Thursday, February 28, 2013

status husnatul

assalamualaikum wbt .

pagi pagi datang opis bukak laptop scrolling in the deep segala jenis temlen social network itu adalah perkara rutin . tu tak campur lagi dengan bukak aircond , siram pokok bunga , dan kodek kodek isi perut peti ais kat pantri . dan antara banyak banyak rutin yang selalu aku rutinkan ni , yang paling rutin adalah scrolling segala jenis social network punya temlen . nak dijadikan cerita , sedang aku menscrolling  temlen pesbuk (ya allah kalau mak aku tengok spelling aku yg hancuss dan merosakkan ni mesti kena rendam dalam air panas) aku terjumpa status klasmate degree aku yang berbunyi begini :


Ya Allah , terjatuh jugak airmata bila baca status husnatul ni . banyak kebenarannya . 

alhamdulillah , aku start pakai tudung selain daripada pi sekolah sejak darjah 5 . tu pun style on off lagi . tshirt pun pakai lengan pendek jugak kengkadang . sebab dulu time sekolah aku agak aktif dengan sukan . dulu laaa . sekarang dah pancit -.-' aku ingat lagi dulu ada pernah sekali aku nak potong rambut macam siti nurhaliza . alaaa ada sekali tu yang siti potong rambut pendek tu . dulu minat sangat la ngan siti nurhaliza . sekarang pun minat , tapi tak la sefanatik dulu . so , aku ni macam takut nak bagitau kat mak aku yang aku nak potong rambut , aku tulis la surat . mak aku pun reply  surat aku berserta syarat syarat nak potong rambut . nak potong rambut pun ada syarat -.-' mak aku kata , boleh rambut pendek , tapi kena pakai baju lengan panjang , tudung kena tutup dada . macam macam lagi syarat yang mak aku bagi . oleh kerana nak sangat rambut macam siti nurhaliza , aku ikut syarat mak aku bagi tu . walaupun sebenarnya dah jatuh hukum wajib untuk tutup aurat kalau dah akil baligh . tapi time tu , time jahiliah lagi . pergi sekolah agama pukul 3 , pukul 4 dah balik dah pi lepak makan ais kepal kat kedai makcik 18 . 18 tu nombor rumah sebenarnya -.-'

then , bila form 1 , aku masuk sekolah agama . ingat lagi time dapat surat tawaran tu , aku menangis tepi tangga rumah sebab fikir nanti dah tak boleh pakai seluar jeans bagai dah . Ya Allah , fikiran masa tu -__-' time kat sekolah agama , memang orang tengok pun rasa nak buat menantu . harharhar . ehh , terpuji diri sendiri pulakss . keluar pun pakai tudung bidang 60 bagai . tapi still berfesyen . time tu pemes fesyen tudung wardina . so , belit belit la tudung macam kena cekik dengan ular tedung *pantun sekerat dua* tapi tak kekal lama jugak . then masuk diploma . lagi la macam macam culture shock yang aku jumpa . masuk diploma , fesyen tudung dan pemakaian pun dah lain . culture shock punya pasal . ceittt salahkan culture shock pulakss aku ni . blerrgghhh -.- sebenarnya salah diri sendiri sebab agak cepat terpengaruh dengan keadaan ataupun fenomena .  

cakap pasal diploma , time ni aku baru kenal nazrullah even kami duduk satu taman . aku tak nak cerita banyak banyak pasal nazrullah sebab aku dah banyak cerita pasal dia sebelum sebelum ni kan . cuma dia bukan jenis yang suka nak tegur aku . bukan tegur hai hai macam tu . bukan . maksud tegur aku andai aku buat silap . alasan dia , dia tak sampai hati nak bagi aku kecik hati . aku tahu , aku ni pun kadang kadang jenis cepat melenting kalau orang tegur aku . mungkin bukan kadang kadang . mungkin selalu . susah nak terima kalau ada orang tegur . mesti cepat je otak aku fikir , elehhh nak tegur tegur orang macam kau perfect sangat . tu fukiran masa otak tak matang . 

dah sampai perenggan tiga baru aku noticed amende aku melalut ni macam tak dak kaitan langsung dengan status husnatul ni . blerrgggghhhhh panjang panjang untuk diri sendiri -_____-"

okay lahh . sebenarnya status ni buat aku teringat time sukan part 6 diploma dulu . aku join bola jaring . then , aku pakai armsock sebab jersi aku lengan pendek . akibat daripada aku sentengkan sikit aku punya armsock , tangan aku jadi burn tahap dayang senandung . so , petang tu ada sukaneka . alang alang tangan dah burn , baik aku burnkan semua . kebetulan nazrullah yang supportive tu datang , bagi support . bila aku nampak dia dengan aku yang pakai lengan pendek ni , aku jadi tak sedap hati . aku tahu dia tak suka bila aku pakai macam tu . tapi aku abaikan je kecuakan ketika itu dan terus fokus kepada sukaneka terakhir untuk diploma . sobs . sedih dua minit sebab tetiba rindu moments tu :') habis je penyampaian hadiah , aku masuk kereta dia nak sejukkan diri sebab bau AGUMON memang best lepas tu aircond dia pun best . aku tengok muka dia dah lain . muka nak tegur tapi takut aku kecik hati . tapi , dia tanya jugak . penuh hati hati dia tanya taknak aku melenting walaupun aku dah boleh agak apa soalan dia nak tanya aku .

"emm , kenapa tak pakai armsock?" (sila baca dgn nada sopan sebab nazrullah pun tanya dengan nada sopan)

lepas dia tanya tu , aku hanya mampu diam . diam sambil merenung muka dia yang takut takut nak tanya aku tu . soalan dia buat aku rasa kaseh sayang dia . dia tak nak orang cakap yang buruk buruk tentang aku . 

Ya Allah , Kau peliharalah hubungan ini . Sesungguhnya , aku bersyukur punya dia . Semoga jodoh ini cepat ke jinjang pelamin seterusnya menuju ke syurga . amiiin .

menyelit nyelit : ni twitter ngan facebook husnatul . dia suruh letak . harharhar . btw, thx awak :)
diselit selit : malam ni , aku dah nampak keharuan yang bakal melanda . apa dia ? tunggu next update . cewahhh
terselit selit : cerita yang dulu dulu sebagai pedoman di hari muka . doakan yang terbaik :')
penyelit : macam biasa aku bingung nak letak tajuk apa . itulah clichenya sazatul bidadari .

2 comments:

  1. Menusuk tertusuk kalbu. Yes yes. Good enty baq ang kak. Hahahha

    ReplyDelete