Showing posts with label dahulu kala. Show all posts
Showing posts with label dahulu kala. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

entri bermotif .

assalamualaikum wbt .

harapan agar semuanya sentiasa di bawah lindungan rahmat dariNya . amiinn . mukadimah macam penutup . apakah ? baiklah abaikan . kadang kadang korang memang perlu abaikan perangai aku yang macam loser bila buat mukadimah . almaklumlah . dah sepuluh tahun tinggalkan dunia pidato . oh tak . time form 2 aku masok pidato lagi . makanya dah lapan tahun aku tinggalkan dunia aku yang bijak mengatur bicara itu . makanya itulah punca mukadimah aku selalunya failed . ye lah nak buat karangan pun , apa motif kan -.- 

makanya mukadimah aku di atas memang failed . makanya marilah menuju ke pangkal jalan di mana aku dah betul betul sedar yang aku sekarang ini hari ini jam ini minit ini saat ini bahawa aku memang gemuk . gemuk yang tidak dapat disangkal lagi . like seriously . sebelum ni , aku macam tak berpijak di bumi yang nyata sangat . selalu perasan kurus walaupun da terang tang tang yang banyak lemak yang melemakkan diri di badan aku . dulu selalu marah aiman bila dia komen aku gemuk dalam gambar . aiman je la pun yang akan selalu cakap aku gemuk . bila da lebih 44 kali , maka ianya jadi realiti . aiman , lain kali cakap la aku ni kurus macam heidi klum ke , macam izara aisyah ke . kata kata tu doa , man . kan aku dah gemuk sekarang -.-


2010


2012

see . korang boleh tengok sendiri lemak yang aku ternak selepas dua tahun . actually badan start naik bila degree . dan alasan cliche yang aku akan bagi bila orang tanya soalan cliche kat aku kenapa badan aku da naik adalah sebab aku pergi kelas naik kereta bukan lagi berjalan kaki macam time diploma dulu . walaupun cliche tapi sangat masuk akal . badan ni kalau dimanjakan sangat memang akan berlemak pun . kan hadirin hadirat sekalian ? -.-

lagi satu sebab yang aku selalu nafikan kebenarannya ialah makan ais . ataupun lebih dramatik lagi bunyinya kalau ais merupakan dadah aku start dari part 5 diploma . bukan ais ais baby tu tapi ais ketul . habit aku yang suka beli ais ketul 50sen kat dining then ratah macam makan popcorn time tengok wayang tu telah membawa aku kepada aku yang sekarang yang macam kena pam tayar hilux tu . 

dan orang orang yang selalu bertanya soalan cliche kenapa aku gemuk sekarang , mesti mereka sertakan sekali jawapan cliche mereka sekali , bahagia letewww . walaupun cliche lagi tipikal malaysian , jika dilihat berdasarkan gambar bukti , ada kebenarannya sebab nazrullah pun macam ada perbezaan je . hewhew .

makanya sekarang aku tutupkan entri ini dengan titik nokhtah sahaja .

motif entri sipa ? -.-

Wednesday, February 15, 2012

in memory .

dah 7 tahun arwah pergi
tapi memori aku dengan arwah tak pernah hilang

ingat lagi
ketika itu lagu hati kama sedang popular
kami berebut
mana satu nak jadi siti nurhaliza
mana satu nak jadi noraniza idris
masing masing pun nak jadi siti nurhaliza
budak budak
kelakar

tapi itu dulu
dulu dulu yang tak mungkin akan datang kembali
sungguh
aku rindu wajah itu
aku rindu dia sepenuhnya

AL FATIHAH

gambar raya kedua tahun 2002
open house kat rumah mak tam 
ini last gambar aku dengan arwah

notabukulali : 

Saturday, February 11, 2012

kecut kecut hotak hang .

seperti mana yang rakyat malaysia tahu , tv3 tadi telah pun menayangkan felem kuch kuch hota hai dekat tv mereka . dan aku telah terlewat hampir setengah jam lewatnya sebab teman kluang man pergi kenduri klasmet beliau kawen . kluang man ? siapakah pula kluang man ? abg 2D dan kluang man itu orang yang sama . jangan risau . aku maseh setia pada yang satu . nama panggilan saja yang berubah ubah . tapi cinta tidak (:

begitu juga dengan perasaan aku yang tak pernah berubah ubah bila tengok kuch kuch hota hai . bajet tak nak menangis la sebab da banyak kali tengok . tapi harammm . nangis cam gitu jugak -.-' seingat aku cerita ni start tayang kat cinema time 1998 . just so u know , kat india , sampai sekarang dorang tanyang cerita ni kat cinema . dasat tak dasat dia punya box opis kan . adik aku pun da form 2 . cerita ni adalah punca cinta pandang pertama antara aku dengan shah rukh khan . seriously . cerita ni jugak buat aku benci gila kat rani mukherjee . dulu la . sekarang tak dah .

 anjali khanna pun dah besar sekarang punya lamanya cerita ni

dulu dulu takde cd . guna tape . time aku darjah 3 , aku pulun suruh bapak aku beli tape cerita ni . time tu periksa PTS ada lagi . esok nak PTS , aku dok kalut tengok cerita ni . lepas tu , mendapat la . mak aku mula la buat soalan PTS kat aku . soalan dia lebih kurang macam ni , " warna apakah baju yang dipakai oleh kajol ketika menyanyikan lagu bla bla bla " . baek punya soalan mak aku bagi . memang menusuk tertusuk -.-'

zaman sekarang ni zaman donlod donlod je . tapi aku sampai sekarang tak terer bab nak donlod muvi . sumpah tak terer . muvi muvi yang ada dalam laptop aku pun aku copy dari orang . tak pun aku suruh kluang man donlod kan . haha . kesian kluang man . naseb la dapat gepren buto IT . so , koleksi cerita hindustan yang best best memang banyak dalam laptop aku . sebut je nak cerita apa . semua pun ada . aku pun kalau rajen bukak laptop memang tu je la kerja aku . mengulang cerita hindustan tujuh ratus enam puluh belas kali . agak agak kalau lambat sangat , skip skip dengar lagu je .

 kecut kecut hotak hang


ini scene feberet aku 

notabukulali : dah kawen nanti nak tengok kuch kuch hota hai dengan suami la lepas tu kalau dia tak menangis , denda belanja tutti frutti tiap tiap weekends lepas tu kena masak dinner tiap tiap malam . boleh tak ? 
notabukulali II : kenapa tv3 suka potong potong ? nak kena tampo ke ?
notabukulali III : ingat tak dulu ada rancangan kuci kuci pampers hai kat tv3 ? tv3 lagi -.-

Tuesday, January 31, 2012

semua tentang kita by peterpan .

aku sedang berada di dalam opis sambil mendengar lagu ini berulang ulang kali . berulang ulang kali aku dengar sambil rindu . berulang ulang kali aku dengar sambil menangis . menangis tanda terlalu rindu . menangis tanda terlalu ingin melihat muka mereka di depan mata . cukup sekadar melihat muka di depan mata . tak perlu kata apa apa . kerana aku hanya ingin melihat muka depan mata dan memeluk erat . itu saja . kerana aku yakin mereka juga sama seperti aku .


ini gambar lama yang aku suka tatap lama lama 


wajah mereka kekuatan aku . teruskan tersenyum , sahabat (:

Friday, December 30, 2011

hujung tahun yang demam .


8 subjek aku ambil . 7 subjek ada final . memang boleh demam . 
notabukulali : rindu arau .
notabukulaliII : rindu nazrullah yang sedang berada di arau .
notabukulaliIII : tu pasal la demam .

Monday, October 24, 2011

penghargaan besar besaran .

sebelum tiba hari konvo , esaited aku bagai nak gila . esaited nak g arau . esaited nak jumpa kawan kawan . esaited nak giggles macam selalu . esaited nak makan banyak banyak kat arau tercinta . sumpah . aku terlalu cintakan arau . aku cintakan suasana di arau . aku cintakan kawan kawan di arau .

sebelum hari konvo jugak aku sempat jatuh dekat masjid baru kat kuala perlis . standard la tu kan kalau aku jatuh . kalau aku tak jatuh nanti ramai sangat pulak orang impress dengan kehebatan aku yang tak jatuh kat mana mana tu . lutut luka . xde la teruk tapi teruk jugak la . menyeret jugak la jalan . tapi , atas pentas tetap maintain ayu lagi comel dan tembam . sebut pasal tembam , semua orang buta sebab cakap aku tembam dan dah gumuk macam domokun . okay , yang macam domokun tu aku yang tambah . tapi dorang tak buta sebenarnya . cuma dorang dah lama tak jumpa aku kan . oh . emosi maseh terngiang ngiang dengan kegumukan ni . haih .

pagi hari konvo sempat lagi g padang besar sebab nak puaskan nafsu perempuan yang suka bersoping . mana tak nya . aku beli sampai dua spek . memang nafsu . lepas soping sopingan , rush rush pulak nak tukar baju kat semejid . sampai tak sempat nak berhenti kejap kat chuping nak tangkap gambar . sampai frust dan termenangis jugak la . dan terus rasa tak seronok nak berkonvo . tapi tak seronok tu hilang bila jumpa kawan kawan dan tiba tiba ada orang yang cakap tak boleh datang , muncul pulak kat podium kan -.-


 terima kaseh ayah ibu sebab jadi penaja sepanjang pengajian (:
maaf sebab dapat satu bintang je


yang tengah tengah tu betul betul buat terkejut mawas sebab tiba tiba muncul kat pintu dewan time aku nak masuk dewan . terima kaseh sebab datang dari jauh dan hadiah hadiah nya ya , sayang (:


yang ni maleh cakap . tapi kena cakap jugak sebab beliau banyak tolong aku time diploma . tolong bagi pinjam buku . tolong bawak g makan . dan bermacam macam lagi pertolongan yang dihulurkan yang terlalu banyak beliau tolong aku .  oleh kerana pertolongan beliau sangat banyak , maka aku am kan ucapan aku . terima kaseh untuk segala galanya ♥ 
perrggghhh kasot baru :P

 ini muka penat paling terpenat sampai pening pening tapi tetap senyum nampak semua gigi .

 ini kesayangan paling tersayang ♥

kenapa harus ada aiman dan razlan ? apa function mereka ?


oh ya .

terima kaseh jugak untuk semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pengajian aku sepanjang diploma ni . banyak aku kira . sepupu sepapat , pak pak menakan , mak mak menakan , dan semua semua nya . tapi aku nak highlight kat pak usu sebab aku tak dapat lagi kenny rogers sampai sekarang ni . haha .

banyak jugak yang komen dekat album konvokesyon . cekgu cekgu sekolah pun ada . dan ini paling buat aku terharu .


aku memang budak nakal . dan sampai sekarang aku maseh nakal :P

Sunday, October 2, 2011

kesibukan pelajar ijazah . cewaahh tajuk tak boleh bla .

dah tiga minggu aku jadi pelajar ijazah kat tempat baru . perbezaan ? yang ketara mungkin tempat baru . udara baru . cara bernafas yang mungkin agak baru . lecturer , juta juta bintang aku bagi . memang baik dan tak mentensenkan . kecuali lecturer QMT yang baru . lecturer QMT yang lama memang baik dan cool . kelas pon smooth . 2 jam tak terasa langsung . rasa macam baru masuk , dah habis kelas . dasyat kan . assignment ? tak payah cakap . bukan kata hanta yang ni , dapat yang baru . tak buat apa lagi , da dapat yang baru . balek rumah baru terkedek kedek nak buat sebab boleh online laju laju .

kawan kawan ? baru tiga minggu kenal . untuk kadang kadang aku lebih suka sorang sorangkan diri aku . 

arau ? sumpah rindu bagai nak gila . hari tu sempat makan roti canai adam dan nampak adam kat gerai roti canai adam .

p/s : gambar untuk assignment . haha . ok , tak lawak .

Friday, September 9, 2011

dunia baru dan bakal rindu .

lama aku mendiam . lama aku menghilang . lama aku menyepi . mendiam daripada mengupdate belog tentang manusia manusia ajaib yang dulu hingga kini setia di sisi dan hati biarpun jasad tidak sekali .

aku cuma cari waktu waktu berserta perasaan yang sesuai untuk mengupdate sesuatu yang aku kira terindah untuk aku . dan perasaan itu hadir selepas ku tenung lama lama imej di bawah ini sambil mengorek habuk di dalam mata .



kabur . ya , memang imej ini agak kabur . tapi persahabatan itu jelas luhur dan ikhlas .

sekejap dan sebentar yang dah buat aku betul betul speechless . tak puas nak pelok lama lama . bersembang panjang lama lama . macam dulu dulu yang selalu selalu .

dan sebentar esok , aku akan melangkah dunia baru yang aku kira asing . mungkin tak macam makhluk asing . cuma ia asing . tempat baru dan rakan baru dan juga environment yang baru .


dan sudah pasti akan rindu subjek subjek ini .






doa doakan ye (:
sayang semua . dan mari packing barang secara realiti .

Thursday, August 25, 2011

khamis yang spontan dan aku da dapat gaji :D

aku rindu dan aku egois 
dan egois aku cukup tinggi 


tajuk entri dengan entri macam menyimpang jauh . 
so what ? 

Sunday, August 21, 2011

best girl and i love u .

aku dan dia banyak yang sama . kami rapat pom sebab kami sama sama minat peterpan waktu form 3 . time tu , sang vokalis berimej suci dalam debu tak dihimpit dengan kontrovesi lucah lagi . tempat tinggal kami pom kebetulan sama . seri manjung , perak darul ridzuan , malaysia . tulisan kami pom sama sampaikan kak long dia kata dia hantar kad birthday untuk diri sendiri punya samanya . nama pom nak dekat dekat sama . azriatul . shazatul . dua dua ada TUL kat belakang nama first . okayy , apa lagi yang sama ? haaa . mata kami sama sama sepet -.- banyak lagi yang sama . nak cerita semua , tahun depan belum tentu khatam . hiperbola ? standard la kan . apa guna belajar BM tapi tak praktikkan . kan kan ?

dah lama kan tak taip intro panjang lebar . rasa macam terer plak bila pendahuluan karangan panjang lebar melebihi 150 patah perkataan . okay . tipu . bai .

20 august 2011 was her 21st birthday . and i do love her untill when when .
yes , i do .

Thursday, July 28, 2011

aku rindu sebab tu aku tukar lagu -.-

aku sedang rindu bertubi tubi dengan suasana diploma di arau . kebelakangan ni asyik rasa nak makan nasi lemak pakcik bakso ngan mee soto tak nak taugeh oren kunen je . kebelakangan ni aku asyik ulang tayang sepuluh juta kali slide show part 6 . kebelakangan ni aku asyik jadi stalker tegar kawan kawan arau dekat pesbuk ngan blog . kebelakangan ni aku asyik tengok gambar part 1 sampai part 6 kat laptop ngan kat album saya seorang part 6 (: ngan saya seorang part 6 (: II . ulang ulang tengok dan ulang ulang nangis . aku memang lemah sikit bab rindu rindu ni . kat pasar malam tengah ramai ramai orang pong aku moley nangis T___T





berkenaan dengan tajuk entri , nampak macam xde kena mengena kan . tapi sebenarnya banyak sangat kena mengena sebab klip video lagu ni ( kisah hati ) buat dekat perlis . okayy . harap korang faham .

diharap korang semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmatiNya . lots of gudluck untuk perjalanan masing masing selepas ini (:

jangan lost contact okayy . itu penting .

ok , bai . 
c u !! 

rindu setengah mati ,
sipa 

Wednesday, June 22, 2011

Day 9 : A favourite picture of my bestfriend .

boleh tak nak mengelat tak nak buat yang day 8 punya terus nak buat day 9 ? boleh kew tak boleh kew , ada gua kesah ? haha . by the road , day 8 berkisarkan tentang tempat tempat yang pernah aku lancongi . macam pelik je perkataan lancongi tu . erk . abaikan . yang penting , korang faham point aku . aku bukan rajen nak berjalan jalan makan angin kat tempat orang , melainkan kalau orang bawak aku dan belanja . haha . itu mengada namanya . korang kena faham jugak status aku sebagai seorang pelajar mana ada duit nak g jalan jalan jaoh jaoh . pelajar kena belajar . guna duit untuk beli buku . bukan melancong lancongan . poyo gila . sumpah poyo gila ayat aku . abaikan lagi . tentang challenge untuk day 9 , dia suruh tunjuk gambar feberet aku dengan kawan baek aku . alamak . aku ada ramai kawan baik . macam mana ni ? alamak . besarnya masalah . alamak . alamak . alamak . ok . over -____-


ini memang menjadi febreto aku sejak gambar ni ditangkap sampai bila bila 
mereka memang kawan baik aku yang faham aku yang boleh yang selalu back up aku terima aku seadanya yang selalu mempunyai telinga yang free untuk dengar cerita aku luahan aku dan segala galanya 
aku untung besar kerana punya mereka 
tapi 
mereka tak layak digelar kawan baik 
mereka lebih layak digelar sahabat sejati 
kerana sahabat sejati itu lebih besar maknanya buat aku 
aku sayang mereka dari mula aku kenal mereka sampai bila bila jugak mereka tetap sahabat sejati aku 

L.O.V.E.

Thursday, June 9, 2011

pengacara TV .

tema untuk minggu ini adalah kerja . jadi entri entri aku banyak kaitan dengan kerja untuk minggu ini .

mulanya cerita .

azriatul farahain bertanya .
" pa , cuti ni tak keje kew ? "
aku menjawab .
" hari tu baru hantar borang cekgu ganti . tataw la dapat kew tak . ada rezeki ada la "

pasrah kan jawapan . kadang kadang aku seperti nekad . namun dalam nekad , aku hanya menurut arus . aku sedar kesungguhan aku untuk bergelar guru mulai mengurang sedikit demi sedikit . bukan tidak mahu . tapi morale down mungkin . mintak maktab tak dapat . buat rayuan tak dapat . kadang kadang aku memang jenis cepat putus asa orangnya .

cerita diteruskan .

azriatul farahain bertanya lagi .
" ko memang nak jadi cekgu kew pa ? tak nak kew try jadi orang TV ?

aku diam . tunduk . dan senyum . bff aku yang seorang ini memang bijak membaca hati . memang pernah perkara itu melintas lama lama di fikiranku dahulu . tapi aku biarkan ia berlalu pergi . bukan tidak ingin . itu sebahagian daripada cita cita aku dalam diam . bukan senang nak jadi orang TV . aku pernah rasa perasaan menjadi orang kenal aku . hidup tiada privacy . semua benda jadi perhatian umum . seronok mungkin pada mula mula . namun akhirnya , rimas . lemas . tenggelam . pelampong plis . okay , mula da nak merapu .

bingung . sumpah aku bingung . bingung apa yang aku mahu jadi sebenarnya .

biar hanya Tuhan yang tentukan .

p/s : doakan terbaik untuk aku , kita dan semua .
psp 2 : esaited untuk kerja tempat baru esok . pada yang nak beli baju raya , bolehlah mengunjugi Butik Nur Tasnim  sebab itu tempat kerja baru saya dan baju baju dia sumpah cantek belaka !


lotzofl♥ve
shaza shifaa 

Monday, May 30, 2011

aku ingin hidup 1000 tahun lagi .

 1929 - 1973

hendak ku nangis tiada berair mata
hendak ku senyum tiada siapa nak teman
kalau lah nasib
sudah tersurat
begini hebat
apa nak buat

di mana kan ku cari ganti
serupa denganmu
tak sanggup ku berpisah dan berhati patah
hidup gelisah

alangkah pedih rasa hati
selama kau pergi
tinggal ku sendirian
tiada berteman
dalam kesepian

dunia terang menjadi gulita
cahaya indah tiada berguna
keluhan hatiku menambah derita
kini kau jua tak kunjung jelma

di mana kan ku cari ganti
mungkinkah di syurga
untuk kawan berduka
menangis bersama
selama lama

**********************************************************************************************************

" aku ingin hidup seribu tahun lagi "
begitu katanya kepada sahabat baiknya , ajis .

nampak seperti mustahil . memang mustahil . nak cari yang hidup seratus tahun pun susah . inikan pula seribu tahun . namun , andai direnung dalam dalam kata katanya itu , dia memang sedang hidup untuk seribu tahun lagi . karyanya masih hidup hingga kini . ulanglah cerita pendekar bujang lapok juta juta kali pun , ketawa tetap seperti pertama kali menonton . ulanglah cerita ibu mertuaku juta juta kali pun , tangisan tetap seperti pertama kali menonton .






AL FATIHAH ..

Saturday, May 28, 2011

alkesah tentang ♥ (bahagian 1) .



hari itu 9 julai 2008 .  hari itu mood melayang jauh gara gara gurauan tidak membina rakan sekelas . hari itu ada annual grand meeting (AGM) . hari itu aku pakai baju kurung warna coklat yang sering dipakai ke majlis kematian . hari itu aku terpandang dia . macam aku kenal . ya , dia bukan artis . tapi rupanya sangat familiar . minda mencari cari siapakah namanya . tapi itu sesuatu yang mustahil . aku tak pernah tahu apakah namanya . yang pasti , dia satu taman denganku . Taman Fasa 2D .

tiba sesi memohon autograf para ahli jawatankuasa . dia salah seorang daripadanya . aku menuju ke arah dia .

aku : " abg 2D , nak sign "
abg 2D : " erk , abg 2D pong abg 2D la "

aku lihat autografnya di kertas oren aku . tertera nama Naz . Nazrullah Shahruddin . aku sudah temui jawapan .

dia senyum . manis .

hati aku turut tersenyum . bahagia .

TO BE CONTINUED ..

Monday, May 16, 2011

entri cliche pada hari guru .

kata orang , pengalaman merupakan guru terbaek . 
jadi , Selamat Hari Guru , pengalaman (:  


 waktu kecil tiada anak murid , jadi para permainan menjadi mangsa ajaran saya


ya
ibu saya seorang guru 
cita cita saya sejak kecil juga guru 
andai ditanya mengapa memilih guru 
jawapan kurang matang saya akan berbunyi begini
" kalau jadi cikgu nanti boleh dapat banyak hadiah "
saya memang noob zaman dahulu kala 
namun andai ditanya sekarang mengapa memilih guru 
jawapan saya semakin matang
kerana guru begitu tinggi nilainya

bukan senang untuk menjadi guru
zaman dulu laen cabarannya
zaman sekarang laen pula cabarannya
yang penting semangat sentiasa menyala
sabar yang tak pernah padam
pantang undur sebelum berbakti
saya bukanlah seorang Perdana Menteri berkuasa 
bukan juga Raja yang menaiki takhta 
apatah lagi ulama yang mulia
saya cuma insan biasa yang menginjak dewasa 
yang dimulakan sejarah oleh seorang guru

untuk warga pendidik  yang penuh payah mengajar dan mendidik 

cikgu sharinah khalid ibu saya (:
cikgu ramlah cikgu kelas 1 tanjung sk seri manjung
teacher mahani cikgu english merangkap cikgu yang membawa saya ke dunia choral speaking
cikgu fouzieah cikgu garang yang memang garang , tapi kalau hafal sampai sifir 9 dpt hadiah :P
cikgu sabariah cikgu kelas 3 bestari , tapi kejap je sbb pindah johor
teacher zaiton pernah kena rotan on 16 julai 1999 sebab tak siap kje sekolah yg belambak nak mati , ps tu kena siapkan kt koridor :P
cikgu nursiyah cikgu kelas 4 bestari sampai 6 bestari (:
cikgu hamidah cikgu yang bertanggungjawab bawa saya ke dunia bercerita , pidato sampai peringkat kebangsaan (:
ustazah siti rafidah ustazah yang suruh saya masok bercerita agama
teacher tiang moi hai  perkataan pertama yang dia ajar , saya ingat sampai sekarang , " allow "
cikgu azhar  cikgu matematik paling garang , tapi hensem , pernah kena pukul dekat tangan sebab salah jawab kot, saya start suka matematik sebab dia markah tinggi kat saya :p
cikgu nona cikgu sains tapi penuh seni , selalu suruh saya jadi konductor koir ngan tekong dikir barat 
cikgu mis'aini cikgu bola jaring saya (:
teacher azliza azib cikgu kelas 1 ibnu khaldun (:
cikgu norazam cikgu pjk yg kuat menyakat , " saya suka tengok sawang kat kelas kamu , seni "
ustazah arbaayah ustazah the best (:
cikgu normah kadis cikgu geografi yg x bg balek folio pasal tsunani saya yg sangat cantek tu . haha :D
cikgu halim mentor saya , suara sedap , melukis pong terer 
cikgu abidah cikgu ert yg garang jugak . haha . salu kena marah time kelas 
cikgu suhaili cikgu usahawan muda yg selalu panggil saya pau + cikgu ekonomi asas (:
teacher rozita a.k.a. teacher roro most sporting teacher (:
cikgu rosmawati semangat penuh tinggi , awalnya saya pernah membenci , akhirnya sayang teramat tinggi
teacher duliana pernah sound saya sekuat hati waktu kat dewan makan , sampai menangis airmata darah saya T__T 
cikgu lela cikgu bm yang ajar satu blok bangunan , haha .
cikgu faridah rasa nak terkencing sentiasa bila beliau masok kelas 
cikgu maznah manan penolong kanan kokurikulum yg suruh sy masok pertandingan bercerita kt upsi time form 5 , taw pakai kaen batek sbb beliau la :P
ustaz zahidan saya kagumi beliau (:
miss sharina lecturer business math yg best gile ! 
pak lah lecturer mgt sempoi habis
miss yati lecturer statistics (:
madam fazmawati she loves to talk :P
ustaz muin macam muka abah . ehee :P
miss shaliza u rock !
puan rozi saya ingat lagi apa itu HRM :P
datin nora laju gile ajar , tp faham (:
miss fatin kakak yg kuat berleter sbb syg student mcm adek adek (:
hajah rosmadah i'm from perak :P
encik anuar geget jari dan bilang " bullshit " :P
miss zulaiha salu bahankan saya dlm kelas . erk :P
encik fader maaf sebab salu maen maen dlm kelas ETR 
abang kimi stay kiut miut :P
cikgu uya , cikgu sheril , cikgu syakir , cikgu didiey , cikgu jah , cikgu zuhir luqman , cikgu muhammad nurul sholihin yang kachak selamat menjdi pendidik tegar (:

TERIMA KASEH TOO MUCH (:

doakan saya turut menjadi salah seorang seperti kalian . aminn .



alangkah seronok kalau dapat cikgu hensem macam ney 
nak tidur kat sekolah pong sanggup

Monday, May 9, 2011

juvana dan rodhiyah ahmad :P


 seperti biasa . tiap tiap isnin , tepat 9 malam , secara automatiknya aku akan bertenggek kat depan tibi tiga untuk menyaksikan buah hati kena buli lagi . tapi , minggu ini , nampak sedikit perubahan terhadap buah hati . beliau dah berani cakap kat depan . syabas mere beta :D semoga buah hati dapat jadi house captain . jangan biarkan botak bermaharajalawaklela terus menerus membaby buta . oh , by the road , buah hati aku ada dua orang dalam cerita ney . daim dan cikgu raja . im , sorry i x gtaw i ada affair ngan cikgu raja jugak . u jgn mara ok . chill je mcm ney :D


erk . gambo kurang menawan ? salahkan telepong orang yang pakai tudung pinky tu . erk . bukan yang pakai baju pinky yang ada luv luv tu . tapi yang pakai baju hitam puteh . silalah tertanya tanya kenapa gambo ney ada kat sini . haha . ekceli , gambo ney lama da . time aku kje kat kedai topap kt sebelah kedai gunting rambot uncle yang dekat ngan seben eleben tu bulan 12 tahun lepas . haha . entah kenapa aku tingat cite di sebalik gambo ney tatkala berchatting ngan abg 2D dalam telepong bimbit tadi . haha . nga seronot seronot menyembang , tetibe abg 2D mention pasal ney . alkesah . si cekgu konfiden berspek mata , uya , bukan nama sebenar , telah memberitahu hasrat nak datang manjung sambil jengok jengok aku buat kje ok kew tak . mcm dia bos ==' maka bertanyalah dia di mana tempat kerja aku . aku pong gtaw la dkt ngan seben eleben . jam hampir malam . malam makin malam . aku menanti dia hadir . tiba tiba , telepong bimbit pinjamku berdering dengan lantangnya . uya bukan nama sebenar telepong . uya bukan nama sebenar memulakan perbualan dengan penoh kekalutan di jiwa .

" pa , tempat kje ko kt ne ? " 
" dkt ngan seben eleben la . apa mende la minah tanya byk byk kali . haih "
" aku da masok da . da tanya da .tapi dowg kata ko tak kje situ "
" hah ? " setahu aku kedai topap yg aku kje tu , xyh nak masok bagai .
" aku masok seben eleben tu , aku tanya , kak , shipa ada ? akak tu kata , shipa xdew jual kat sini , dik . ouh , tak tak , kawan saya nama shipa , dia kata dia kje kat sini . ouh , xdew la , dek . weyh , malu kot ! "
" aku cakap dekat ngan seben eleben . bukan kat seben eleben . aiyoo "
" ouh , eyhh ? "

faham ? uya bukan nama sebenar ney mempunyai tahap konfiden yang tinggi orangnya . haha :P

Saturday, May 7, 2011

day 2 : 10 things i love .

love ? erk . i love u . okayy , siryes shipa . misi hari ini : sepuluh perkara yang saya suka / chinta / sayang dan makna makna laen yang sewaktu dengannya . sebelum saya memanjangkan lagi sentimeter persegi mukadimah saya , moleklah kiranya kita meneruskan ke tajuk entri .

satu .
saya suka tengok gelagat orang . ia bagaikan inspirasi . inspirasi untuk mentafsir . faham ? tak faham sudah . dari situ , saya boleh menjiwangkaratlapanbelaskan diri ini .

dua . 
saya suka photography . erk . maksod saya , saya suka tengok gambar gambar cantek hasil susah payah seorang photographer . omjey . sangat gojesh . rasa nak pengsan bila tengok . erk , tak over sangat kn ? saya tak pernah mimpi nak jadi phographer pong sebab saya tidak berbakat macam shrek , beanography , Nazrullah Shahruddin . erk . Nazrullah Shahruddin ? macam kenal . okayy , sila abaikan kemusykilan saya .

tiga .
saya suka budak budak . baby lagi saya suka . mereka mereka itu sangat comel sehingga menjilat jari . erk . saya pulak kuat melayan budak budak . sangat kuat sehingga menjilat jari jugak . haha . memetik kata kata abg 2D tatkala melihat budak budak comel , " buat sup nak ? " . dan sekarang saya da terjangkit dengan kata kata beliau bila nampak budak budak comel . tempat saya menjejaki budak budak comel ialah di pasar malam . queensbay pong boleh . tp nanti kena hukum gantung dengan pak guard queensbay pulok sebab buat gangguan seksual kat budak budak comel dalam queensbay . haha .

empat .
saya suka stail yuna . dan sebenarnya segalanya tentang yuna . she's osem . sangat . okayy , perlu diingat bahawa saya bukan gay ==' saya selalu menjerit kuat gila bila jumpa dia belakang stage . esaited lah kata kan ==' yuna pong menjerit kuat kuat balek kat tinge saya bila dengar saya menjerit kuat gila sangat . padan muka saya . 

lima .
saya suka tema klasik . maka , tidak hairanlah saya amat suka vespa , volkswagen , mini cooper , lagu lagu lama , cerita crita lama . tapi , bukan channel radio klasik nasional . itu ayah saya je yg layan . kalau balek kampung , saya salu muntah muntah hijau campur biru sebab sepanjang jalan ayah saya pasang channel klasik nasional . dinner dbs yang paling suka pong tema klasik . itu paling osem sekali !

enam . 
saya suka jalan jalan window shopping . nak tawaf 17 kali mall/pasar malam pong saya tak kesah . tapi nanti , di akhir cerita , anda akan lihat saya sedang nyawa nyawa ikan bilis sedang meminta nyawa . plus , saya hanya akan pegang barang yang saya suka , dan cakap , " CANTEK NYA !! " dengan penoh semangat juang yang tinggi . lalu kemudian , saya akan letak balek barang yang saya suka tu , dan pergi . kalau hari tu rasa nak buat perangai teruk sikit , try puas puas dan cakap tak nak beli . sebab poket baju tiba tiba koyak . tak pun terlupa bawak purse . kredit kad plak adik saya da patah kan . kredit kad saya memang banyak sampai ribu ribu . omjeyy . terer nya saya bagi alasan kan :P

tujuh .
saya suka pergi telaga tujuh . okayy , tak . tipu . saya suka segalanya tentang tujuh . senang bicara . saya suka nombor tujuh . tujuhbelas pong tujuh kan . jadi saya sukak jugak . kenapa ? obviously , my birthday on 17th july and saya rasa nombo tujuh tu cantek macam saya . ehee . jersi bola sepak saya pong nombo tujuhbelas . saya punya email pong ada nombo tujuhbelas . kasot saya pong ada tujuhbelas pasang . anak saya nanti pong saya nak tujuhbelas . okayy , tamaw ramai sangat macam ney . nanti konpius . erk . abaikan plizz .

lapan .
saya suka zaman persekolahan saya . really luv it ! memang . memang bukan semua indah . tapi yang tak indah itulah kenangan paling indah yang mematangkan langkah langkah kaki ini . jadi conducter choral speaking , pidato peringkat kebangsaan , usahawan muda , KAWAN KAWAN . itu semua indah . kena rotan ngan ustazah arbaayah kat khalayak ramai , kena lucut jawatan as pengawas , kena boo ngan budak laki , biznez kena sabotaj , jadi topik utama untuk mesyuarat pengawas . menyakitkan . pedih . tapi itulah yang membawa kepada keindahan sebenar . sila kira ada berapa byk perkataan indah =='

sembilan .
saya suka cakap artis artis lelaki hensem tu hensem sambil menjerit jerit konon konon saya kipas susah mati mereka tapi memang pong  depan abg 2D saya . sebagai contoh , " oh , hensemnya yayang remy ishak ! " ataw pong " oh , kachaknya SRK ! " ataw pong " oh , aaron , boifren ku ! ". dengan niat nak bagi beliau jelez . tapi haram beliau sikit pong tak jelez . beliau perasan beliau lah artis artis lelaki hensem yang saya maksodkan . padan muka saya lagi . takpa takpa . saya akan usaha dengan lebih gigih lagi . haha :P

sepuluh .
saya suka seseorang . ouh . bukan . saya tak suka dia . saya cuma chinta dia . chinta dia sepenuh jiwa saya tanpa cacat cela sampai hujung nyawa saya . dan selepas itu . 


saya sangat admire mereka berdua tanpa apa apa niat buruk pun 
sekian , terima kaseh 


p/s : memerah otak untuk misi esok pulok =='

Tuesday, February 15, 2011

al fatihah .

cerita enam tahun yang lalu .

pagi itu aku ke kelas seperti biasa .
tiada rasa angin mendung bakal tiba .
aku gembira menegur orang sini sana .
subjek pertama pagi itu matematik .
gurunya cikgu faridah .
garang .

tumpuan aku 100% .
tiba tiba aku lihat acap g , juniorku di muka pintu kelasku .
dia seperti takut takut hendak mengeluarkan suara .
aku menjegilkan mata kepadanya .
lantas dia berkata .

" cikgu , nak jumpa kak shifaa . family dia datang . ada kat pejabat . "

kak shifaa ?
itu aku .
ya itu aku .
tapi kenapa aku ?
kenapa family aku ada di pejabat sekolah pagi pagi begini ?
aku terus mencari jawapan .

" acap , npew ? "
" ada sedare akak meninggal . "

sedare ?
sape plak ?
aku terus berfikir lagi mencari jawapan .

setibanya aku di pejabat sekolah ,
aku lihat ayah ada di dalam .
tanpa pelok cium terus aku bertanya ,

" ayah , siapa ? "
" kak farah "

kak farah ?
mana mungkin .
sedikit pun aku tidak percaya .

aku meluru pula ke arah ibu yang berada di dalam kereta .

" ibu , siapa ? "

ibu tidak menjawab terus .
sebaliknya memeluk aku erat dengan airmata yang tiada henti .
aku mula keliru.
biarpun ayah sudah memberikan jawapannya .
namun aku tetap keliru dengan jawapan ayah .

aku bertanya lagi untuk kepastian yang pasti .

" ibu , siapa ? "
" kak farah "

jawapan ibu sama dengan ayah .

aku seperti mahu terduduk .
lemah .
kenapa perlu secepat ini dia pergi .

aku kembali ke kelas untuk mengambil beg sekolahku .
rakan rakan bertanya .
namun aku hanya tunduk menyembunyikan tangisanku .

aku ke asrama pula .
tanpa berfikir panjang ,
terus kucapai sepasang baju kurung hitam .
selesai meminta tandatangan warden ,
kami terus ke kulim .

sepanjang perjalanan .
masing masing diam .
aku dengan airmata aku .
ibu dengan airmata ibu .

tiba di kulim .
aku lihat sudah ramai yang ada .
mak tok , mak tam , pak usu , mak ndak .
semuanya ada .

aku duduk di tepinya .
sedekahkan alfatihah .
hanya itu yang aku mampu .

aku duduk di tepi tangga dengan ibu .
tidak berkata apa .
hanya meletakkan kepala di bahu ibu .
ibu seolah faham denganku .

selesai upacara pengebumian ,
aku ke kereta .
aku diam .
mahu menangis , sudah tiada airmata .
pak usu dan mak usu datang ke kereta .
pak usu aku pelok .
erat .
masing masing memahami .

dan hari ini .
15 februari 2011 .
sudah enam tahun norfaradila bt shahabuddin pergi .
namun .
dia seperti maseh di sini .

AL-FATIHAH .