Thursday, December 12, 2013

entri khas untuk ex-klasmet degree.

Assalamualaikum w.b.t

menemui bloggie yang dirindui. 

maaf kerna sudah lama tidak bersua muka. harap harap bloggie merindui tuan bloggie yang makin hari makin kiyut ini. ehh. maafkan tuan bloggie lagi kerna asyik puji diri sendiri. bloggie harus tahu, siapa lagi yang hendak diharapkan untuk memuji diri kita selain diri kita sendiri. jangan cepat percaya orang lain. tambah tambah yang suka puji kita melambung lambung ni. nanti kalau kita asyik dilambung lambung, siapa yang hendak sambut kita bila kita terjatuh gedebuk kebaboom. amboi, dasyat bebeno bunyi efek jatuh. 

zaman upload gambo konvo kat stegrem sudah lama tamat. tapi, demi menjaga hati bloggie tercinta, tuan bloggie gigihkan jua jari jari gedempon ini menaip sepatah dua kata untuk entri berunsurkan konvo degree tempoh hari. ini bertujuan supaya bila tuan bloggie sudah tua bangka terbongkok bongkok nanti, bolehlah anak cucu cicit piut mak enon tuan bloggie tengok gambar gambar konvo nenek moyang mereka dahulu yang penuh keterujaan di hati.

jadi, marilah kita mulakan dengan gambo prelude konvo. eceh


semua orang cuba nak acah acah harry porter. kecuali yang pakai skirt stripes tu. dia sorang je yang macam hermione granger.


kalau tak kemho, mesti dorang ni demam paNAZ. ehh panas. 


kalau tak hijacked gambo orang, mesti bukan chikori


okayy ini juga tergolong dalam sesi prelude konvo walaupun tidak berjubah mahupun bermounting board. dah lama beno teringin nak tangkap gambo kat sawah padi terbentang luas sejuk mata memandang.


ini namanya OOTD konvo. macam macam nak letak kat baju konvo dengan lace batu bagai lupa pulak time konvo bukan pakai mounting board semata -.-"


SETELAH BERMINGGU MINGGU BARU SAMBUNG UPDATE BALIK
ZzzZZZzzzz


Jap
nak refresh balik perasaan time ni

*
*
*
*
*

okayy ingat dah. nak dijadikan cerita nama aku yg terakhir utk kos marketing. haruslah yg terakhir sebab tak dapat kelas pertama pas tu nama tak start dengan huruf A pas tu klasmet takdak yg nama start ngan huruf Z apatah lagi ziana zain ataupun zain saidin. ahh che ta sangatttttt. jadinya bila dah nama terakhir lumrah kehidupanlahh akan mendengar nama nama klasmet yg lain dulu. lumrah kehidupan jugak bila time tu segala memori terngiang ngiang di mata dan fikiran. lumrah kehidupan jugak bila time tu rasa sebak nak nangis buat teghokkk. tapi serius wa cakap sama lu, sebak tak hengat time tu. macam macam fikir. perempuan kan memang suka buat teghokk. 


yang belakang sekali paling omey. okbai.


klasmet universitas paling lama. dari zaman diploma sampai zaman degree. dari arau ke skandar. setakat sentap sentap menganjing tu dah jadi makanan dah. oiii bukan makan anjing laa adehhh. blerrgghhhh. 


teman sebilik. teman serumah. teman sekemho. teman sekelas. teman sekereta pergi kelas. teman in crime. teman tapi mesra. teman aku pegi tesco jap. ehh


tak cukup korum. menyampah ngan chikori nak bajet bajet retiss/camerawoman terhandal haritu blerrrghhhh. taktau macam mana boleh rapat dengan team duduk paling belakang dlm kelas ni. maybe time rebut rebut nak dok belakang kott. tapi dorang punya gila memang gila tahap gila punya gila. ahh menyampah ahhh kan dah rindeww -_____-


dengan geng dorang ni pun aku taktau macam mana boleh rapat. team dok belakang dalam kelas gak ni. 


shazatul husnatul. si lantang bersuara kuat main tuiter yg muka runcing. mencikk!



ini separuh kita. separuh lagi tak sempat nak tarik tangkap gambo sekali. jadi la separuh pun. jadi la daripada takde langsung memori yg secebis ini *nangis2 anak* 

aku masuk degree on september 2011. masuk2 je terus jadi part 3. time tu budak kelas ada la dalam 11 org. semua lepasan diploma. makin lama makin sikit. penyudahnya for the next sem, tarik budak kelas A sikit supaya sama  rata. dan untuk part 5, terus gabung semua. macam macam team ada. team duduk belakang, team duduk depan, team duduk tepi tingkap (aku la tu), team menjemah (bukan aku), team take 5 lama lama kat kafe (aku jugak termasuk chikori), team rumah ijoy ehh, dan bermacam macam team lagi. part 6 pulak masing masing praktikal. memang tak jumpa semua. jumpa balik pun time buat thesis sebab kena berkampung kat skandar. dah la malas nak cerita memori time buat thesis. kang drpd nangis2 anak terus nangis2 mak bapak kang. apapun, terima kaseh Allah sebab bagi peluang aku kenal ngan dorang ni. mungkin ada antara kita takde la rapat mana pun tapi terima kaseh untuk memori yang segelintir yang sempat aku kaut untuk setahun setengah lebih nak dekat dua tahun ni. aku tak pernah lupa suprise birthday party kat tepi jalan lepas habis final exam time part 4 yang surprise nak mampos tu. 



tak sia sia aku buat peringatan dulu hahaha


:')


:")


sori letak gambo lama. saja nak kasi mood derita merindu. ecehh

dalam semanis manis memori daun stroberi tetap akan terselit memori sepahit kopi tanpa gula. tetap ada tapi biarlah aku simpul rapikan dlm brain diary aku. tak perlu nak cerita sini. yang lepas biarkan lepas. yang sudah biarkan sudah. selain terima kaseh, ampun juga aku selitkan andai ada kata mengundang sentap, andai ekspresi mengundang rasa nak lempang aku, andai kelakuan terlebih sudahh by stacy. ehh. tapi serius, aku mohon maaf atas segala kerterlanjuran perangai or whatsoever perangai aku yang buat korang tak senang hati dalam hati rasa macam isshhh geramnya aku ngan pah bidadari ni mcm nak bako je ferrari merah dia. tengok. ayat serius pun tetap tak serius. maaf lagi. aku cuma jadi aku :)

akhirul kalam, terimalah gambo studio muka penat panas rimas sebab orang ramai sangat dalam studio time ni. blerrrghhh




gambar dengan family harus letak takut nanti difikir aku ni kacang lupa kulit, derhaka or whatsoever. ehh kesah pulak aku dgn pemikiran korang hahaha. tapi aku kesah sebenarnya sebab tu aku letak jugak. gambo pensponsor harus letak. kena ada sebab ia merupakan gambar terpaling moment sepanjang kehidupan :')



baru ingat nak derhaka dengan kekaseh tak nak letak gambo dia. dah la gambo dengan dia takde dlm kamera cantek. sabo je la tengok gambo mahzuz ngan zila kat kellies castle kemahenn hanto jubah lambat sehari semata nak tangkap gambo. dah la takde gambo aku ngan zila. haih mahzuz ni -.-' okay dah habis leteren dekat mahzuz. tapi memikirkan penat lelah kekaseh layan klasmet aku yg gila kemho ni sampai tahap aku rasa macam dia ni potograper resmi budak marketing, aku kena letak jugak walaupun sedih sebenarnya ni je gambar aku ngan dia ada time hari konvo daku *nangis2 datuk nenek* terima kaseh kekaseh datang hari konvo saya. maaf susahkan awak hari tu. takde la hari tu je. hari hari pun aku susahkan dia. mungkin sampai mati pun aku tetap akan susahkan dia :')

okay habis dah. sori lambat hapdet. niat ritu memang nak hapdet lepas amek gambo studio. tapi ni dah membawak ke sebulan selepas konvo. bukan basi lagi dah. lemau pun bukan dah ni. ni nama dia acah acah keknis busy shooting sampai tak sempat nak hapdet blog. menyampah. 

sekian untuk entri paling panjang ini. 
entri aku cukur jambul dulu pun tak panjang gini.

oh ye ada lagi sikit.

sedih rasanya takde gambo ngan KLASREP, MAHZUZ GILA & AZILA.
sedih sampai sekarang ni. 
serius.

okbai. 


No comments:

Post a Comment