Showing posts with label manusia ajaib. Show all posts
Showing posts with label manusia ajaib. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

gambar dan kapsyen .

assalamualaikum wbt .

tiada masa hendak berpanjang panjangan untuk mukadimah . terus menerus sahaja kepada gambar gambar yang diambil pada minggu pertama raya berserta caption yang mungkin pendek . mungkin sahaja .


gambar pertama haruslah gambar diri sendiri yang bagai dipam pam itu . tak sedar diri badan macam kena pam tapi nak jugak pakai kebaya . ini di tepi rumah mak tok belah ibu . oh , bendera di belakang tersangatlah spoilernya -.-


ini merupakan siblings tersayang . cewahhh .


ini gambar keluarga kurang formal . macam biasa aku memang pantang nampak kamera . yang lain kusyuk dengar cerita tapi tidak mamat kerana dia sedang curi curi tengok camera . hewhew .


empat dara pingitan . cewahhh . dari kiri izara aisyah , mak usu , izzi dan mak dak . izzi cakap kalau dia dapat 5A dalam UPSR tahun depan , dia nak hadiah gitar . punggahh kezen aku sorang ni . ni semua pengaruh najwa latip -.- izara aisyah ? mengapa izara aisyah ? sebab memang serupa kot macam izara aisyah . sudah terang lagi bersuluh kot . pfffttt .


si tudung biru merupakan seorang ibu . yang berbaju hitam merupakan ibu kepada ibu . yang lagi dua orang tu kenal kan -.-


ini merupakan hanya segelintir kezenss belah ayah . time time raya macam ni je la pun nak jumpa . bila jumpa perangai semua tak boleh blah . untuk pengetahuan , yang berbaju oren tu da anak tiga . sorry abang umai , terpecah rahsia . hewhew :P


addin dan adam . dulu muka addin petak , tapi sekarang tak lagi . tapi mata addin maintain mengancam . 


ini di rumah pak usu @ bront palarae aku mmg terer bab kipas mengipas ni hewhewhew . juadah hari itu , spageti bolognais yang osem , oreo cheesecake yang sangat osem beserta kueh raya yang osem belaka . tak sempat nak mintak resipi oreo cheesecake yang osem itu . biarpun rupa seperti cisbedebah namun rasa osemnya maseh terngiang ngiang di lidah sehingga hari ini . 


like ayah like sipa :')


maseh di rumah pak usu . izara aisyah bersama shah jaszle ataupun nama pesbuknya aku dan pepatung ungu . mengapa shah jaszle ? sila perhatikan rambut beliau kerana rupa memang jauh panggang dari api . HAHA .


dari kiri pak lang belah ayah , izara aisyah lagi dan adik ain yang sangat kurus mendadak lepas beberapa bulan tak makan nasik . sangat osem tahap kekurusannya sampai buat aku maseh lagi terkesima sehingga hari ini . selain perasaan terkesima , aku turut jeles dan cemburu dengan kekurusan beliau lalu terus memasang niat taknak makan nasik jugak . pasang niat je la yang mampu -.-


ini bukan ahli keluarga . tapi bulu mata dia yang lentik telah buat aku untuk ambil gambar dengan dia . i memang suka lelaki bulu mata lentik pun uollss . sebab tu nazrullah jadi boipren i . hewhew .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

habis sudah gambar di kampung . gambar gambar yang bakal datang merupakan pelengkap raya aku untuk tahun ini . sebagai metaforanya , kalau mati pun , mati dengan menutup mata . cewaahhh .


pemandu dan pembonceng yang membuat surprise . like seriously aku memang tersurprise :') 
gambar instagram kot ni . teruja 17 minit .


first time beraya ke rumah nazrullah . aku memang tak boleh nak mengawal malu bila nampak laksa . HAHA . nazrullah pun gembira tak terkawal bila uya ngan ila datang rumah . boleh nampak kan dia punya senyum sampai tak nampak telinga tu -.-


eh eh . nurfarah haziqah pun ada . 


oku 
HAHA


walaupun gambar blurr tapi gemuk tu tak blurr kan -____-



ULA = uya + ila . motip sangat . apapun macaroon tu sedap . kek pun sedap . HAHA . terima kaseh kesayangan :')


azriatul farahain ahmad zamili


nor dalila yeop


rodhiyah ahmad


beraya kat rumah manisah . gambar blurr sebab ila baru dua minggu beli telefon . konkrit sangat alasan .



lepas tu pergi beraya kat rumah junior , mira osman . ni lagi sorang kurus kering . aku rasa macam murah hati sangat nak bagi isi lebihan aku ni tapi apakan daya orang tak sudi -.-



sila tamparkan muka aku 


penghantar air yang terus senyap lepas ada kamera menghala ke arah beliau


aku suka sangat gambar ni . HAHA 


si sipa sedang sebok bergebang tentang kuih raya yang dibuat beliau . ila pun menspoilerkan gambar -.-


it's perfect 


just perfect :')


p/s : terima kaseh kepada semua watak dalam gambar . jasa anda membuat aku tersenyum akan aku kenang hingga ke akhir hayat . dan kepada uya , kriuk kriuk :P

Thursday, August 9, 2012

rodhiyah ahmad .

"awak nak jadi adik angkat saya?" -aku-
dan respon dia . muka blurr lagi terbangak bangak .

tersenyum sendiri tatkala memori lama kembali menjengah ke minda ini . impresi pertama dia tentang aku , ramah . memang ramah sampai nak minta jadi adik angkat biarpun sebaya . itu cerita lama . cerita hampir sembilan tahun lepas . dan merentasi sembilan tahun itu , bukanlah perkara yang mudah tanpa dia dan yang lain .

dia yang aku kenal ? sukar untuk didefinikan kadang kalanya . yang pasti , dia tak pernah gagal membuat aku tersenyum :) kami menjadi rapat sejak di tingkatan dua . semakin rapat ketika di tingkatan empat dan lima . duduk sebelah sebelah kan kat kelas dulu :') dia antara pemberi semangat yang tegar buat aku . kata kata dia sentiasa punya maksud yang terdalam .

moment yang aku tak boleh lupa tentang dia ? selongkar kereta kancil nazrullah semata mata untuk mencari cendol pulut . itu yang di abad baru . belum kira di abad lama . banyak . banyak tak terkira . tapi yang satu ini , melekat lekat susah nak ditanggal . maaf uya , aku tercerita . hehe . harapan semoga ukhwah ini sentiasa dipelihara olehNya . amiin :')


buat cikgu rodhiyah
selalu saya doa dalam hati agar dapat bertemu dengan awak bulan ramadhan ni
tapi saya tahu awak sibuk berpraktikal
semoga selamat semuanya ya 
pelok cium dari jauh xx

Friday, March 2, 2012

sekali lagi aku buntu nak letak tajuk apa .

lama rasanya tak update blog . seriously .

Tumblr_le7oouvqbf1qbtwado1_500_large

lina ko tak payah nak terkejut sangat . aku busy kerja lah . aku busy kerjakan youtube . asyik ulang tayang oh yeah mendidih bersama sharifah amani sampai sepuluh juta enam ratus kali sampai dah boleh hafal apa amani cakap , apa zizan cakap , apa johan cakap . walaupun mereka mereka itu macam mintak pelempang aku je bila mereka membuka mulut , tapi aku tak pernah jemu mengulang tayang . seriously . tak percaya sila ke link tersebut . aku malas nak upload video . membazir masa . masa tu kan emas . tak gitu ? bhahahaha . 



eh gambar apa ini ? siapakah mereka ? 

okayy sila tampar aku sekarang sebab buat buat tak kenal dengan diri sendiri dan kluang man sendiri dush dush okay dah tampar walaupun bunyi macam kena tumbuk . abaikan . aku ni memang suka melarikan diri daripada tajuk asal walaupun sekarang tak letak lagi tajuk entri lepas tu tulis benda bukan bukan . bhahahaha lagi . sebenarnya hari ni last day aku kerja . seronok ada tak seronok pun ada . seronok sebab tak payah bangun awal lepas tu pening pening tatau nak pakai baju apa . tak seronok sebab isnin depan dah start kuliah lepas tu kena bangun awal jugak nak pergi kelas lepas tu pening pening jugak nak pakai baju apa pergi kelas .  baju banyak masalah . baju sikit pun masalah . manusia . tak pernah cukup . tak pernah nak rasa bersyukur . errkkk alhamdulillah . ok kenyang makan kek pisang dua slices dengan pau kaya sebijik untuk sarapan .

cakap pasal kerja ni ada la beberapa kali tasnim datang opis . dia selalu esaited kalau nampak motor aku terparking depan butik lepas tu mesti nak naek atas jumpa aku sebab dia yakin dengan adanya motor aku maka adalah aku di atas opis . tapi semenjak dua tiga menjak dia dah sekolah ni , dia jarang jumpa aku . busy buat kerja sekolah letewww T.T 


bagi yang tidak mengenali lagi , inilah tasnim .
amboih kemain kau dengan bulu mata rozita che wan iteww 


inilah bukti tasnim bersekolah 
kalau masuk kes kat mahkamah confirm menang sebab bukti ternyata kukuh lagi konkrit 
apakah aku ini -.-

lepas ni mungkin susah nak nampak aku di blog mahupun pesbuk mahupun twitter sebab aku dah masuk belajar . belajar selagi mampu . belajar selagi terdaya . kesibukan itu sudah pasti . sesiapa pun yang jadi pelajar dia akan memahami situasi ini . last but not least , selamat maju dan berjaya untuk semua orang . sampai ketemu lagi . 

Tumblr_lv71nxusqk1qmt5mvo1_400_large

okay jemput minum kopi sebab penat bercakap 
secara teknikalnya menaip
mai secawan 

notabukulali : aku janji tak tukar header dah lepas ni . bhahaha :P

Thursday, February 23, 2012

♥

walaupun kluang man aku tak terer berlakon macam shah rukh khan ,


walaupun kluang man aku takde tahi lalat bawah mulut belah kiri dan terer berpuisi macam zahiril adzim ,


walaupun kluang man aku tak seseksi johny depp *wey johny depp tu seksi ka -.-


walaupun kluang man aku tak sekiut shaheizy sam ,


walaupun kluang man aku tak segagah dan muka dia tak selicin aaron aziz ,


tapi 
dia tetap jantung hati aku 
dia tetap nyawa aku
dia tetap madu dan racun aku

dan 
aku tak boleh lihat kesedihan dia
biarpun sedaya upaya dia cuba sembunyikan kepahitan itu 

sumpah aku tak boleh

notabukulali : maaf . aku terpaksa .
notabukulali II : maaf .
notabukulali III : maaf .

 

Tuesday, January 31, 2012

semua tentang kita by peterpan .

aku sedang berada di dalam opis sambil mendengar lagu ini berulang ulang kali . berulang ulang kali aku dengar sambil rindu . berulang ulang kali aku dengar sambil menangis . menangis tanda terlalu rindu . menangis tanda terlalu ingin melihat muka mereka di depan mata . cukup sekadar melihat muka di depan mata . tak perlu kata apa apa . kerana aku hanya ingin melihat muka depan mata dan memeluk erat . itu saja . kerana aku yakin mereka juga sama seperti aku .


ini gambar lama yang aku suka tatap lama lama 


wajah mereka kekuatan aku . teruskan tersenyum , sahabat (:

Friday, November 11, 2011