Showing posts with label masalah donia. Show all posts
Showing posts with label masalah donia. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

entri bermotif .

assalamualaikum wbt .

harapan agar semuanya sentiasa di bawah lindungan rahmat dariNya . amiinn . mukadimah macam penutup . apakah ? baiklah abaikan . kadang kadang korang memang perlu abaikan perangai aku yang macam loser bila buat mukadimah . almaklumlah . dah sepuluh tahun tinggalkan dunia pidato . oh tak . time form 2 aku masok pidato lagi . makanya dah lapan tahun aku tinggalkan dunia aku yang bijak mengatur bicara itu . makanya itulah punca mukadimah aku selalunya failed . ye lah nak buat karangan pun , apa motif kan -.- 

makanya mukadimah aku di atas memang failed . makanya marilah menuju ke pangkal jalan di mana aku dah betul betul sedar yang aku sekarang ini hari ini jam ini minit ini saat ini bahawa aku memang gemuk . gemuk yang tidak dapat disangkal lagi . like seriously . sebelum ni , aku macam tak berpijak di bumi yang nyata sangat . selalu perasan kurus walaupun da terang tang tang yang banyak lemak yang melemakkan diri di badan aku . dulu selalu marah aiman bila dia komen aku gemuk dalam gambar . aiman je la pun yang akan selalu cakap aku gemuk . bila da lebih 44 kali , maka ianya jadi realiti . aiman , lain kali cakap la aku ni kurus macam heidi klum ke , macam izara aisyah ke . kata kata tu doa , man . kan aku dah gemuk sekarang -.-


2010


2012

see . korang boleh tengok sendiri lemak yang aku ternak selepas dua tahun . actually badan start naik bila degree . dan alasan cliche yang aku akan bagi bila orang tanya soalan cliche kat aku kenapa badan aku da naik adalah sebab aku pergi kelas naik kereta bukan lagi berjalan kaki macam time diploma dulu . walaupun cliche tapi sangat masuk akal . badan ni kalau dimanjakan sangat memang akan berlemak pun . kan hadirin hadirat sekalian ? -.-

lagi satu sebab yang aku selalu nafikan kebenarannya ialah makan ais . ataupun lebih dramatik lagi bunyinya kalau ais merupakan dadah aku start dari part 5 diploma . bukan ais ais baby tu tapi ais ketul . habit aku yang suka beli ais ketul 50sen kat dining then ratah macam makan popcorn time tengok wayang tu telah membawa aku kepada aku yang sekarang yang macam kena pam tayar hilux tu . 

dan orang orang yang selalu bertanya soalan cliche kenapa aku gemuk sekarang , mesti mereka sertakan sekali jawapan cliche mereka sekali , bahagia letewww . walaupun cliche lagi tipikal malaysian , jika dilihat berdasarkan gambar bukti , ada kebenarannya sebab nazrullah pun macam ada perbezaan je . hewhew .

makanya sekarang aku tutupkan entri ini dengan titik nokhtah sahaja .

motif entri sipa ? -.-

Tuesday, May 8, 2012

dua kekeliruan .


aku sedang keliru ni . keliru ya amat . ada dua benda yang aku tengah keliru sekarang ni .



pertama :
tentang telepon bimbit . umum dah mengetahui yang aino aku dah rosak . cewaahhh umum tu -.- so , aku malas nak pk tentang nak repair aino aku tu . aku lebih berfikir kepada nak beli telepon bimbit baru sebab aku bajet macam aku ada sugar dedi keliling pinggang . tapi , aku still sayang lagi aino aku tu sebab beli guna duit gaji time aku kerja sebagai topap girl dulu . memikirkan aku kerja dari pukul 10 pagi sampai 10 malam , kena hembus asap rokok lagi ha . memang sayang . sekarang ni aku dua option . 
option 1 : samsung wave 3 . kemain haa kan .
-sgt aptodet la konon .
-aku suka design dia sebab skrin dia besar hahaha alasan tah apa apa
tapi 
-tak praktikal sebab susah kan nak meset time drive pakai touch screen ni -.-
-harga macam tak kalah pulak sampai rm900++ -.- 
option 2 : nokia x2-02 
-sejibik mcm kluang man punya henpon . aku ni da lama nak ada henpon sama macam kluang man . macam comel je ada henpon sama sama ni kan . suwiitt giteww . awww !
-harga pun murah je . 
-boleh meset time drive hehe
-boleh letak dua sim pulak tu 
tapi
-nokia ni kualiti gambar dia kurang memuaskan sikit . sony jugak terbaek dari ladang hahahaha  
so , sila hantarkan undi sekarang . taip henpon jarak samsung untuk sapa yang nak aku beli samsung lepas tu sila bagi duit sekali untuk aku beli samsung dan hantarkan ke mana mana nombor yang anda suka . kalau nak aku beli nokia , sama je cara dia cuma tukarkan samsung kepada nokia . hahahaha mende tahh aku ni .
kedua :
pasal dinner . hari tu kena bayar rm25 . so aku macam takpe lagi . alahh rm25 je pun . tapi memandangkan ada masalah sikit tentang tempat dinner , so harga dinaikkan kepada rm50 . aku sekarang ni tengah pk pulak mane aku nak cekau duit nak bayar duit dinner . takkan nak kerja basuh pinggan mangkok hayun kat vanggey kot semata mata nak bayar duit dinner . aku ni dah la tak pandai nak mintak mintak duit kat parent untuk benda benda yang macam ni . kalau tak pergi , aku mc . takkan nak suruh tukar orang lain pulak . kesian la nanti dorang nak kena cari mc baru . aku rasa macam nak jadi mc dari rumah je . tak payah pergi dinner . rm50 boleh makan untuk seminggu kot -.- memang la rm50 tu makan macam macam . menu memang kemain . tapi perut perempuan ni ruang dia tak besar macam perut lelaki boleh isi banyak benda dalam satu masa . sekarang ni boleh la cakap , nanti time dinner nak amek itu la ini la nak tapau la mende la . tapi tengok la time dinner nanti takkan larat nak makan semua haa . tambah tambah pulak aku ni mc . ntah sempat ke idak nak makan pun aku tak sure -.- 
so , sekianlah kekeliruan yang dialami aku sekarang ini . mari sambung buat nota marcom sambil mencicit .











































Monday, February 27, 2012

sindrom batak like .



aku dah lama nak tulis pasal ni . since dari aku tadika lagi . seriously -.- tapi takpe . aku pendamkan perasaan aku yang membuak buak tu dan akan ku luahkan sekarang . sindrom batak like . itu tajuknya . kenapa itu tajuknya ? sebab itu isu yang ingin kupaskan hari ini . 

sindrom batak like ni selalu kita jumpa kat pesbuk . sebab dekat twitter tak boleh nak like bagai . yang aku maksudkan dengan sindrom batak like ni , yang buat status lepas tu pm (private message) orang suruh like status dia . tak pun , upload gambar , lepas tu suruh orang like gambar dia . watthe -.- kadang kadang status macam ape je tapi like beratus ratus . tak ke macam watthe -.- ? it's ok kalau status tu bermakna atau berunsur dakwah mahupun kelakar , then nak like sampai juta juta pun aku tak kesah . ini status 'hi' je dah ratus ratus lemon orang like . aku paham la kalau nora danish yang say 'hi' kat status dia tu aku paham la kalau orang nak like juta juta lemon . aku tak pernah pulak dapat pm orang suruh like status ni . tapi ada antara kawan kawan aku yang keluh kesah bersama kak esah dekat aku . bila aku dengar , aku macam watthe deme ni . 

secara jujurnya , sindrom ni banyak melekat dalam kalangan budak budak bawah umur . atau nak senang cerita , budak sekolah . tak kiralah sekolah menengah mahupun rendah . sekolah memandu aku tak pasti . tapi yang pasti budak sekolah . budak yang tak sekolah pun aku tak pasti . kalau mereka ada akaun pesbuk , mereka mungkin tergolong dalam golongan ini . kenapa aku cakap budak sekolah ? sebab yang banyak aku jumpa pun budak budak sekolah lah yang ada sindrom macam ni . dekat friendlist aku pun ada budak sekolah sebab aku ada sorang adik yang maseh sekolah . kaitan ? boleh fikir sendiri kot . so , aku jumpa benda benda macam ni yang sometimes boleh buat aku jadi annoying gila secara tiba tiba . aku pun tatau kenapa boleh timbulnya perasaan annoying itu . dari mana ia muncul . mungkin korang akan fikir , aku dengki . wey , daripada aku mendengki tak tentu hala baik aku g jogging . kurus jugak . 

cakap pasal pm orang suruh like ni , aku pun pernah buat jugak dulu . tapi time aku masok contest ape benda tah . time first contest tu aku memang semangat la nak suruh orang like . alih alih kena tipu dengan penganjur . senyap je time orang nak tuntut hadiah . lepas tu baru tau yang penganjur tu memang dah banyak menipu customer customer beliau . padan muka aku . lepas tu aku macam malas dah nak masuk contest . sebab segan nak pm orang menagih simpati like orang . rasa macam wathhe lagi . tapi aku masuk jugak contest kat teenshijab ni . support member . lagipun aku memang banyak soping sini . lepas tu aku memang betul betul malas . seriously .

berbalik kepada sindrom batak like ni , apa yang aku boleh simpulkan , ikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara . biar like itu datang daripada hati . bukan daripada private message . haha . lagi satu , aku rasa contest contest yang memerlukan peserta dia mendapat like terbanyak adalah amat tidak wajar sekali . seriously . 

notabukulali : maaf dipinta .
notabukulali II : aku hanya tulis daripada hati 

Saturday, February 18, 2012

peribahasa .

 

diluah mati emak ditelan mati bapak .begitulah ibaratnya apa yang dirasakan di dalam hati sejak kebelakangan ini . dah dekat dua minggu lebih dia begitu . entah apa puncanya pun aku kurang mengerti . ataupun aku yang terlalu begok untuk memahami . dia bukan pertama kali berkelakuan sebegitu . selama aku hidup sebumbung dengan dia , dia memang selalu begitu . kadang kadang angin itu datang tanpa diduga . datang dengan tiba tiba . kalau aku yang salah , ataupun sesiapa saja yang bersalah , nyatakan dengan jelas . bukan terus terusan menyimpan dan menjadi teka teki silang kata untuk sepanjang hidup aku . aku dan kami bukan patung yang tiada hati , buta , pekak dan bisu untuk menelan bulat bulat semuanya . sekali lagi , dari hati yang terdalam , aku mohon , utarakan . jangan simpan dalam dalam lalu terus jadikan bahan untuk menghambur .

notabukulali : penat nak simpan .


Friday, February 10, 2012

entri peram .

nak dekat dua minggu lebih dah aku kerja . tapi aku tak cerita pun pasal kerja aku . entah lah . hati berat . tulang berat . tangan berat . jari pun berat nak menaip tentang kerja yang aku kerjakan selama hampir dua minggu ini . just so you know , kalau orang tanya aku kerja kat mana , aku dengan pantas akan jawab aku kerja kat butik . dan sebenarnya , aku bukanlah kerja dekat butik . tapi opis atas butik yakni kepunyaan orang yang sama . tak penting butik atau tidak , yang penting dapat jumpa tasnim . jangan salah faham . bukan hendak menipu . tapi memudahkan jawapan untuk persoalan . erk . boleh terima ke alasan mentah aku tu ? abaikan .

actually , cewahh speaking pulak beliau ini . aku kurang seronok bila kena kerja kat opis atas butik . bukan sebab gaji or wateva . gaji sama ja macam kerja kat butik dulu . kerja lagi kurang . cuma bidang di opis ini bukan bidang aku agaknya . aku lebih suka bidang yang berkomunikasi dengan pelanggan . minat aku lebih kepada perempuan's stuff . just so you know lagi , kalau kita buat sesuatu yang kita minat , kita suka , kita akan buat dengan penuh kesungguhan di hati . imma rite ? imma ? imma ? aku dah mula berjangkit ngan virus maria elena . haih .

secara contohnya , kalau kita suka dengan kerja kita , kalau kerja start pukul 8 , pukul 6.30 kita dah datang opis . solat subuh dkt opis -.- tapi kalau kita kurang senang dengan kerja kita , pukul berapa belas baru nak bangun mandi . contoh terdekat , pagi tadi . pukul 7.57 pagi baru terjaga nak bangun mandi . so , ada lagi 3 minit je okayy . satu minit mandi . satu minit bersiap . satu minit bawak moto pergi tempat kerja -.-

contoh lain , habis kerja pukul 5 petang . tapi pukul 3.30 petang kita dah siap kemas barang pakai helmet berserta ray ban untuk mengelak cahaya matahari yang menusuk nusuk . okayy , over . tapi begitulah analoginya , wahai rakyat sekalian .

aku bukan tak suka apa . tapi semenjak kena buli ngan pekerja sorang lagi tu terus hilang rasa rajin nak bekerja . aku tak kesah nak mintak tolong . sumpah tak kesah . tapi , cerewet mengalahkan mak datin mak datin yang selalu pergi spa Q dlm cerita spa Q tu . haih . korang boleh bayangkan tak , benda dah siap , da print cantik mantik , tetiba esok datang , kata nak tukar . tak puas hati la . itu la . watthe -.- lelaki yang cerewet sebenarnya lebih cerewet daripada perempuan yang cerewet . seriously .


ini kalau datang , kerja apa pun tak jadi 
tapi 
senyum sampai telinga untuk 3 hari 

notabukulali : aku semakin terer dalam bidang memeram entri -.-




Friday, December 9, 2011

macam ... lah . puihh !

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=GhcdAhZBbXc

notabukulali : macam diri mulia sangat je kakak kakak itu bercakap tentang orang .
notabukulali II : sekurang kurangnya orang yang diperkatakan itu sudah bertaubat . anda yang berkata kata tu bila lagi ? takkan tiap tiap hari nak melepak kat kedai kopi mengata tanpa asal usul periksa kot .

Sunday, November 27, 2011

dilemma perempuan yang cliche .


kurus sangat pun huduh 


gumuk pun cumel 


tapi siti nurhaliza buncit elok je 

motip : proses nak diet macam terbantut je sebab boyfriend ajak makan kat mamak tiap tiap malam .
notabukulali : aku tipu . aku yang ajak boyfriend . haha . okay , tak lawak -.-

Wednesday, July 20, 2011

budi bahasa budaya kita .



semalam aku upload satu gambar dalam pesbuk 





daripada gambar gambar print screen yang aku cuba tonjolkan , aku harap korang paham apa yang aku cuba sampaikan . aku bukan manusia yang jenis nak bercakap cakap kasar . mak aku tak ajar aku cakap bodoh dekat orang lain walaupun orang tu memang bodoh . mak aku tak ajar aku cakap pendek dekat orang lain walaupun orang tu memang pendek yang tak dapat disangkal lagi .

memang lah . memang lah aku bukan sempurna nak bertazkirah bagai . aku cuma salah seorang daripada jutaan manusia yang ingin memberikan ingatan kepada jutaan manusia di luar sana termasuk diri aku sendiri . 
aku tak nak cakap banyak cuma nak pesan , menghina fizikal seseorang umpama menghina ciptaan Allah .

sekian .
assalamualaikum .


Friday, July 15, 2011

nafsu semata .

Assalamualaikum wbt (:

dah lama tak update blog . last update 12 JULAI . hari ni dah 15 JULAI . 3 hari perbezaan merupakan masa yang sangat lama dan panjang . sekali lagi aku tak sure kenapa aku besarkan perkataan JULAI ni . muahahaha . ok , tak lawak walaupun sikit .

nafsu merupakan syahwat . selalu kita dengar orang melayu cakap , nafsu syahwat . padahal , syahwat tu berasal dari perkataan bahasa arab yang jugak bermaksud nafsu . macam begok je bila cakap bende yang sama ulang ulang . begok tu macam bodoh . ni semua pengaruh tv cite indon ni . sebab tu aku tak suka tengok tv mahupun cerita indon . aku hanya suka tengok juvana je . oh , daim . i lap u -.- nafsu syahwat = nafsu nafsu . muahahha . tak lawak lagi -.- nak cakap melayu begok , aku pun melayu jugak . haih . maksud aku , orang melayu yang lain la . bukan aku . erk . mende tah si sipa ni meraban =..=

aku bukan nak cerita pasal nafsu dalam kelambu or wateva , aku cuma nak cerita pasal nafsu sang perempuan sebab aku bukan lelaki . untuk dalam tempoh berpuasa ganti ni , insyaAllah , hari ni last day aku ganti , nafsu aku terhadap makanan amatlah meluap luap . bila tengok gambo pizza , mulalah nak makan pizza . bila tengok spageti boloknis , mulalah rasa nak makan spageti boloknis .


ni kalau tengah lapa ni , sekali hadap boleh habis tiga ni 
buruk sungguh perangai si sipa ni -.-


oh , spageti boloknis , i lap u very the much ♥

tapi tu la . bila mengenangkan perjanjian yang dah dibuat tanpa apa apa sesi tandatangan tu , niat aku mula mati . tapi macam hidup balik . tu semua nafsu . faham tak ?

so , sekarang ni berfikir nak bukak puasa makan pizza ke spageti boloknis dengan duit berapa sen je yang ada dalam purse -.-

macam nak dua dua . hish . nafsu nafsu !! 

ok , bai !
c u !

p/s : tasnim datang tadi . wehuuu . ajak beli gujus kat makcik mayfirst . pas tu kena paksa kejar dia pulok . 



Tuesday, July 12, 2011

ro ya nun dal wau .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .



sekian , wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

yang merindu ,
sipa ♥

Monday, July 4, 2011

ada dua benda .

pertama .

kenapa nak gelabah tak tentu pasal ? kecoh betul . suka nak porak perandakan perkara simple . aku tak nak jadi bias . tapi . fikirlah . kenapa perlu ada perkara itu . fikirlah . kalau tiada angin masakan pokok nak bergoyang . fikirlah dalam dalam . jangan sesuka hati menghentam tak tentu hala . orang buat ada sebab . jangan sebab kau ada media , kau boleh menang . jangan ingat duit kau berjuta juta billion , kau boleh dapat semua . dunia mungkin kau lepas sebab kau ada kuasa . tapi akhirat belum tentu . da lama aku peram perkara yang menyusutkan kepala aku sejak akhir akhir ini dan akhirnya berjaya aku luahkan . aku tak suka nak bicara soal politik sebab aku memang tak suka . sebab aku bukan pengkaji politik yang bijak bestari . aku cuma tulis apa yang aku rasa dalam benak hati . maaf kalau ada yang salah . maaf kalau ada yang silap .

kedua .

aku tak tahu sejak bila aku jadi macam ni . cepat sentap bila apa yang aku nak makan aku tak dapat . ouh . memang sentap . sangat sentap . mengalahkan orang mengidam .

ok , habis dua benda .

ok , bai !!
c u !!

mari menuju kepada juvana .

Thursday, June 30, 2011

berbaur baur .

hari ni kerja macam biasa . menanti kak lia macam biasa . nak dekat tengahari baru kak lia kol kata baru nak gerak dari KL  =..= xpew la . yang penting internet laju dan boleh online laju laju . laptop pong da naik pening sebab aku online laju sangat . kejap bukak fesbuk aku . kejap bukak fesbuk butik . memang pening macam kampung pening lalat . aku pong pening jugak sebab sejuk sangat dan puasa ganti . hari ni baru nak puasa ganti . teruk betul kau , sipa =..=

sedang bermanja manja dengan fesbuk sendiri , tiba tiba terajen pulak nak bukak dbs punga group . dan secara tiba tiba jugak , jem ada post sesuatu pasal rezult degree . katanya kua hari ni . aku bajet hujung bulan julai baru kua rezult . aku pong laju laju lagi tekan link yg jem bagi tu . dan keputusannya tak berjaya . memang macam nak menangis airmata darah . bila tengok balik , rupa rupanya pukul 5 baru kua . isshh . nak tengok spongebob la . kacau je =..=

tiba pukul 5 , dengan laju laju lagi aku check . tapi , macam damn . line bizi agaknya . xpew la , sambong tengok awan dania season 1 yang berseason season tu . maaf la . aku memang xdew astro kat rumah . spongebob hari laen pong boleh tengok . lagipong , spongebob selalu ulang ulang episod sama sampai aku dah boleh hafal dialog si patrick tu .  ok , da lari niat asal . tiba tiba pulak aku cerita pasal spongebob dan awan dania =..= tapi cerita awan dania itu memang best sebab ada remy ishak dan scha :P oh , lari niat asal lagi .

ok , sekitar jam 6.30 cm gitu , aku try cek lagi . dan alhamdulillah . aku dapat apa yang aku nak (: marketing di seri iskandar . aku anggap itu berita paling gembira untuk hari ini . ya . aku sangat sangat sangat sangat dan san gembira . sedang bergembira gembira , dengar suara kak lia bagi salam . itu maknanya , kak lia da sampai . dan stok baru jugak da sampai . esaited kegembiraan aku bersambung sambung dengan stok baru yang cantik cantik . dan esok berphotoshoot lagi sampai lebam . kak lia orang pertama tahu tentang kegembiraan aku :D

balik rumah , ayah orang kedua . dan ibu yang ketiga . respon si ibu ?





sengaja aku biarkan cerita ini tergantung tanpa tali .
perasaan itu perit .
sungguh .

p/s : terima kaseh abg 2D sbb bagi waffle hospital yg kaww tu . naseb baek tak batal puasa :P dan anda yang keempat (: terima kaseh lagi buat saya tenang (:

Wednesday, June 15, 2011

tangisan di tikar sejadah .

aku dengar dia menangis
tangisan yang bukan mainan
dia betul betul menangis
tersedu sedan dia menangis 
seolah olah begitu banyak yang terpendam

dan dia memang banyak menanggung derita

Thursday, June 9, 2011

pengacara TV .

tema untuk minggu ini adalah kerja . jadi entri entri aku banyak kaitan dengan kerja untuk minggu ini .

mulanya cerita .

azriatul farahain bertanya .
" pa , cuti ni tak keje kew ? "
aku menjawab .
" hari tu baru hantar borang cekgu ganti . tataw la dapat kew tak . ada rezeki ada la "

pasrah kan jawapan . kadang kadang aku seperti nekad . namun dalam nekad , aku hanya menurut arus . aku sedar kesungguhan aku untuk bergelar guru mulai mengurang sedikit demi sedikit . bukan tidak mahu . tapi morale down mungkin . mintak maktab tak dapat . buat rayuan tak dapat . kadang kadang aku memang jenis cepat putus asa orangnya .

cerita diteruskan .

azriatul farahain bertanya lagi .
" ko memang nak jadi cekgu kew pa ? tak nak kew try jadi orang TV ?

aku diam . tunduk . dan senyum . bff aku yang seorang ini memang bijak membaca hati . memang pernah perkara itu melintas lama lama di fikiranku dahulu . tapi aku biarkan ia berlalu pergi . bukan tidak ingin . itu sebahagian daripada cita cita aku dalam diam . bukan senang nak jadi orang TV . aku pernah rasa perasaan menjadi orang kenal aku . hidup tiada privacy . semua benda jadi perhatian umum . seronok mungkin pada mula mula . namun akhirnya , rimas . lemas . tenggelam . pelampong plis . okay , mula da nak merapu .

bingung . sumpah aku bingung . bingung apa yang aku mahu jadi sebenarnya .

biar hanya Tuhan yang tentukan .

p/s : doakan terbaik untuk aku , kita dan semua .
psp 2 : esaited untuk kerja tempat baru esok . pada yang nak beli baju raya , bolehlah mengunjugi Butik Nur Tasnim  sebab itu tempat kerja baru saya dan baju baju dia sumpah cantek belaka !


lotzofl♥ve
shaza shifaa 

Sunday, May 15, 2011

biar gambar berbicara .


got it ? erk . not ? okayy , nampaknya saya terpaksa jugak bercerita .

gambar 1 : 
saya menangis . saya tahu saya tak secomel budak tu menangis sebab saya lagi comel daripada budak tu . tapi , lebih kurang macam tu la muka saya menangis . 
gambar 2 :  
johny depp tetap hensem biarpun sedang menangis . okayy , xdew kena mengena pong , sipa =='
gambar 3 : 
saya menangis di pasar malam .
gambar 4 : 
saya perlukan seseorang untuk saya pelok kuat kuat ketika itu .
gambar 5 :  
tolong pelok saya kuat kuat macam tu .


tapi 
sampai sekarang 
tiada siapa peduli kenapa saya menangis
apatah lagi berhajat untuk pelok saya 

saya memang tunggul 
batu
besi
kayu
dan segala macam benda lain yang tak bernyawa
hati saya tak berfungsi

Monday, May 9, 2011

entah .

lemah
muncung
tak tentu hala
derita
perasaan
huru hara
haru biru
bercampur baur
marah
kena marah
jerit laju laju



jangan tanya kenapa 
karna
aku pun tidak mengerti