Showing posts with label chinta. Show all posts
Showing posts with label chinta. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

entri bermotif .

assalamualaikum wbt .

harapan agar semuanya sentiasa di bawah lindungan rahmat dariNya . amiinn . mukadimah macam penutup . apakah ? baiklah abaikan . kadang kadang korang memang perlu abaikan perangai aku yang macam loser bila buat mukadimah . almaklumlah . dah sepuluh tahun tinggalkan dunia pidato . oh tak . time form 2 aku masok pidato lagi . makanya dah lapan tahun aku tinggalkan dunia aku yang bijak mengatur bicara itu . makanya itulah punca mukadimah aku selalunya failed . ye lah nak buat karangan pun , apa motif kan -.- 

makanya mukadimah aku di atas memang failed . makanya marilah menuju ke pangkal jalan di mana aku dah betul betul sedar yang aku sekarang ini hari ini jam ini minit ini saat ini bahawa aku memang gemuk . gemuk yang tidak dapat disangkal lagi . like seriously . sebelum ni , aku macam tak berpijak di bumi yang nyata sangat . selalu perasan kurus walaupun da terang tang tang yang banyak lemak yang melemakkan diri di badan aku . dulu selalu marah aiman bila dia komen aku gemuk dalam gambar . aiman je la pun yang akan selalu cakap aku gemuk . bila da lebih 44 kali , maka ianya jadi realiti . aiman , lain kali cakap la aku ni kurus macam heidi klum ke , macam izara aisyah ke . kata kata tu doa , man . kan aku dah gemuk sekarang -.-


2010


2012

see . korang boleh tengok sendiri lemak yang aku ternak selepas dua tahun . actually badan start naik bila degree . dan alasan cliche yang aku akan bagi bila orang tanya soalan cliche kat aku kenapa badan aku da naik adalah sebab aku pergi kelas naik kereta bukan lagi berjalan kaki macam time diploma dulu . walaupun cliche tapi sangat masuk akal . badan ni kalau dimanjakan sangat memang akan berlemak pun . kan hadirin hadirat sekalian ? -.-

lagi satu sebab yang aku selalu nafikan kebenarannya ialah makan ais . ataupun lebih dramatik lagi bunyinya kalau ais merupakan dadah aku start dari part 5 diploma . bukan ais ais baby tu tapi ais ketul . habit aku yang suka beli ais ketul 50sen kat dining then ratah macam makan popcorn time tengok wayang tu telah membawa aku kepada aku yang sekarang yang macam kena pam tayar hilux tu . 

dan orang orang yang selalu bertanya soalan cliche kenapa aku gemuk sekarang , mesti mereka sertakan sekali jawapan cliche mereka sekali , bahagia letewww . walaupun cliche lagi tipikal malaysian , jika dilihat berdasarkan gambar bukti , ada kebenarannya sebab nazrullah pun macam ada perbezaan je . hewhew .

makanya sekarang aku tutupkan entri ini dengan titik nokhtah sahaja .

motif entri sipa ? -.-

Tuesday, August 28, 2012

gambar dan kapsyen .

assalamualaikum wbt .

tiada masa hendak berpanjang panjangan untuk mukadimah . terus menerus sahaja kepada gambar gambar yang diambil pada minggu pertama raya berserta caption yang mungkin pendek . mungkin sahaja .


gambar pertama haruslah gambar diri sendiri yang bagai dipam pam itu . tak sedar diri badan macam kena pam tapi nak jugak pakai kebaya . ini di tepi rumah mak tok belah ibu . oh , bendera di belakang tersangatlah spoilernya -.-


ini merupakan siblings tersayang . cewahhh .


ini gambar keluarga kurang formal . macam biasa aku memang pantang nampak kamera . yang lain kusyuk dengar cerita tapi tidak mamat kerana dia sedang curi curi tengok camera . hewhew .


empat dara pingitan . cewahhh . dari kiri izara aisyah , mak usu , izzi dan mak dak . izzi cakap kalau dia dapat 5A dalam UPSR tahun depan , dia nak hadiah gitar . punggahh kezen aku sorang ni . ni semua pengaruh najwa latip -.- izara aisyah ? mengapa izara aisyah ? sebab memang serupa kot macam izara aisyah . sudah terang lagi bersuluh kot . pfffttt .


si tudung biru merupakan seorang ibu . yang berbaju hitam merupakan ibu kepada ibu . yang lagi dua orang tu kenal kan -.-


ini merupakan hanya segelintir kezenss belah ayah . time time raya macam ni je la pun nak jumpa . bila jumpa perangai semua tak boleh blah . untuk pengetahuan , yang berbaju oren tu da anak tiga . sorry abang umai , terpecah rahsia . hewhew :P


addin dan adam . dulu muka addin petak , tapi sekarang tak lagi . tapi mata addin maintain mengancam . 


ini di rumah pak usu @ bront palarae aku mmg terer bab kipas mengipas ni hewhewhew . juadah hari itu , spageti bolognais yang osem , oreo cheesecake yang sangat osem beserta kueh raya yang osem belaka . tak sempat nak mintak resipi oreo cheesecake yang osem itu . biarpun rupa seperti cisbedebah namun rasa osemnya maseh terngiang ngiang di lidah sehingga hari ini . 


like ayah like sipa :')


maseh di rumah pak usu . izara aisyah bersama shah jaszle ataupun nama pesbuknya aku dan pepatung ungu . mengapa shah jaszle ? sila perhatikan rambut beliau kerana rupa memang jauh panggang dari api . HAHA .


dari kiri pak lang belah ayah , izara aisyah lagi dan adik ain yang sangat kurus mendadak lepas beberapa bulan tak makan nasik . sangat osem tahap kekurusannya sampai buat aku maseh lagi terkesima sehingga hari ini . selain perasaan terkesima , aku turut jeles dan cemburu dengan kekurusan beliau lalu terus memasang niat taknak makan nasik jugak . pasang niat je la yang mampu -.-


ini bukan ahli keluarga . tapi bulu mata dia yang lentik telah buat aku untuk ambil gambar dengan dia . i memang suka lelaki bulu mata lentik pun uollss . sebab tu nazrullah jadi boipren i . hewhew .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

habis sudah gambar di kampung . gambar gambar yang bakal datang merupakan pelengkap raya aku untuk tahun ini . sebagai metaforanya , kalau mati pun , mati dengan menutup mata . cewaahhh .


pemandu dan pembonceng yang membuat surprise . like seriously aku memang tersurprise :') 
gambar instagram kot ni . teruja 17 minit .


first time beraya ke rumah nazrullah . aku memang tak boleh nak mengawal malu bila nampak laksa . HAHA . nazrullah pun gembira tak terkawal bila uya ngan ila datang rumah . boleh nampak kan dia punya senyum sampai tak nampak telinga tu -.-


eh eh . nurfarah haziqah pun ada . 


oku 
HAHA


walaupun gambar blurr tapi gemuk tu tak blurr kan -____-



ULA = uya + ila . motip sangat . apapun macaroon tu sedap . kek pun sedap . HAHA . terima kaseh kesayangan :')


azriatul farahain ahmad zamili


nor dalila yeop


rodhiyah ahmad


beraya kat rumah manisah . gambar blurr sebab ila baru dua minggu beli telefon . konkrit sangat alasan .



lepas tu pergi beraya kat rumah junior , mira osman . ni lagi sorang kurus kering . aku rasa macam murah hati sangat nak bagi isi lebihan aku ni tapi apakan daya orang tak sudi -.-



sila tamparkan muka aku 


penghantar air yang terus senyap lepas ada kamera menghala ke arah beliau


aku suka sangat gambar ni . HAHA 


si sipa sedang sebok bergebang tentang kuih raya yang dibuat beliau . ila pun menspoilerkan gambar -.-


it's perfect 


just perfect :')


p/s : terima kaseh kepada semua watak dalam gambar . jasa anda membuat aku tersenyum akan aku kenang hingga ke akhir hayat . dan kepada uya , kriuk kriuk :P

Wednesday, August 8, 2012

aku tak kuat .

hati ingin menghapdet sesuatu . namun minda umpama mati tak berfungsi . jari jemari hanya mengikut rentak .  mengikut rentak hati . apa yang dirasa itu yang akan ditaip . entahlah . lima hari kebelakangan ini , sakit seperti tiada perubahan . makan ubat berkoyan koyan pun rasa sakit tidak mahu pergi . puas dipaksa . namun sakit itu maseh berdegil . degilnya mengalahkan aku . dan aku memang sedang dalam kekalahan . kekalahan untuk melawan kesakitan . selalunya aku begitu kuat untuk melawan sakit . namun kali ini aku lemah . aku memang pandai memberi nasehat pada orang . "be strong" . "ujian hebat untuk orang hebat" . tapi aku sendiri tak strong . aku sendiri tak mengikut nasehat aku itu . 

si penawar kini dalam kesakitan . 
doa doakan si penawar cepat sembuh . 
kerana si penawar tak mampu nak hadapi kepahitan realiti . 
dia tak kuat .

mari tutup cerita tentang segala kesakitan kepedihan dan kepahitan yang entah bila akan berpenghujung . ayuh cerita pula tentang lapan haribulan lapan dua ribu dua belas . oh . lupa . tiada apa yang menarik hendak diceritakan . gambar pun tiada untuk dikongsikan . hanya doa dapat aku pohon . semoga hubungan ini sentiasa dikelilingi cinta hingga ke surga . dan semoga cinta ini sentiasa dipelihara olehNya . dan semoga masa cepat berlalu . tak sabar hendak menjadi yang halal baginya . tak sabar hendak menjaga makan minumnya . tak sabar untuk semuanya . dan lagi . semoga semuanya berjalan dengan lancar . amin :')

dan untuk awak .
empat tahun sudah umurnya cinta . empat tahun sudah berlalu . dan awak masih awak yang empat tahun dulu . awak maseh awak yang saya sayang . yang saya cinta bersungguh sungguh . tiada perubahan yang berlaku . cuma mungkin keadaan fizikal kita . tapi cinta ini , tak pernah berkurang . malah selalu bertambah dari hari ke hari . sumpah . cuma andai ditakdirkan saya pergi dulu , tolong janji sesuatu . janji jangan pernah berhenti cintakan saya . janji ya :')

ihsan gugel


Saturday, May 5, 2012

minggu pertama bulan lima .

assalamualaikum . semenjak dua tiga menjak aktif kat pencicit (twitter) ni , aku macam buat buat lupa yang aku mempunyai blog . alasan cliche ? sibuk dan busy . padahal esaimen macam tu jugak last minit aku buat . haha . standard dan tipikal lah tu kan . tentang minggu pertama bulan lima , banyak yang terjadi . daripada henpon rosak , kezen kluang man bertunang sampai la soalan test channel yang susah . bukan sikit susah dia . banyak sangat . oh ya . sebelum terlupa . ni kali kedua kena saman ngan pak guard atau nama saintifiknya polis bantuan . secara tenangnya sambil malas nak fikir teruk teruk , aku cakap dekat haziqah (nanti aku kenalkan siapa itu haziqah ye ) , xpe la , kita kumpul sampai 10 saman . baru la boleh bayar rm1000 . alah , rm200 ni tak mencabar sangat kalau nak bayar pun -.-

mari teruskan dengan episod pertama . henpon rosak . henpon aku ni bukanlah totally rosak . tapi skrin dia gelap apa pun tak nampak . bunyi bunyian memang ada . tapi kalau meset masok , nak baca macam mana lah ntah .  kalau tanya peguam , tu dikira macam rosak jugak la kan . henpon slide memang tu masalah common dia . nak repair maybe dalam rm50-rm60 . baik beli henpon baru . ah ha . aku rasa ni la punca henpon aku merosakkan diri dia . haha . padan muka aku . so , penyelesaiannya , haziqah telah pun meminjamkan henpon nokianya yang ada games ular tu . terima kaseh haziqah :D

 ini merupakan haziqah . antara orang yang tinggi tahap sabarnya bila berkawan dengan aku (:

episod kedua tentang kezen kluang man yang bertunang pada cuti pekerja hari tu . aku segan nak pegi sorang jadi aku ajak haziqah . haziqah yang mula mula kononnya segan itu telah bertukar rupa tatkala nampak budak budak comel kat rumah kezen kluang man di batu gajah itu . macam pemberita berkepala satu pulaks kan :P family kluang man memang superb . kezen kezen dia pun superb . mak cik pak cik dia pun super duper superb . serius macam nak duduk situ tak nak balik balik (:

 muka esaited kluang man bila pegang ari
#ni je ? :P

inilah muka orang yang konon konon segan tu 

ini adik ari 
nama sebenar siti marisa 
tapi macam macam nama panggilan
mariana , melisa , lisa surihani
ada orang cakap pipi kitorang sama saiz 
what to do *sigh

ini kezen kluang man yang  bertunang hari tu , kak wani
selamat bertunang (:

mari teruskan dengan episod akasia minggu pertama bulan lima ini dengan tentang kesah test channel yang soalan past year dia macam tak pernah belajar . actually , xde la susah pun cuma desakan markah yang banyak dengan soalan yang simple tu yang jadi susah . contoh soalan , apa nama awak ? tapi markah sampai 25 markah . tak ke gile ? gile kan . takkan nak jawab nama saya lisa surihani kot ? takkan nak jawab nama aku chris pine kot ? mustahil mustahil -.- tengah jawab test channel yang susah tu , dihantui pulak dengan seorang pak guard yang sedang seronot menyaman nyaman kan kenderaan orang lain . tu buat aku tambah stress . dah la soalan susah . tak cukup masa . pak guard pulak datang menyaman . dugaan hari jumaat sungguh .

oleh sebab stress sangat , aku buat keputusan untuk balik rumah dan melepaskan stress dengan mempotosutkan diri . ni hasilnya .




terima kaseh kepada tukang tangkap gambar yang paling setia , my dear kluang man (:
gambar banyak lagi tapi ni je yang aku suka hehe

lepas update blog td , aku baru terjumpa sesuatu .

 what to say
caption lebih lebih nanti ada orang jeles pulaks :P



Sunday, March 11, 2012

john carter 3D .

 

salah aku
bukan orang lain
sama sekali bukan

jadi padan muka aku

notabukulali : apa yg john carter pun aku tatau -.-

Friday, March 2, 2012

sekali lagi aku buntu nak letak tajuk apa .

lama rasanya tak update blog . seriously .

Tumblr_le7oouvqbf1qbtwado1_500_large

lina ko tak payah nak terkejut sangat . aku busy kerja lah . aku busy kerjakan youtube . asyik ulang tayang oh yeah mendidih bersama sharifah amani sampai sepuluh juta enam ratus kali sampai dah boleh hafal apa amani cakap , apa zizan cakap , apa johan cakap . walaupun mereka mereka itu macam mintak pelempang aku je bila mereka membuka mulut , tapi aku tak pernah jemu mengulang tayang . seriously . tak percaya sila ke link tersebut . aku malas nak upload video . membazir masa . masa tu kan emas . tak gitu ? bhahahaha . 



eh gambar apa ini ? siapakah mereka ? 

okayy sila tampar aku sekarang sebab buat buat tak kenal dengan diri sendiri dan kluang man sendiri dush dush okay dah tampar walaupun bunyi macam kena tumbuk . abaikan . aku ni memang suka melarikan diri daripada tajuk asal walaupun sekarang tak letak lagi tajuk entri lepas tu tulis benda bukan bukan . bhahahaha lagi . sebenarnya hari ni last day aku kerja . seronok ada tak seronok pun ada . seronok sebab tak payah bangun awal lepas tu pening pening tatau nak pakai baju apa . tak seronok sebab isnin depan dah start kuliah lepas tu kena bangun awal jugak nak pergi kelas lepas tu pening pening jugak nak pakai baju apa pergi kelas .  baju banyak masalah . baju sikit pun masalah . manusia . tak pernah cukup . tak pernah nak rasa bersyukur . errkkk alhamdulillah . ok kenyang makan kek pisang dua slices dengan pau kaya sebijik untuk sarapan .

cakap pasal kerja ni ada la beberapa kali tasnim datang opis . dia selalu esaited kalau nampak motor aku terparking depan butik lepas tu mesti nak naek atas jumpa aku sebab dia yakin dengan adanya motor aku maka adalah aku di atas opis . tapi semenjak dua tiga menjak dia dah sekolah ni , dia jarang jumpa aku . busy buat kerja sekolah letewww T.T 


bagi yang tidak mengenali lagi , inilah tasnim .
amboih kemain kau dengan bulu mata rozita che wan iteww 


inilah bukti tasnim bersekolah 
kalau masuk kes kat mahkamah confirm menang sebab bukti ternyata kukuh lagi konkrit 
apakah aku ini -.-

lepas ni mungkin susah nak nampak aku di blog mahupun pesbuk mahupun twitter sebab aku dah masuk belajar . belajar selagi mampu . belajar selagi terdaya . kesibukan itu sudah pasti . sesiapa pun yang jadi pelajar dia akan memahami situasi ini . last but not least , selamat maju dan berjaya untuk semua orang . sampai ketemu lagi . 

Tumblr_lv71nxusqk1qmt5mvo1_400_large

okay jemput minum kopi sebab penat bercakap 
secara teknikalnya menaip
mai secawan 

notabukulali : aku janji tak tukar header dah lepas ni . bhahaha :P