Saturday, March 2, 2013

kapal selam

assalamualaikum wbt .

aku sedang menunaikan janji untuk mengupdate tentang malam yang bakal haru biru yang diwar-warkan hari itu . aku yakin saniy mesti esaited nak baca kan even tajuk entri kali ni macam failed sikit . takpe lah , apa yang kapal selam tu , nak hujung hujung nanti faham la kot . hihi . ayu je aku gelak kali ni kan . 

okaylah . macam ni ceritanya .

aku masuk pertandingan fesyen muslimah . sila blerrggghhh atau ketawa secara berjemaah kepada aku sekarang -.-

kalau korang rasa kelakar , aku 150juta kali rasa kelakar ngan diri sendiri . cewaaahhh , ainan tasneem sangat 150 juta kali tu kan . harharhar (lawak hambar yang tak lawak pun) . pertandingan tu sempena pesta laut lumut pangkor yang sedang berlangsung daripada 28 feb sampai 3 mac ni . macam macam pertandingan ada . bina istana pasir , tarik teh tarik , tarik milo tabur . okayy yang milo tabur tu aku tipu . maafkan saya penunggu gua . gerai gerai jualan pun banyak . kalau nak datang soping , sila bawak seribu ringgit malaysia . kalau ada bawak anak anak kecik , sila gandakan mengikut jumlah anak . kalau nak datang saje saje , baik tak payah datang . HAHA . 

asalnya , jannah (owner butik tempat aku praktikal) tu bagitau yang butik nak sponsor baju untuk pertandingan ni . then , dia suruh aku masuk . aku fikir 2 minit nak masuk ke tak . bila dengar macam esaited  je fesyen fesyen ni kan walaupun aku ni bukanlah fashionista or hijabista yang terhangat di pasaran kan . fyi , aku memang tak pernah masuk pertandingan yang macam ni . masuk pertandingan pakaian beragam time sekolah rendah pun tak pernah apatah lagi pertandingan fesyen muslimah yang kebanyakkannya orang orang berpengalaman je yang aku tengok yang masuk ni . eh , pernah pernah . time darjah 1 , aku masuk pertandingan pakaian beragam pakai baju ala ala bollywood . aku syak sejak daripada pertandingan tu la shah rukh khan tak pernah putus asa ajak aku kawen . dan sekarang , bila dia dah ada anak 2 orang , baru aku yang dok terhegeh hegeh nak dia balik . sobs . okayyy , dramaqueen sangattt .

orang lain awal awal dah pi survey kat semua kedai cari baju nak pakai malam tu . aku rilex mak nenek lagi . petang khamis tu baru aku start menggelabah ayam search kat google nak cari inspiration la konon .  

dan ini last minute punya preparation .


mekap sponsored by kak syitah 
lepas mekap tengok cermin lepas tu tak kenal diri sendiri -.-
 hidung rasa mancung 2 minit
lepas pertandingan , juri suruh aku perform lagu apo kono eh jang
aku cakap , "saya tak boleh la kalau abang AC takde"

 ok tipu je



nazrullah cakap aku jalan laju sangat sampai gambo pun gego 


bersama sifu sifu 
jannah yang dewasa sangattt tu dapat johan bagi kategori dewasa
dan yang sebelah aku tu , tasya , naib johan bagi kategori remaja
tingginya dia -.-


ini lagi sifu sebenarnya
aku je yang baru tau
she's hidayah , johan bagi kategori remaja 
macam yuyu zulaikha pulak bila tengok banyak kali kan 
dan orang orang yang interframe pun tak senonoh perangai pi korek hidung pulakk



dah selesai semua
tudung pun dah bertaburan
aku tak menang
tapi aku happy
tersangat happy

happy sebab kenal ramai orang baru dalam industri ni
happy sebab gain lotsa experiences
dan yang terpaling happy sebab ada dua orang supporters yang cukup supportive datang bagi support :')


my azriatul
thx too many lotss , my dear :')


nazrullah selaku jurutangkapgambar yang aku paksa suruh datang
thx awak :')
walaupun gambar awak paling kecik , tapi awak tetap besar dalam hati saya cewahhhhh

jumpa pasal kapal selam ? okay , mari aku ceritain .

actually , aku sempat tengok rock oo . cerita mamat khalid kalau tak kelakar memang bukan cerita mamat khalid . pada yang dah tengok maybe boleh agak kenapa aku letak tajuk kapal selam . pada yang belum tengok , cerita rock oo ni menceritakan pasal amy mat piah (que haidar) yang frust sebab rimba bara amek zul kapan (sofi jikan) jadi vokalis dorang yang baru . bila amy dgr luncai emas nak amek zul kapan ngan kumpulan malaikat mautzzz , amy guna kesempatan tu untuk jadi balik vokalis rimba bara . tapi , jijo (khir rahman) cakap amy ni tak sesuai jadi penyanyi . time tu la jijo cakap macam ni kat amy :

"jadilah seperti kapal selam . tak tahu menyelam , naiklah ke darat . jadi reban"

jadi , kaitannya ?

kaitannya begini . aku rasa aku minat dengan dunia model model ni . tapi lepas pertandingan tu , aku sedar , yang aku hanya suka . minat dan suka tetap ada bezanya . minat lebih dalam . suka sekadar luar . memang aku suka tangkap tangkap gambar ni . tapi sekadar suka suka . 

maka , amy mat piah pun dilantik menjadi manager baru rimba bara .

sekian , terima kaseh .

4 comments:

  1. tak paham yg last sekalu.. hahaha.. cm tergantung... ada part II x?

    ReplyDelete
  2. maksudnya sy mungkin suka tgkap gambar cantik2 ala2 model giteww . tp sy bkn dilahirkan utk menjadi model . hihi

    ReplyDelete
  3. macam tajuk lagu the beatles.......yellow submarine


    sila google

    ReplyDelete