Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

the awesem-ness of pak usu .

aku tak tahu dari mana hendak mula . yang pasti , perasaan yang dirasai itu awesem dan hensem . tiba tiba aku rasa pak usu aku sangat hensem macam bront palarae . lagi hensem daripada bront palarae jugak kot . kot itu maksudnya kurang pasti . oh . apa aku ini -.- mengapa pak usu aku dipuji puji ? mengapa ? mengapa ?

 kerana ini 
sedikit caption tentang gambar :  
gambar ini diambil ketika petang CNY di Kenny Rogers Roaster , Sunway Pyramid Carnival Mall , Penang . lelaki di dalam gambar merupakan pak usu yang aku maksudkan yang begitu awesem . cuba lihat dari depan . macam m.nasir bukan . pandangan sisi macam bront palarae . pandangan atas macam brad pitt time rambut panjang . oh , x boleh puji lebih lebih nanti bankrap beliau asyik nak kena belanja aku je :P muahaha . janji beliau untuk belanja aku sempena apa aku pun kurang pasti tapi yang pasti sudah pun beliau tunaikan . terima kaseh . ataupun TERIMA KASEH (: 


dan juga yang ini 

sedikit caption tentang gambar :
ini aku google dekat google . gambar sebenar xde sebab pihak penaja suruh campak bahan bukti . namanya valencia frappucino . berasal dari starbucks . secara jujur , aku tak pernah ke starbucks apatah lagi membeli barangan dari starbucks . yang pasti aku pernah lalu depan starbucks kat bukit bintang time part 5 dulu . muahahaha . so , this is my first time . nampak macam loser kan sebab baru first time try starbucks . itupun orang belanja . naseb baek ada orang belanja . kalau tak , memang takkan merasa sampai bila bila . sebab pada aku , starbucks ni standard orang kaya kaya je boleh makan dan minum starbucks . aku tak kaya . dan duit dalam purse sekarang pun ada la dalam ... jap nak cek ... ada la dalam ... oh . tak dak langsung rupanya T_____T sungguh miskin . 

notabukulali : entri ni aku dah peram lama . nak dekat dua minggu da -.-
notabukulali II : terima kaseh pak usu sebab belanja princess :P

Monday, July 25, 2011

weekend yang owesem .

ipoh , destinasi hari ini . walaupun aku duduk perak , last aku g ipoh aku pom tak hengat bile . tapi family aku memang bukan kaki berjalan jalan bersiar siar . macam biasa . bila sampai aku mula jakun tak tentu hala . esaited melampau lampau . ipoh je pong . kalau family aku g ipoh , GM merupakan tempat wajib datang . padahal bukan ada apa pom kat GM tu . GM ada la -.- so , lepas makan spageti pertama untuk hari ini , aku paksa ayah aku g JJ pulak . tapi adik aku , mamat nak g ipoh parade . watthehey . adik kena ikot cakap kakak okayy . setelah berhempas pulas memaksa , akhirnya sampai jugak JJ . bila sampai JJ , aku jadi jakun lagi -.- lepas tu nak parking pom macam amek masa selama 3 tahun lamanya . time ayah aku bizi cari parking , aku baru teringat yang aku ada kat ipoh . kat JJ pulak tu . a'ah . aena kje kat JJ . aku terus kol aena sementara nak tunggu ayah aku jumpe parking lagi 3 tahun . naseb baik aena nga kje . kalau tak makin bertimbuntimbun rindu aku .

aena nampak makin tough bila kje kat fitness centre :P

lepas jumpa aena pelok cium muah muah picit picit pipi , syafiq atau nama panjang syafiq hensem , kawan aena , tangkapkan gambar . syafiq tu macam kagum sangat je tengok cencen aku . cencen je pom -.- lepas tu , ibu aku da lapa , aku pom dengan semangat waja tanya dorang nak makan kat mana . adek adek aku nak makan mekdi . aku saja provoke dorang soh makan pizza hut sebab kat mekdi ada burger je nanti tak kenyang padahal aku yang nak makan pizza muahaha . da duduk tu , aku lah orang paling sebok suggest kan menu nak makan apa . bajet expert sangat la sebab dalam minggu ni je , ni kali ketiga aku makan pizza hut . lepas da suggest dengan semangat , order pom dengan semangat , ibu aku tanya , " hang nak belanja ka ? " . laju je aku jawab tak . muahahahah :P sumpah itu jawapan paling kejam aku penah bagi . muahahaha lagi . aku rasa macam suka pulak makan kat pizza hut sekarang ni sebab semua benda sampai cepat tak payah nak tunggu lama lama sampai mengantuk nak titow lagi .

ibu dan sang birthday girl

 like father like daughter 

goyang itu seni 

" botak "

itu tangan sang birthday girl 

ayah aku macam pasrah je tengok bil padahal ibu yang bayar :P

okay , happy birthday , birthday girl 
sesungguhnya kakak mu ini jelez bila ibumu memberi hadiah jam vincii kepadamu -.-

p/s : macam biasalah bila aku nampak vincii mesti beli kasot lagi . so , esok g keje pakai kasot baru . muahahah :P

Monday, July 18, 2011

semalam pizza hari ni pom pizza jugak .


ini namanya konpius . banyak sangat pizza sampai dua dah cukup buat aku konpius tahap maha nak makan yang mane satu .

 ini namanya kak lia yang owesem . kak lia is sama dengan mama tasnim ataupun kalau tasnim rasa nak panggil mummy , maka kak lia akan jadi mummy tasnim .

 ini namanya jannah ataupun nama popular di kalangan artis , yam . muahahah . yam tak tinggi macam gambar sebab dia jengket dalam gambar muahahah . jahat gile aku pecah rahsia yam :P

 abg faizal kata aku macam anak nombo sulong . anak nombo sulong ?? macam pelik je . erk -.-

 ini tak payah bagitau semua orang pong kenal kan
by the way , tasnim pakai pampers okayy . jangan fikir yang bukan bukan =..=

nampak duit syiling sebelah tasnim tu ?
dia bagi kat aku 20sen suruh beli kasut tinggi -.-


special thanks to kak lia , abg faizal & jannah . si kecik tasnim petang baru datang . mereka memang super duper owesem ♥

 p/s : mereka dah macam family saya (:

LOTS OF L♥VE .

17 JULAI 2011 jam 9.15 malam , aku genap 21 tahun . alhamdulillah , Tuhan maseh beri nikmat untuk aku terus hidup bernyawa menikmati alam .

perasaan ? esaited tahap gaban juvana . menangis bertalu talu . ketawa berdekah dekah . senyum tersipu sipu .


faham tak ni kat mane ? ini adalah di sebuah pizza hut . muka tak nak rakus lagi kan .


" makan cepat . enam suku kita balek "


kek coklat ini paling gojesh dan lazat .


doa selamat panjang umur murah rezeki (:
aku macam paling puteh pulak muahahah 


gigih memotong kek coklat lazat


macam biasa , bila esaited memang susah nak nampak mata aku -.-


oh damn , kenapa aku puteh sangat ni ?


aku tiru ibu aku sebab tu aku puteh muahahah 


aku potong kek tapi aku x dapat pinggan so aku paksa adik aku suap 


yang ni memang hanya akan suap diri sendiri je =..=


okay , surprise daripada 'junior' Nazrullah Shahruddin :D


andai ada perkataan yang lebih bermakna dan cantik daripada terima kaseh , dah lama aku ungkapkan buat semua yang mengingati tarikh 17 JULAI 2011 (:

tapi aku tak jumpa lagi .

jadi ,

terima kaseh ahli keluarga kerana tetap menghargai .

terima kaseh abg 2D bawak jalan jalan pusing manjung sampai aku dah boleh semua selok belok jalan , bawak g tesco walaupom aku melarang sebab pakai jumpsuit semalam muahahah , bawak g pizza hut walaupom dalam perjanjian sepatotnya 5 tahun lagi baru boleh g , surprise yang macam tak berapa nak jadi sebab aku kena balek awal la pulak kan . maaf sebab macam mudi je ye . maaf lagi sebab xdew gamabr anda walaupom sesen .

terima kaseh azriatul farahain ahmad zamili sebab datang bawak eskem koneto dan jugak kad dan jugak sembang pasal komplot anda dan 'senior' anda kononnya muahahah lagi .

terima kaseh uya sebab kol . camping baek baek (:

terima kaseh ila sebab meset . rindu faham tak ?


terima kaseh paling banyak buat semua yang mengirimkan ucapan melalui laman sosial mukabuku dan telefon bimbit .
late is better than never kan (:


tiada terima kaseh melaenkan hanya terima kaseh buat semua karna mengingati . anda semua memang totally owesem . sayang semua sampai hujung nyawa ♥

with l♥ve ,
sipa

Saturday, July 16, 2011

aku tengah cari tajuk yang sesuai la ni -.-


ni laptop anim la . anim nk buat kije ni .

tudung ct + baju mak su dia -.-


anim , buat peace anim . buat peace !
kiut kan peace dia ? =..=

bila esaited , memang susah la nk nampak mata aku -.-

 aku bukan kat tesco mergong mahupom JJ ipoh , tapi aku kat tesco manjung . muahaha .

 bila esaited , hidung aku memang kembang setaman =..=

 makan alien sambil drive pas tu tumpah kena baju 
haih

eleh adik aku 
bajet sayu di pagi raya pulak 

p/s : aku rasa macam nak basoh kembara sekarang jugak . sumpah kotor gile . haih -.-

Friday, July 15, 2011

Wordless Friday bukan Wordless Wednesday .

nafsu semata .

Assalamualaikum wbt (:

dah lama tak update blog . last update 12 JULAI . hari ni dah 15 JULAI . 3 hari perbezaan merupakan masa yang sangat lama dan panjang . sekali lagi aku tak sure kenapa aku besarkan perkataan JULAI ni . muahahaha . ok , tak lawak walaupun sikit .

nafsu merupakan syahwat . selalu kita dengar orang melayu cakap , nafsu syahwat . padahal , syahwat tu berasal dari perkataan bahasa arab yang jugak bermaksud nafsu . macam begok je bila cakap bende yang sama ulang ulang . begok tu macam bodoh . ni semua pengaruh tv cite indon ni . sebab tu aku tak suka tengok tv mahupun cerita indon . aku hanya suka tengok juvana je . oh , daim . i lap u -.- nafsu syahwat = nafsu nafsu . muahahha . tak lawak lagi -.- nak cakap melayu begok , aku pun melayu jugak . haih . maksud aku , orang melayu yang lain la . bukan aku . erk . mende tah si sipa ni meraban =..=

aku bukan nak cerita pasal nafsu dalam kelambu or wateva , aku cuma nak cerita pasal nafsu sang perempuan sebab aku bukan lelaki . untuk dalam tempoh berpuasa ganti ni , insyaAllah , hari ni last day aku ganti , nafsu aku terhadap makanan amatlah meluap luap . bila tengok gambo pizza , mulalah nak makan pizza . bila tengok spageti boloknis , mulalah rasa nak makan spageti boloknis .


ni kalau tengah lapa ni , sekali hadap boleh habis tiga ni 
buruk sungguh perangai si sipa ni -.-


oh , spageti boloknis , i lap u very the much ♥

tapi tu la . bila mengenangkan perjanjian yang dah dibuat tanpa apa apa sesi tandatangan tu , niat aku mula mati . tapi macam hidup balik . tu semua nafsu . faham tak ?

so , sekarang ni berfikir nak bukak puasa makan pizza ke spageti boloknis dengan duit berapa sen je yang ada dalam purse -.-

macam nak dua dua . hish . nafsu nafsu !! 

ok , bai !
c u !

p/s : tasnim datang tadi . wehuuu . ajak beli gujus kat makcik mayfirst . pas tu kena paksa kejar dia pulok . 



Saturday, July 2, 2011

review felem transformers 3 yang mengecewakan .

tak payah la cuak kepada para peminat felem transformers 3 dengan tajuk entri aku sebab aku tak tengok pong lagi cite transformers 3 tu . haha . ok , tak lawak . tadi memang si jannah tu ajak aku tengok . tapi hampa sebab full house . aku lupa pulak hari ni hari sabtu dan orang ramai berduyun duyun nak pegi panggung tengok wayang . wey , korang boleh tak tolong pegi tengok wayang hari laen ? hissyy . da la beli tiket banyak banyak tak tinggal kat aku pong . tak bertimbang rasa betol la korang ni . huh . watthehey -,-

jadi , dengan rasa ralat penoh di jiwa aku pong menuju ke kereta kancil yang suka nak termati mati enjin time kat traffic light =..= by the road , aku bukan pergi secara solo molo tetapi berduet dengan abg 2D . destinasi seterusnya untuk mengubat hati yang lara croft , adalah mekdi (: mcflurry koneto cekelat itu adalah nikmat dunia yang indah . ok , over .


konon konon tengah tengok transformer 3 kat mekdi 

 cari la mata aku kalau terer -.-
by the road , yang aku tengah makan itu adalah sejenis GCB okayy bukan mcflurry koneto cekelat

setelah bermakan bercomot comotan macam budak budak , ke tesco pulak sebab nak cari pewangi kereta . alang alang da ada pakar tentang kereta kan . heee . dan suggestion pakar itu adalah terbaek . baru aku taw kenapa dia suka sangat basoh kereta . haha . bila da basoh kereta tadi , lap lap kereta dengan sabon basoh baju attack , susun kasot dalam bonet siap ada alas tikar mengkuang lagi , memang rasa nak duduk dalam kereta 24/7 :P

ok , bai !
c u !

p/s : esok baru moley bagi review yang btol betol punya :D

kacamata hitam ray ban RM10 .

aku sedang di dalam mood kerajenan yang gumbira untuk mengupdate blog dan mengejoin contest sekarang ini . jadi mari mengejoin contest saya dan kacamata by Lya Idma . terima kaseh juta juta sbb invite utk mengejoin contest ye Lya (:

macam biasa . setiap pertandingan mesti ada terma dan syarat syarat supaya aku tidak menyaman pihak penganjur . ok , bai !

selamat menuruti syarat dan menjadi bertuah .

here we go .

syarat satu : harus follow blog si penganjur : Lya Idma
syarat dua : copy banner dan letak kat entry korang . takkan nak letak kat entry ayah aku pulak . macam la ayah aku ada blog =..=


syarat tiga : sertakan gambar yang berspek mata .


ok . ini gambar waktu bbq budak kelas . bukan kelas 6 bestari . itu sekolah rendah punya cerita . time sekolah rendah mane terer nak masak bbq . ehh , yew kew masak ? bukan goreng bbq kew ? ok , abaikan . ini gambar time bbq budak biznez :D aku datang awal untuk masak memasak . nak berbbq kene la pakai spek . faham tak asap itu pedih ? faham tak ? lepas tu , aku sorang la yang paling over sebab masak bbq pakai spek . nak masak bbq pong stil nak bajet diva . tah ape ape tah . eh , faham tak asap itu pedih ? haih . by the road , sape terer cuba teka berapa harga spek sepuloh ringgit yang aku beli kat padang besar tu . haha :P

syarat empat : cerita sikit pasal gambar . done . aku memang terer cerita mencerita ni .
syarat lima : tinggalkan link kt situ .
syarat enam : tag 3 orang rakan .


faham tak daim tu sape ? tgk juvana ? hehe :P

ok , bai !
c u !

Saturday, June 25, 2011

spageti boloknis & stlobeli .

AWAS !!
ini sangat sedap namun sikit .

bukan orang jelir lidah tu okayy =..=
namun sang spageti boloknis fudkot tesco mesco 
dapat jugak aku makan spageti boloknis akhirnya walaupun bukan pizahat @ sikret resepi punya 


AWAS !!
ini sangat comel dan tembam . erk .

puas aku ultra thin kan gambo ney tapi tetap macam tu tak kurang walaupun sedikit =='
 
AWAS !! 
ini sangat comel overloaded .
 
 nampak kan pedang power rangers tu ? dia curi dari power rangers . lepas tu .. ok , tengok gambo seterusnya .
 

" kak fifa nk stlobeli ? anim nak potong stlobeli ni . anim potong ye bagi kak fifa "

boleh dapat tangkap tak apa jenis stlobeli ( strawberi ) yang dia cuba potong tu ? =..=

Thursday, June 9, 2011

tajuk lebih kurang sama macam entri semalam , so tak payah tulis .

hari ketujuh bekerja dengan bos sama . komen ? macam biasa . mengantok tak hengat . customer pong tak ramai hari ney . lantak lah . pukul 12.20 tenghari , aku dah kelua lunch . tapi kali ney , tempat lunch berbeza . medan selera tesco . bukan seorang diri . tapi berdua diri ♥ weee . okay , tetiba jadi gatal . macam biasa lagi . nak makan spageti bolognis kew sizzling . aku memang susah nak buat keputusan tentang nak makan apa tambah tambah lagi kalau bukan makan dekat orenkunen . kalau dekat orenkunen , aku taw la nak order apa . mee soto tamaw toge . pening punya pening , last last , aku makan nasi ayam versi sizzling . haa . pelik dot blogspot kan .

tengah sengsara aku tiup angin angin paNAZ kuah nasi ayam versi sizzling tu , tetiba suddenly ada nombo tak kenal kol . kol dari kakak jannah . terkedu . terkesima . jannah mane pulok ney ? bila sebut perkataan butik , minda aku baru berjalan dengan lancar . butik nur tasnim ropenye . panggilan itu telah mengemukakan hasrat untuk mengoffer aku bekerja di situ . wah . rasa nak melompat tinggi tinggi awan dalam tesco tu . esaited . sumpah esaited :D dengan penuh rasa esaited yang meninggi , selepas kena temu ramah mesra dengan tuan punya butik , aku terima offer mereka .

 gambar kali ney banyak kena mengena :P
kepada aku , selamat bekerja di tempat baru lagi pada hari jumaat (:

Sunday, May 29, 2011

model tak berbayar =..=

aku suka pergi kenduri . sebab boleh pakai cantek cantek macam nak pergi dinner . makan makan . dapat goodies bag then perait barang barang dalam goodies bag tu ngan adik adik aku . usha orang ramai lepas tu orang usha aku balek macam lubang hidung aku ada 17 utas lubang =..= padan muka aku . dan bila balik kenduri , adik lelaki aku akan menjadi mangsa penderaan emosi sebab aku suruh dia snap gambar aku banyak banyak . haha . padan muka :P








segudang penghargaan kepada baju ibu saya time maktab dulu :D