Showing posts with label lalala ini baru kerja. Show all posts
Showing posts with label lalala ini baru kerja. Show all posts

Friday, March 2, 2012

sekali lagi aku buntu nak letak tajuk apa .

lama rasanya tak update blog . seriously .

Tumblr_le7oouvqbf1qbtwado1_500_large

lina ko tak payah nak terkejut sangat . aku busy kerja lah . aku busy kerjakan youtube . asyik ulang tayang oh yeah mendidih bersama sharifah amani sampai sepuluh juta enam ratus kali sampai dah boleh hafal apa amani cakap , apa zizan cakap , apa johan cakap . walaupun mereka mereka itu macam mintak pelempang aku je bila mereka membuka mulut , tapi aku tak pernah jemu mengulang tayang . seriously . tak percaya sila ke link tersebut . aku malas nak upload video . membazir masa . masa tu kan emas . tak gitu ? bhahahaha . 



eh gambar apa ini ? siapakah mereka ? 

okayy sila tampar aku sekarang sebab buat buat tak kenal dengan diri sendiri dan kluang man sendiri dush dush okay dah tampar walaupun bunyi macam kena tumbuk . abaikan . aku ni memang suka melarikan diri daripada tajuk asal walaupun sekarang tak letak lagi tajuk entri lepas tu tulis benda bukan bukan . bhahahaha lagi . sebenarnya hari ni last day aku kerja . seronok ada tak seronok pun ada . seronok sebab tak payah bangun awal lepas tu pening pening tatau nak pakai baju apa . tak seronok sebab isnin depan dah start kuliah lepas tu kena bangun awal jugak nak pergi kelas lepas tu pening pening jugak nak pakai baju apa pergi kelas .  baju banyak masalah . baju sikit pun masalah . manusia . tak pernah cukup . tak pernah nak rasa bersyukur . errkkk alhamdulillah . ok kenyang makan kek pisang dua slices dengan pau kaya sebijik untuk sarapan .

cakap pasal kerja ni ada la beberapa kali tasnim datang opis . dia selalu esaited kalau nampak motor aku terparking depan butik lepas tu mesti nak naek atas jumpa aku sebab dia yakin dengan adanya motor aku maka adalah aku di atas opis . tapi semenjak dua tiga menjak dia dah sekolah ni , dia jarang jumpa aku . busy buat kerja sekolah letewww T.T 


bagi yang tidak mengenali lagi , inilah tasnim .
amboih kemain kau dengan bulu mata rozita che wan iteww 


inilah bukti tasnim bersekolah 
kalau masuk kes kat mahkamah confirm menang sebab bukti ternyata kukuh lagi konkrit 
apakah aku ini -.-

lepas ni mungkin susah nak nampak aku di blog mahupun pesbuk mahupun twitter sebab aku dah masuk belajar . belajar selagi mampu . belajar selagi terdaya . kesibukan itu sudah pasti . sesiapa pun yang jadi pelajar dia akan memahami situasi ini . last but not least , selamat maju dan berjaya untuk semua orang . sampai ketemu lagi . 

Tumblr_lv71nxusqk1qmt5mvo1_400_large

okay jemput minum kopi sebab penat bercakap 
secara teknikalnya menaip
mai secawan 

notabukulali : aku janji tak tukar header dah lepas ni . bhahaha :P

Monday, February 20, 2012

i study oversea u'olls :P

seriously 


tak percaya ?


perhatikan gambar di bawah 


bhahahaha
sejak bila pulak aku belajar kat indon ni ? 
kat UNPAD pulak tu 
amek medik leteww :P
bhahaha lagi 


ada jugak orang nak memalsukan diri nak jadi aku ni
aku ni sipa je pun 
bukan lisa suGHIGHUmah 
eh
lisa surihani
selena gomez ke 
ataupun heidi klum

Tumblr_lyble7jn4j1r76oeoo1_500_large

sumpah kelaka ohh

                                 

Saturday, February 18, 2012

pengorbanan .

Tumblr_ly8aerqpkq1qffwjno1_500_large


penat lelah hari ini untuk kegembiraan keesokan hari . mungkin bukan hanya esok . tapi juga lusa , tulat , dan seterusnya . selalu diperhatikan orang mengeluh dengan sedikit pengorbanan yang dilakukan . lebih teruk lagi kalau mengungkit . itu sangat teruk . 

tapi pengorbanan dan kebodohan memang tak sama . seriously . (matluthfi90)

notabukulali : mende tah aku merepek pepagi ni -.-'
                                                 

Friday, February 17, 2012

macam ni la aku kat opis .

Tumblr_lt349349i71qzfy6zo1_500_large

bosan
boring
bosan
boring

908380725_large

mengantuk yang comel 

Tumblr_lxt53ei2ym1r3gb3zo1_400_large

kalau dapat makan kan seronok

                                                                                                                                                                   
                                                                                                                                  

Tuesday, February 14, 2012

penatnya .

amacam rupa blog baru ? satu hari buat benda ni ja kat tempat kerja . siryes penat -.-


sebenarnya nak letak gambar ni jadi header 
tapi kecik sangat pulak 
takpe
boleh letak kat entri 

notabukulali : sakit perut ahh T____T

Friday, February 10, 2012

entri peram .

nak dekat dua minggu lebih dah aku kerja . tapi aku tak cerita pun pasal kerja aku . entah lah . hati berat . tulang berat . tangan berat . jari pun berat nak menaip tentang kerja yang aku kerjakan selama hampir dua minggu ini . just so you know , kalau orang tanya aku kerja kat mana , aku dengan pantas akan jawab aku kerja kat butik . dan sebenarnya , aku bukanlah kerja dekat butik . tapi opis atas butik yakni kepunyaan orang yang sama . tak penting butik atau tidak , yang penting dapat jumpa tasnim . jangan salah faham . bukan hendak menipu . tapi memudahkan jawapan untuk persoalan . erk . boleh terima ke alasan mentah aku tu ? abaikan .

actually , cewahh speaking pulak beliau ini . aku kurang seronok bila kena kerja kat opis atas butik . bukan sebab gaji or wateva . gaji sama ja macam kerja kat butik dulu . kerja lagi kurang . cuma bidang di opis ini bukan bidang aku agaknya . aku lebih suka bidang yang berkomunikasi dengan pelanggan . minat aku lebih kepada perempuan's stuff . just so you know lagi , kalau kita buat sesuatu yang kita minat , kita suka , kita akan buat dengan penuh kesungguhan di hati . imma rite ? imma ? imma ? aku dah mula berjangkit ngan virus maria elena . haih .

secara contohnya , kalau kita suka dengan kerja kita , kalau kerja start pukul 8 , pukul 6.30 kita dah datang opis . solat subuh dkt opis -.- tapi kalau kita kurang senang dengan kerja kita , pukul berapa belas baru nak bangun mandi . contoh terdekat , pagi tadi . pukul 7.57 pagi baru terjaga nak bangun mandi . so , ada lagi 3 minit je okayy . satu minit mandi . satu minit bersiap . satu minit bawak moto pergi tempat kerja -.-

contoh lain , habis kerja pukul 5 petang . tapi pukul 3.30 petang kita dah siap kemas barang pakai helmet berserta ray ban untuk mengelak cahaya matahari yang menusuk nusuk . okayy , over . tapi begitulah analoginya , wahai rakyat sekalian .

aku bukan tak suka apa . tapi semenjak kena buli ngan pekerja sorang lagi tu terus hilang rasa rajin nak bekerja . aku tak kesah nak mintak tolong . sumpah tak kesah . tapi , cerewet mengalahkan mak datin mak datin yang selalu pergi spa Q dlm cerita spa Q tu . haih . korang boleh bayangkan tak , benda dah siap , da print cantik mantik , tetiba esok datang , kata nak tukar . tak puas hati la . itu la . watthe -.- lelaki yang cerewet sebenarnya lebih cerewet daripada perempuan yang cerewet . seriously .


ini kalau datang , kerja apa pun tak jadi 
tapi 
senyum sampai telinga untuk 3 hari 

notabukulali : aku semakin terer dalam bidang memeram entri -.-




Thursday, January 19, 2012

bahana part 3 sudah tamat .

semalam paper terakhir untuk semester tiga degree . paper consumer behavior . paper yang aku target boleh dapat keputusan cemerlang . tapi , bila mencuri curi tengok kertas soalan time ketua pengawas membebel kat depan , aku dapati apa yang dihajatkan seolah olah musnah ditimpa tsunami . over kan ? tapi , lagi over pembikin soalan CB semalam . sumpah over . aku rasa macam time belajar CB , macam tahap degree punya belajar , tapi time nak jawab exam , macam nak jawab soalan tahap PhD . jap PhD ada amek exam kah ? ok . abaikan .



ini tentang semalam lagi . semalam aku tataw apa yang merasuk aku suruh pakai cantik cantik macam nak g dinner . cantik kewwww ? lepas tu , orang tengok semacam macam la hidung aku ni ada tujuh lubang hidung . sebenarnya dragon ball ada tujuh bijik semuanya . okbai . ok . xpe . abaikan mata mata yang memandang . mari jawab soalan exam yang susah . walaupun susah , aku tetap pulun keluar dewan awal sebab perut dah bunyi bunyi suruh bagi makan . time nak keluar dewan , aku tengok ketua pengawas tu macam dok tunggu seseorang kat pintu . beliau menanti akukah ? yaaaa . memang akulah orang yang beliau nanti nantikan selama ini . aku telah diberi amaran pertama sebab pakaian yang aku pakai tidak mengikut sahsiah rupa diri pelajar . mungkin aku ikut sahsiah rupa diri artis kot . wateva . dah la soalan susah . nak sound sound pulak . tapi , naseb baek beliau menegur dengan senyuman dan santun . budi bahasa amalan kita kan (:

so , apa lagi ? part 3 sudah tamat . mari bercuti cutian sebentar lepas tu kerja kat butik . wuhuu ! rindu tasnim :D


ini memang bukan tasnim . sah sah bukan . tapi ini peminat tasnim . dengan peminat tasnim yang ini pun aku rindu . tapi , macam biasalah . ego .

Saturday, October 15, 2011

ubat selain abg 2D ♥







dah 7 minggu tak jumpa . dan tadi aku berusaha untuk jumpa . dan akhirnya aku berjaya berjumpa . semalam dia genap 3 tahun . ada hadiah yang aku bawa . harap dia suka . dan menurut kata maminya , dia suka . sampai tak buka buka .


aku sempat bertanya dia .

" anim rindu fifa ? "

dia jawab .

" rindu "

sungguh . budak budak memang jujur (:

Friday, September 9, 2011

dunia baru dan bakal rindu .

lama aku mendiam . lama aku menghilang . lama aku menyepi . mendiam daripada mengupdate belog tentang manusia manusia ajaib yang dulu hingga kini setia di sisi dan hati biarpun jasad tidak sekali .

aku cuma cari waktu waktu berserta perasaan yang sesuai untuk mengupdate sesuatu yang aku kira terindah untuk aku . dan perasaan itu hadir selepas ku tenung lama lama imej di bawah ini sambil mengorek habuk di dalam mata .



kabur . ya , memang imej ini agak kabur . tapi persahabatan itu jelas luhur dan ikhlas .

sekejap dan sebentar yang dah buat aku betul betul speechless . tak puas nak pelok lama lama . bersembang panjang lama lama . macam dulu dulu yang selalu selalu .

dan sebentar esok , aku akan melangkah dunia baru yang aku kira asing . mungkin tak macam makhluk asing . cuma ia asing . tempat baru dan rakan baru dan juga environment yang baru .


dan sudah pasti akan rindu subjek subjek ini .






doa doakan ye (:
sayang semua . dan mari packing barang secara realiti .

Thursday, August 25, 2011

khamis yang spontan dan aku da dapat gaji :D

aku rindu dan aku egois 
dan egois aku cukup tinggi 


tajuk entri dengan entri macam menyimpang jauh . 
so what ? 

Tuesday, August 16, 2011

" fifa , panggil anim kakak !! "

pagi tadi lepas sahur tertidur kejap sebab tu gemok dan sempat termimpi mimpi kan tasnim sebab sangat rindu . bangun solat subuh , pening pening sebab rindu sangat kat tasnim . lepas solat subuh mesej abg 2D bagitau rindu kat tasnim sampai termimpi mimpi . abg 2D kata , nanti tasnim datang la tu . lepas tu tertidur balik bangun pukul 8.40 pagi sebab nak siap siap g kerja . time unlock kereta , nampak kereta sangat berhabuk bagai nak rak sebab macam da lama tak basoh kereta . bukan malas . cuma selalu terlupa . anak ramai sangat nak jaga -.-  bila nampak kereta berhabuk , nak bawak pom malu . so , kena lap dulu sebab nak basoh tak sempat sebab time tu dah 9.30 pagi . aku start kerja 9.30 pagi . dan pada pukul 9.30 pagi aku maseh kat rumah mengelap kereta dengan manjanya .

sampai tempat kerja , buat apa yang patot , sapu sampah , siram pokok , nak bunuh semut , spray pulak habis . so , aku biarkan semut semut api tu bermaharajalela untuk hari ini . membunuh tu kan dosa besar . kan kan ? bila log in pesbuk , tetibe teringat pasal mimpi tasnim . tetibe macam sebak . tetibe macam nak menangis . lepas tu taip status kat pesbuk macam ni .


lepas tu macam nak hapdet blog pasal rindu kat tasnim , pas tu tetiba nampak kereta kak lia . lepas tu nampak tasnim jugak . lepas tu , macam biasa la . perasaan memang sangat heaven tak terkira , senyum sampai telinga sebab tasnim ada sekali  :DDD


" fifa , panggil anim kakak !! "

macam biasa . pose daripada tasnim tak pernah mengecewakan khalayak ramai -.-

ok , bai :D

Friday, August 12, 2011

aku da lama tak hapdet blog jadi tolong la rindu .

sejak kebelakangan ni aku memey suka buat perkara yang meminta kaki dan penampo orang ramai .

contoh terdekat , tajuk entri .

contoh contoh lain ?

caption dan mimik muka sama sama mengada 

ini lagi mengada
da la macam minah endon 

 ini bajet comel 
*caption kena sedapkan hati pembaca walaupun memang comel terang tang tang 

ini belakangnya merupakan bilik yang semak
sengaja dikaburkan untuk perhatian umum 

ini konon kononnya nak meniru yang ini


ye la 
taw la tak sama 
spek kitorang memey laen pom


okay lah . macam da banyak sangat pulak contoh contoh mengade yang aku bagi . by the way you are , pashmina paisley hitam itu merupakan kegemaran dan kesayangan yang paling seronok dipakai dan bolehlah dibeli di sinun .

sebelum mak jemah melupai , okay , tetiba tukar nama pulak kan -.- marilah mengeLIKE beramai ramai gambar mak jemah di sinun sinun . tolong lah . tak glamoros langsung nama mak jemah tu . cekgu bedah jugak yang paling power .

ok , bai :D

Sunday, August 7, 2011

bila dah masok degree nanti ..


dengan siapa la aku nak berwebcam + bercamwhoring
dengan siapa la aku nak merakam rakam video mekapku cantik sangat
dengan siapa la aku nak suap nasi kicap ngan telur mata
dengan siapa la aku nak main kijar kijar
dengan siapa la aku nak berlakon nangis bila kena belasah ngan pedang power rangers
dengan siapa la aku nak menari nari macam pwincess
dengan siapa la aku nak ...

oh . dah start bergenang . tak boleh sambung dah . oh . overnya . tapi memang betul aku memang over .

Wednesday, August 3, 2011

budak kecik tak terer menipu macam orang besar .

ini cerita benar . aku tak menipu walaupun sesen mahupun dua ringgit .

SITUASI SATU

kak lia : shifaa ada tengok tak cite kat tv3 kol 7 tu ?
shaza shifaa : cite ape ye kak ? yg dewi cinta tu ye ? yg ade pasa sanda tu ke ?
kak lia : eh , bukan bukan . ni cite baru ni . pae tah tajuk dia . haaa . kasih alia .
shaza shifaa : oh . tak tengok pulak . npew kak ?
kak lia : xde la . dalam cite tu ada la pelakon yg mcm muke siti tu , apa nama dia ? fida eyhh?
shaza shifaa : haa . ye lah tu .
kak lia : tasnim nampak je si fida tu , terus dia cakap , " mummy , kak fifa la mummy , kak fifa "
shaza shifaa : heeee :D

SITUASI DUA

macek customer : assalamualaikum .
shaza shifaa : waalaikumussalam (: haa , jemput la tengok tengok , macek (:
macek customer : hishh . muke kamu ni macam macek penah tengok la .
shaza shifaa : ???
macek customer : haaa . kamu rasa macam sape ?
shaza shifaa : hehe . macam sape macek ?
macek customer : macam sheila rusly la muke kamu . haha .
shaza shifaa : =..=

konklusi : budak budak memang selalu cakap benda betul sebab dorang makhluk Allah yang suci dan comel . tambah tambah lagi , tasnim :P

2 ramadhan yang akan ku ingat sampai mati .

ayat macam gangster versi kealim aliman sikit sebab ada perkataan ramadhan kan . konklusinya , aku gangster yang alim . demmit untuk diri sendiri . isi minyak kereta pom tak reti , gangster konon -.- sepatotnya aku akan online semalam lepas balek terawih . tapi disebabkan 2 ramadhan yang akan ku ingat sampai mati ni , terawih aku pom melesap , online pom idak -.-

semalam opah ngan atuk tasnim xde . maka dengan itu , tasnim dibawa ke butik . oh , aku memang mempunyai perasaan yang amat heaven bila tasnim datang butik :D sumpah tak tipu sebab aku memang suka melayan budak budak walaupun tasnim ni kaki buli muahahaha . ok , lawak ke -.- semalam tetap kena buli macam biasa tapi aku da macam cipta sejarah bila kena basuh tasnim beri beri . boleh faham kan beri beri tu apa ? tak payah nak mengade ngade nak buat tak faham apa itu beri beri . aku cepuk kang . elok je kak lia kua , dengan pantasnya dia berkata , " kak fifa .. anim nak belak la " . tasnim sekarang da bijak sebab dia tak beri beri dalam pampers lagi . tapi jenuh aku pujuk dia beri beri dalam pampers jugak tapi tak berjaya . padan muka aku =..= da lepas basuh membasuh , aku nak la bubuh pampers baru kat dia . tapi dia lari lari keliling butik sebab tak nak pakai pampers . pujuk punya pujuk , yess !! aku berjaya jugak . ibu ayah , fifa dah berjaya !! erk -.-  time tabur tabur bedak ngan bubuh pampers tu , aku rasa macam aku rasa sesuatu yang seorang ibu selalu rasa . aku macam nak klasifikasikan perasaan tu sebagai tenang . oh tenangnya dalam hati bila pakaikan pampers tasnim lalalalala ~ seorang bapak mungkin tak faham sebab dorang adalah bapak . bukan ibu muahahaha . ok , tak lawak lagi -.- lepas tu , tetiba dia ajak g peti ais nak cari makanan . aku yang terer bagi alasan ni pom bagi la alasan xde makanan sebab semua orang puasa , tapi macam biasa la , alasan yang aku bagi tu tak berjaya .


dugaan 

okayy lah . tutup cerita pasal tasnim . mari cerita pasal customer yang buat hingar bingar sampai aku pening pening ayam dan tak pergi terawih semalam . sumpah macam meminta pelempang laju laju free daripada aku . datang ramai ramai , aku tak kisah . bawak anak beranak , pom aku tak kesah . tapi bila macam tak respect orang langsung tu yang buat aku amat kesah yang amat . yang datang datin dan kawan kawan datin . memang havoc macam rumah dorang , dorang buat butik tu . da try banyak banyak baju tu hal , sepah sepah tu satu hal . yang paling tak boleh blah , anak anak kawan datin pom sama perangai . siap baring baring dalam fitting room lagi . siap cakap kat kak lia , " nak pinjam remote boleh ? " . nama je datin , tapi semua benda nak mintak murah . hutang lagi . haih . memang mencabar keimanan sunggoh =..= 

lepas balik dari butik , aku terus g bazar . sumpah macam laut . kalau dekat laut ada air masin . tapi dekat bazar ada orang ramai . gantikan air laut yang masin tu dengan manusia yang ramai . oh . sangat ramai . dah la pening kat butik tak habis lagi . ni dekat bazar pulak ramai orang . naseb baek xde yang mintak nak pinjam remote -.- demmit . aku tak tahan . so , lepas dah terpisah dengan bapak aku , aku amek keputusan nak balek rumah . tak payah pelik , sebab bapak aku datang naik moto , aku datang naik kereta . so , aku bukanlah anak yang kejam nak tinggal bapak aku balek jalan kaki pulok . sampai rumah terus aku kol abg 2D . rindu . aku cerita kat dia macam mane yang aku cerita blog ni jugak . so , abg 2D , tak payah la bace lagi entri ni okayy -.- 

okayy lah . tak ingat nak tulis apa da sebab mak datin dan kawan mak datin datang lagi tadi -.-

p/s : 2 ramadhan jugak bersamaan dengan da 2 tahun arwah wan xde . al fatihah ~



Friday, July 22, 2011

aku letak gambar yang aku suka je sebab dalam gambar laen muka aku macam tak boleh bla .






photoshoot kali ni sangat paNAZ sampai high heels aku yang usang tapi febreto tu macam nak rosak -.-

p/s : segala urusan usha mengusha , order mengorder , beli membelah bolehlah dilakukan di sinun .