Assalamualaikum wbt.
secara clichenya di hujung hujung tahun ramai orang akan revise balik apa jadi sepanjang tahun ini. kalau aku kata aku macam tak berapa nak ingat sangat agak agak kena pelempang sedas dua tak? sebab serius macam tak berapa nak ingat especially yang awal awal tahun tu. maybe sebab dok rumah lama sangat so tak berapa banyak memori yang tercipta. shila amzah sangat mak nokksss! hahaha
takpe lah. aku cuba perah otak aku tahap perah tuala good morning lepas lap lantai tu demi pembaca pembaca tercinta blog yang hidup segan mati tak mahu ni *termenung setengah minit sambil memikirkan kenapa aku malas gila nak update blog tahun ni*
untuk awal tahun (january) rasanya time tu macam busy dengan final exam utk part 5. lepas tu cuti sem dua minggu lebih dah kena start praktikal. lepas 2 minggu praktikal ke seminggu tah kena masuk pertandingan muslimah sejati nak mampos (aku hentam je nama pertandingan sebab tak ingat -.-") kat pesta pangkor tu. hahahha kelakar dohh. sampai sekarang pun aku maseh rasa kelakar. aku rasa time tu la mekap paling tebal sampai tak kenal diri sendiri punya mekap. like omaigod is this siti nurhaliza? kata aku sambil menudingkan jari telunjuk ke arah cermin. gedebak gedebuk gedebik sampai bulan 6 dah habis praktikal. oh ye, bulan 5 tu beli henpon baru guna nazrullah punya rebat RM200 hahahah tak memasal nazrullah jadi mangsa. sape suruh aunty kat billion tu ngade ngade sangat. aunty kt billion tu takde la mengade ngade pun. cuma aku je yg taktau procedure baru nak beli henpon guna rebat student time tu. yang kasi rebat ni pun satu hal. macam macam sangat nak macam tak nak bagi je *maafkan statement tak bersyukur ini* so lepas habis praktikal kena pegi siapkan thesis pulak. dah kena berkampung kat rumah sewa ejoi kat skandar 3 minggu. dalam tempoh tu mana ada aku balik rumah langsung. jimat duit kata ko. walaupun korang nampak manjung ngan skandar tu jarak dia macam bila mak aku buat laksa aku dah boleh bau, tapi sebenarnya tak. percintaan kami dihalang dengan traffic light yang banyak nak mampos sampai ada satu tahap ko macam nak pegi sepak je traffic light tu sambil membebel woi apesal ko banyak sangat ha? ok nonsense -.-' so lepas gedebak gedebik gedebuk buat thesis, time tu pun dah mula puasa. first time rasanya puasa kat skandar ngan klasmates (eija, chikori, haz, wida, jeney, nisa, jila) terima kaseh untuk memori 3 minggu iteww. dan untuk pertama kalinya jugak beseday aku jatuh pada bulan ramadon bulan yang suci *nyanyi sikit* terima kaseh pada yg bagi hadiah, ucapan serta doa :') terharu mak nokkksssssss *over* gedebak gedebuk sebulan puasa tibalah syawal aidilfitri mulia ecehh. tarikh raya pertama agak rare bila jatuh pada anniversary ke5 aku dan nazrullah. kejap je dah 5 tahun. rasa macam baru semalam jumpa kt meeting budak DBS. hewhewhew. lepas raya memang membongkang je kat rumah sambil menyemai biji biji anggur. ada la tiga pat bulan jugak aku nganggur. bulan 11 konvo. bapak lambat konvo -.-' bulan doblas kje ngan abg faisal ganti kakak opis tu cuti kawen. takde la teruk mana pun kje. paling kuat pun tetiba bos call suruh pegi tengok projek kat pangkor dalam masa setengah jam untuk buat checklist apa yg dah siap apa yg tak siap lagi. kelam kabut pegi sampai tertinggal purse. pas tu dengan pakai kain dan wedges kena menapak pulak dari jeti nak ke tapak projek. serius rasa mcm dah kurus tak payah work out utk setahun dah rasanya -.-' hari hari lain memang aku pulun tengok runningman secara online je hahahah
so ini yang kata tak berapa nak ingat tu kann hahahah. kalau dah namanya shazatul shifaa zulaikha memang macam tu. jenis kalau dah menaip tu memang susah nak berhenti -.-'
sebagai kesimpulan yang betul betul tersimpul rapi, untuk 2013 aku kira the most pahit memory bila laptop hilang kat opis. ada manusia celaka mana tah pegi pecah masuk opis hari tu. time aku praktikal. jenis aku pulak memang malas nak usung laptop bawak balik hari hari. so mendapat la. terduduk kot. bila fikir balik, hilangnya laptop maka hilanglah memori time degree, diploma (paling banyak+sayang) dan segalanya. sampai sekarang kalau teringat mesti menangis bertalu talu. aku dah la jenis suka hidup dalam kenangan. sikit sikit terhegeh rindu kat arau. mende tah.
dan the most manis memory untuk 2013, hmm banyak jugak yg manis manis macam manisah ni. tapi antara yg paling terkesan mungkin konvo degree. yg lain lain aku tak dapat nak recall sangat. maybe sebab selalu makan semut goreng tepung kat warung kak jah lately ini. sobss.
menyelit nyelit : rasa nak boo diri sendiri sebab dah dua minggu masuk 2014 tapi baru terhegeh hegeh nak cerita pasal 2013 kat blog.
diselit selit : boleh boo aku secara berjemaah di alam maya. aku redho. sobs.

No comments:
Post a Comment