Assalamualaikum wbt.
Kemahennn bersawang blog aku ni ha sampai tahap boleh buat set shooting untuk felem The Amazing Spiderman 3 sampai 17. Amboi. Busy sangat haaa. Dan akibat oleh kerana busy yang entah amende laa yang busy sangat tu aku pun taktau, maka moleklah kiranya aku sekalikan 3 entry atau mungkin lebih untuk satu entry sahaja. Dalam kata mudah, sardinkan sahaja entry entry basi berikut.
24.
apa yang 24?
tanya lagi?
okay aku dah umur 24. tu je. takde apa yang menarik pun. makin tua. makin bertambah tanggungjawab. makin tak boleh nak perasan bebudak. makin tak layak nak rilek rilek depan tv kalau ibunda sedang masak di dapur. makin tak boleh nak elak drpd soalan bila nak kawen. dan yang paling penting makin babyface muka ini *okay dah boleh muntah warna warni*
ini shazatul shifaa zulaikha ye
mohon jangan terkeliru dengan nora denish mahupun kilaperi
26.
apa yang 26?
Nazrullah dah 26. Ekekeke.
seingat aku la. aku tak pernah kasi hadiah memahal time birthday si nazrullah ni. hadiah pun jarang kasik. nasib la dia ni bukan jenis meminta minta macam aku ni merajuk je mintak Samsung Galaxy Tab S. KAHKAHKAH okay tak kelakar. Iolls cuma boleh kasi kasih sayang & kesetiaan menghalangiii ku pindah ke lain hatiii. eceh
ironman untuk ironman hikhik
Hari Raya?
apa yang hari raya?
sejujurnya, aku rasa raya kali ni macam biasa biasa je sebab entahlah pada aku yang paling seronok time raya ni confirm la budak budak. sebab dorang boleh main mercun bunga api sampai lebam sambil tak perlu nak iron baju raya rebus ketupat masak rendang bako lemang gantung langsir tukar sarung kusyen dan sebagainya perkara perkara cliche yang biasa dilakukan di malam raya. Plus, budak budak akan paling seronok time raya sebab time ni la pun dorang boleh pusing keliling kampung untuk kutip duit raya. ahh cakap pasal duit raya, aku pun dapat. cuma tak ribu riban macam dulu lahhh. kadang kadang aku selalu pertikai dalam hati kenapa nak tanya aku dah kerja ke belum sebelum kasi duit raya. lain kali kalau nampak muka macam bebudak tingkatan 2 kasi je lahh tanya tanya lagi. blerrgghhh. dan cakap pasal duit raya ni, dah lama dah nak sound dekat sesiapa yang dapat duit raya tu tak kiralah sape, mohon jangan pertikai berapa orang tu kasi. sikit ke banyak ke yang kau dapat, itu rezeki. at least dia sudi kasi. kadang kadang bukan budak budak je yang jenis pulun nak cek duit raya ada berapa dalam sampul depan orang yang kasi duit raya tu, mak mak budak pun lebih kurang je. haa kan dah membebel. raya kali ni macam tak banyak je rumah yang family aku ziarah. penat kemas rumah kot memasing sebab petang raya first memasing dah terbungkang depan tv sambil berbaju raya. raya kedua lagi la tak pegi mana sebab pagi tu dah hujan lebat bangun pun pukul namblas lepas tu tetamu yang datang rumah sampai ke malam tak menang tangan nak melayan. tu kalau menang tangan. kalau kalah tangan? ekeke
apa barang tangkap gambo kat studio
ootd raya sikek
shawl sequin : @hijamy_amy
sabrina dress + brooch : @calaqisya
wedges : @thecalaman
transparent clutch : @_akidd
#teamkelabu
tapi kan, dalam rasa biasa biasa dan emotionless menyambut raya, malam tu airmata aku jatuh jugak lepas pak lang belah ibu balik. semua ada kecuali along. kalau along ada, by hook by crook tak kisahlah malam ke ape ke nak jugak aku tangkap gambar raya yang last tangkap tahun 2000 tu. sebab pada aku, raya penyatu family :')
maafkan kekaburan gambar yang begitu kabur itu
selpiaq dengan bront palarae
kau hado?
p/s : maaf tak tunggu bront balik hari tu.
cousins belah ayah yang masih belum berumahtangga ececeh
dan ini yang lengkapkan raya aku. datin dalila yeop make sure tahun depan kau ade ye. tahun depan entah masih empat apa tidak. entah entah lima. enam mungkin. ke tujuh. sekali lapan. kekekeke. doa doakan ye :')
dan dalam kita seronok buat open house, janganlah kita membeli stabak mahupun mekdi. sebab kita tak mampu nak pi tolong depa kat sana. yang kita mampu cuma berdoa dan boikot habis habisan. boikot pun jangan bermusim ye anak anak. insyaAllah, Allah dengar kita :)
p/s : hai, boleh kita berkenalan?
p/s lagi : tetiba takdak motip
No comments:
Post a Comment