi membuatkan orang gemok nampak kurus . tapi hitam sekarang telah menampakkan orang gemok menjadi lebih gemok . itu adalah fakta baru yang baru aku dapat tau petang tadi . memang sekarang merupakan musim aku gemok . aku pun tak dapat nak kenal pasti kenapa gemok aku melampau lampau sekarang . semua orang pon cakap benda yang sama . tasnim pun cakap benda yang sama . budak budak memang jujur kan . sometimes macam it's hurt kalau kita asyik memikirkan kata kata jujur orang . tapi takkan nak suruh orang menipu kot kan . benda betol . so , harus terima . oh . tapi it's tetap hurt . walaupun bukan sebab orang lain yang menyebabkan aku gemok . amende aku membebel ni pun aku tak pasti sebenarnya . abaikan je lah . apa yang penting ? kerjasama . ok tak . yang penting , biar gemok tapi hensem . amende aku ni -.- abaikan lagi . kbai .

notabukulali : terima kaseh abg 2D sebab menjayakan sesi fotosut (:
notabukulima : aku malas nak mengcaptionkan gambar2 berikut . korang boleh buat ayat sendiri .

Sunday, November 6, 2011

aku korban masa tidur time hujan sebab nak hapdet blog di hari raya haji .

hari ni raya haji atau kalau nak lagi sedap raya korban . tapi kalau nak lagi sedap , raya aidiladha . baru separuh hari . tapi perasaan tak seronok dan boring itu melampau lampau tahapnya . melampau betul . sumpah tak tipu . dah la ayah g johor sebab ada kerja kat johor . haruslah kan ada kerja kat johor . takkan g johor sebab ada kerja kat itali kot . tampo diri sendiri jugak kang -.- raya haji hari ni tak macam raya . sebab bangun tetap lambat macam hari hari cuti buatan sendiri sebab malas g kelas . tapi untuk tetap merasakan suasana hari raya , aku pun pakai baju yang aku pakai time konvo hari tu . baju tu dua dalam satu . nak pakai time konvo boleh nak pakai time raya haji pun boleh . jimat kos sebenarnya . aku bukannya anak menakan mana mana menteri kat jepun nak beli baju banyak banyak buat baju pakai buang macam pampers drypers tu .

lepas siap siap pakai baju konvo yang cantek , sebagai anak yang rajin , haruslah menolong ibu di dapur . menolong menengok dan mengkritik masakan ibu di dapur . ok tak . aku hiris bawang laju laju macam master chef okayy . lepas tu tumbuk bawang puteh + cabai melaka untuk buat sambal untuk bihun sup macam master chef jugak okayy . master chef pun tak macam aku okayy . by the way , master chef tu tayang kat tv3 ke ntv7? aku konpius lah .

ok , bai . entri boring di hari raya haji dah tamat sebab da boring online .

ok . tiba tiba idea nak taip macam patah balik .

ok , nak taip ...

HAPPY EID IL ADH 
&
EAT MORE CHIKIN 
( ini lembu + kambing yang pesan suruh cakapkan )


p/s : hari ni tak tangkap sebarang jenis gambar pun . not in raya mood . sedih .

Sunday, October 16, 2011

bodoh la kau ini .

aku sedih tengok orang bodoh
bodoh sebab merokok
orang merokok adalah orang yang bodoh
aku tak kesah kalau dia bodoh
maseh boleh jadi kawan
tapi aku kesah kalau dia bodoh dan merokok
itu memang aku kesah
tambah tambah lagi kalau perempuan yang merokok
muka cantik tapi merokok
itu bodoh namanya


Saturday, October 15, 2011

ubat selain abg 2D ♥







dah 7 minggu tak jumpa . dan tadi aku berusaha untuk jumpa . dan akhirnya aku berjaya berjumpa . semalam dia genap 3 tahun . ada hadiah yang aku bawa . harap dia suka . dan menurut kata maminya , dia suka . sampai tak buka buka .


aku sempat bertanya dia .

" anim rindu fifa ? "

dia jawab .

" rindu "

sungguh . budak budak memang jujur (: