Showing posts with label berjimba. Show all posts
Showing posts with label berjimba. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

minggu pertama bulan lima .

assalamualaikum . semenjak dua tiga menjak aktif kat pencicit (twitter) ni , aku macam buat buat lupa yang aku mempunyai blog . alasan cliche ? sibuk dan busy . padahal esaimen macam tu jugak last minit aku buat . haha . standard dan tipikal lah tu kan . tentang minggu pertama bulan lima , banyak yang terjadi . daripada henpon rosak , kezen kluang man bertunang sampai la soalan test channel yang susah . bukan sikit susah dia . banyak sangat . oh ya . sebelum terlupa . ni kali kedua kena saman ngan pak guard atau nama saintifiknya polis bantuan . secara tenangnya sambil malas nak fikir teruk teruk , aku cakap dekat haziqah (nanti aku kenalkan siapa itu haziqah ye ) , xpe la , kita kumpul sampai 10 saman . baru la boleh bayar rm1000 . alah , rm200 ni tak mencabar sangat kalau nak bayar pun -.-

mari teruskan dengan episod pertama . henpon rosak . henpon aku ni bukanlah totally rosak . tapi skrin dia gelap apa pun tak nampak . bunyi bunyian memang ada . tapi kalau meset masok , nak baca macam mana lah ntah .  kalau tanya peguam , tu dikira macam rosak jugak la kan . henpon slide memang tu masalah common dia . nak repair maybe dalam rm50-rm60 . baik beli henpon baru . ah ha . aku rasa ni la punca henpon aku merosakkan diri dia . haha . padan muka aku . so , penyelesaiannya , haziqah telah pun meminjamkan henpon nokianya yang ada games ular tu . terima kaseh haziqah :D

 ini merupakan haziqah . antara orang yang tinggi tahap sabarnya bila berkawan dengan aku (:

episod kedua tentang kezen kluang man yang bertunang pada cuti pekerja hari tu . aku segan nak pegi sorang jadi aku ajak haziqah . haziqah yang mula mula kononnya segan itu telah bertukar rupa tatkala nampak budak budak comel kat rumah kezen kluang man di batu gajah itu . macam pemberita berkepala satu pulaks kan :P family kluang man memang superb . kezen kezen dia pun superb . mak cik pak cik dia pun super duper superb . serius macam nak duduk situ tak nak balik balik (:

 muka esaited kluang man bila pegang ari
#ni je ? :P

inilah muka orang yang konon konon segan tu 

ini adik ari 
nama sebenar siti marisa 
tapi macam macam nama panggilan
mariana , melisa , lisa surihani
ada orang cakap pipi kitorang sama saiz 
what to do *sigh

ini kezen kluang man yang  bertunang hari tu , kak wani
selamat bertunang (:

mari teruskan dengan episod akasia minggu pertama bulan lima ini dengan tentang kesah test channel yang soalan past year dia macam tak pernah belajar . actually , xde la susah pun cuma desakan markah yang banyak dengan soalan yang simple tu yang jadi susah . contoh soalan , apa nama awak ? tapi markah sampai 25 markah . tak ke gile ? gile kan . takkan nak jawab nama saya lisa surihani kot ? takkan nak jawab nama aku chris pine kot ? mustahil mustahil -.- tengah jawab test channel yang susah tu , dihantui pulak dengan seorang pak guard yang sedang seronot menyaman nyaman kan kenderaan orang lain . tu buat aku tambah stress . dah la soalan susah . tak cukup masa . pak guard pulak datang menyaman . dugaan hari jumaat sungguh .

oleh sebab stress sangat , aku buat keputusan untuk balik rumah dan melepaskan stress dengan mempotosutkan diri . ni hasilnya .




terima kaseh kepada tukang tangkap gambar yang paling setia , my dear kluang man (:
gambar banyak lagi tapi ni je yang aku suka hehe

lepas update blog td , aku baru terjumpa sesuatu .

 what to say
caption lebih lebih nanti ada orang jeles pulaks :P



Sunday, August 21, 2011

optimus prime pun sebok jugak nak keluar soping raya .

Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa untuk hari yang ke 21 untuk semua orang yang puasa maseh cukup 21 hari termasok aku .

hari ahad ini iaitu hari ini merupakan hari aku mencari kasot raya dekat ipoh sebab dekat manjung xde vincii lagi . bila da pakai vincii , rasa macam tak nak pakai kasot lain da . sebab vincii itu sangat cantik dan harga yang owesem aku kira untuk orang yang owesem macam aku . dulu selalu pakai jimmy choo . tapi malas nak pakai lagi dah sebab jimmy choo tu macam pemes sangat la pulak . aku ni pemalu . bila pakai jimmy choo nanti , glamor sangat pulaknye pun kan . i don't like la to be the pemes pemes one okayy .

sampai je JJ , kaki dilangkahkan terus ke vincii . orang tak nak ramai lagi kan macam dekat tempat lain xde jual kasot nye pun kan . ayat aku macam nak memohon penampo dekat orang ramai nye pun kan -.- da cukup tawaf 17 kali dalam vincii , aku still tak jumpa yang berkenan di sanubari . buntu ye buntu . trademark hari ini adalah buntu . lepas tu g la cari hidayah kat tempat lain . naik dekat nose , macam lari bajet . oh . buntu buntu . setelah 57 kali tawaf vincii campur yang tadi punya tawaf , last last beli la jugak . nampak macam simple . tapi sedap pakai . sedap macam makan laksa fatty's cafe kat billion . itu terbaek okayy dan aku dah lama gila tak makan laksa fatty's cafe .

lepas tu g ipoh parade pulak sebab aku nak g f.o.s . entah ape yang seronot sangat kat f.o.s. tu pun aku pun tataw . macam biasa la kalau nak cari parking dekat mall weekend macam ni , memang menduga keimanan la kan . semua orang nak soping weekend jugak macam xde hari laen nye pun nak soping sopingan -.- pusing pusing kat ipoh parade memang memenatkan . tambah tambah pulak tak boleh nak tapau mcflurry koneto cokolat kan . lepas OPTIMUS PRIME  selesai bersoping sopingan jeans ngan kemeja colourful yang aku dah cop nak pakai lepas kawen nanti sebab cantik sangat , kitorang g tempat kad kad raya terjual . aku macam nak beli kad raya nak bagi kat orang tapi macam tak best je pun design dia . macam kad raya zaman ortodoks pulak aku tengok . oh ye , OPTIMUS PRIME itu merupakan beliau ini .

perangai macam bebudak ingat comel sangat macam aku letewww
OPTIMUS PRIME yang berjanggut ini tak terdapat dalam mana mana cerita transformers okayy 

selepas pulang , kami pun balik ke rumah tanda seronot habiskan duit dan penat yang amat .

ok , bai . aku dah ada kasot raya so boleh raya . ok , bai lagi !!

best girl and i love u .

aku dan dia banyak yang sama . kami rapat pom sebab kami sama sama minat peterpan waktu form 3 . time tu , sang vokalis berimej suci dalam debu tak dihimpit dengan kontrovesi lucah lagi . tempat tinggal kami pom kebetulan sama . seri manjung , perak darul ridzuan , malaysia . tulisan kami pom sama sampaikan kak long dia kata dia hantar kad birthday untuk diri sendiri punya samanya . nama pom nak dekat dekat sama . azriatul . shazatul . dua dua ada TUL kat belakang nama first . okayy , apa lagi yang sama ? haaa . mata kami sama sama sepet -.- banyak lagi yang sama . nak cerita semua , tahun depan belum tentu khatam . hiperbola ? standard la kan . apa guna belajar BM tapi tak praktikkan . kan kan ?

dah lama kan tak taip intro panjang lebar . rasa macam terer plak bila pendahuluan karangan panjang lebar melebihi 150 patah perkataan . okay . tipu . bai .

20 august 2011 was her 21st birthday . and i do love her untill when when .
yes , i do .

Thursday, July 28, 2011

aku rindu sebab tu aku tukar lagu -.-

aku sedang rindu bertubi tubi dengan suasana diploma di arau . kebelakangan ni asyik rasa nak makan nasi lemak pakcik bakso ngan mee soto tak nak taugeh oren kunen je . kebelakangan ni aku asyik ulang tayang sepuluh juta kali slide show part 6 . kebelakangan ni aku asyik jadi stalker tegar kawan kawan arau dekat pesbuk ngan blog . kebelakangan ni aku asyik tengok gambar part 1 sampai part 6 kat laptop ngan kat album saya seorang part 6 (: ngan saya seorang part 6 (: II . ulang ulang tengok dan ulang ulang nangis . aku memang lemah sikit bab rindu rindu ni . kat pasar malam tengah ramai ramai orang pong aku moley nangis T___T





berkenaan dengan tajuk entri , nampak macam xde kena mengena kan . tapi sebenarnya banyak sangat kena mengena sebab klip video lagu ni ( kisah hati ) buat dekat perlis . okayy . harap korang faham .

diharap korang semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmatiNya . lots of gudluck untuk perjalanan masing masing selepas ini (:

jangan lost contact okayy . itu penting .

ok , bai . 
c u !! 

rindu setengah mati ,
sipa 

Sunday, July 3, 2011

si sipa tu jadi model ? ( bahagian II )














aku malas nak tulis caption sebab lama sangat nak tunggu gambo gambo ney terupload =..= by the road , baju baju ni semua stok baru untuk aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi . yew lah , aku pong ada 5 hari lagi nak ganti pose -.- teruk betul si aku ney . haih . ok , perhatian kepada sekalian manusia , marilah bersoping sopingan di sinun :D

ok , bai !
c u !

lupe nak taip , petang tadi aku jumpe sopia jen kat lumut . korang paham tak sape sopia jen ? ni la sopia jen .

Saturday, July 2, 2011

review felem transformers 3 yang mengecewakan .

tak payah la cuak kepada para peminat felem transformers 3 dengan tajuk entri aku sebab aku tak tengok pong lagi cite transformers 3 tu . haha . ok , tak lawak . tadi memang si jannah tu ajak aku tengok . tapi hampa sebab full house . aku lupa pulak hari ni hari sabtu dan orang ramai berduyun duyun nak pegi panggung tengok wayang . wey , korang boleh tak tolong pegi tengok wayang hari laen ? hissyy . da la beli tiket banyak banyak tak tinggal kat aku pong . tak bertimbang rasa betol la korang ni . huh . watthehey -,-

jadi , dengan rasa ralat penoh di jiwa aku pong menuju ke kereta kancil yang suka nak termati mati enjin time kat traffic light =..= by the road , aku bukan pergi secara solo molo tetapi berduet dengan abg 2D . destinasi seterusnya untuk mengubat hati yang lara croft , adalah mekdi (: mcflurry koneto cekelat itu adalah nikmat dunia yang indah . ok , over .


konon konon tengah tengok transformer 3 kat mekdi 

 cari la mata aku kalau terer -.-
by the road , yang aku tengah makan itu adalah sejenis GCB okayy bukan mcflurry koneto cekelat

setelah bermakan bercomot comotan macam budak budak , ke tesco pulak sebab nak cari pewangi kereta . alang alang da ada pakar tentang kereta kan . heee . dan suggestion pakar itu adalah terbaek . baru aku taw kenapa dia suka sangat basoh kereta . haha . bila da basoh kereta tadi , lap lap kereta dengan sabon basoh baju attack , susun kasot dalam bonet siap ada alas tikar mengkuang lagi , memang rasa nak duduk dalam kereta 24/7 :P

ok , bai !
c u !

p/s : esok baru moley bagi review yang btol betol punya :D

Thursday, June 9, 2011

tajuk lebih kurang sama macam entri semalam , so tak payah tulis .

hari ketujuh bekerja dengan bos sama . komen ? macam biasa . mengantok tak hengat . customer pong tak ramai hari ney . lantak lah . pukul 12.20 tenghari , aku dah kelua lunch . tapi kali ney , tempat lunch berbeza . medan selera tesco . bukan seorang diri . tapi berdua diri ♥ weee . okay , tetiba jadi gatal . macam biasa lagi . nak makan spageti bolognis kew sizzling . aku memang susah nak buat keputusan tentang nak makan apa tambah tambah lagi kalau bukan makan dekat orenkunen . kalau dekat orenkunen , aku taw la nak order apa . mee soto tamaw toge . pening punya pening , last last , aku makan nasi ayam versi sizzling . haa . pelik dot blogspot kan .

tengah sengsara aku tiup angin angin paNAZ kuah nasi ayam versi sizzling tu , tetiba suddenly ada nombo tak kenal kol . kol dari kakak jannah . terkedu . terkesima . jannah mane pulok ney ? bila sebut perkataan butik , minda aku baru berjalan dengan lancar . butik nur tasnim ropenye . panggilan itu telah mengemukakan hasrat untuk mengoffer aku bekerja di situ . wah . rasa nak melompat tinggi tinggi awan dalam tesco tu . esaited . sumpah esaited :D dengan penuh rasa esaited yang meninggi , selepas kena temu ramah mesra dengan tuan punya butik , aku terima offer mereka .

 gambar kali ney banyak kena mengena :P
kepada aku , selamat bekerja di tempat baru lagi pada hari jumaat (:

Monday, May 23, 2011

dua dua . tiga tiga :D

saya bukanlah sang kaki wayang yang tegar sampai setiap cerita baru yang keluar saya akan pergi panggung untuk menonton . cerita pertama yang saya tengok kat panggung , histeria , kat alamanda . tu pong sebab kezen yang ajak . kalau tak , mungkin sampai sekarang saya tataw apa itu panggung . okayy , over . saya taw . itu penyakit yang dah lama saya hidapi . saya memang suka lari tajuk kan untuk mukadimah . memang sangat .

tajuk entri ada banyak sangat kaitan dengan gambarajah di atas . kesimpulan gambarajah , sangat suwit muwit the moment , the dialogue sehingga boleh dapat kencing manis tahap kronik . double thumbs up to kabir bathia sebab jalan cerita diadun penuh seni , skrip dicanang penuh aspirasi , sinematografi indah penuh jiwa .

terima kaseh juta juta jugak buat abg 2D sebab makan pop corn sebelum masok panggung lagi . cerita baru mula 10 minit , pop corn da tinggal setengah ==' tak kesah la . janji dapat tengok adam . walaupun dia tetap senyum sampai telinga bila nama remy ishak keluar dekat skrin sambil mengaku itu dia .

oh yew .
ini paling penting .
terima kaseh lagi abg 2D sebab belanja saya tengok nur kasih the movie :D

p/s : baru teringat . npew kita tak tangkap gambo pong tadi yew , wahai abg 2D ? haih . takkan kena tengok lagi sekali kot :P
psp untuk abg 2D lagi macam tak boleh mesej kan : terima kaseh lagi sebab buat ibu super duper seronot sehingga menjilat jari hari ney :DDD

Sunday, May 22, 2011

aktiviti empat bulan .


 blogwalking 

makan 
oh tak 
gambar ney lebih kepada melantak

 tidur yang panjang

study buku muka 

 menonton telebisen


bercycling 
okayy  yang ney baru buat tadi :D

notakakitanpacekam untuk diri sendiri : mari mulakan misi mencari kerja kembali :P

Saturday, May 14, 2011

Be Fabulous Forever ♥

meet my dear BFF , Azriatul Farahain bt. Ahmad Zamili 


she's awesome 
she's genius 
she's adorable
and the most important 
she's understanding me

terus terang
masa tak pernah cukup untuk kita
masa tak pernah cukup untuk saya lihat awak senyum
masa tak pernah cukup untuk saya dengar cerita awak

hey awak 
saya sayang awak taw 
sampai surga  ♥

Thursday, May 12, 2011

jangan tinggal daku sorang .

sebab 

inilah sebabnya ..

                                                          



menerai tudung sampai berpuluh helai 
bermekap macam nak pergi dinner 
berphotoshoot seorang diri 
oh malunya 
kenapa saya bagi taw ? erk =='

Wednesday, May 4, 2011

kisah hati .


 saya suka gambar ney



 gambar ney paling suka
 abg 2D paling suka ini gambar






 cubaan menjadi maria elena
haha 





 suka gambar ney jugak


 feberet !





 kesayangan a.k.a potong kelapa :P








kenapa kisah hati ?
sebab klip video alyah yg lagu kisah hati yg ada ayang remy ishak tu cantek sgt .
nanato kata klip video tu buat kt timah tasoh .
kalau tgk klip video tu ada satu pokok tu cantek sgt .
time g timah tasoh , jenuh cari pokok yg satu tu yg cantek sgt tu .
tapi tak jumpa .
sowey aena .
kita tak jumpa pokok tu .
erk .
by the road , terima kaseh banyak sangat terhadap abg 2D sebab menjadi potong kelapa tegar pada petang yang mulia tersebut . walaupun cuaca suam suam air suam , anda tetap tabah melayan karenah saya yg banyak karenah ney . 

semua gambar snap by abg 2D  . erk . saya pong ada tangkap jugak walaupun kurang pandai . erk .
semua gambar edited by saya (: