Saturday, November 10, 2012

di setiap gambar ada mumbling .

assalamualaikum wbt .

sazatul bidadari bakal bermumbling sebentar lagi . makanya sila tutup telinga tapi jangan butakan mata .


sazatul sedang mencari port untuk gambar diambil . dalam usaha mencari port banyak ombak dan rindu yang terpaksa dilalui . banyak onak dan duri yang harus dijelajahi . banyak api dan lautan yang perlu diredahi . ye . sazatul memang over kalau bab bagi ayat jiwang ni . sejak azali lagi sazatul sudah mengetahuinya .


dan akhirnya sazatul sampai jugak tempat yang diingini . sekali tengok macam vanilla cokelat punya pelakon tu . apa nama dia ? izara aisyah ekk ? dua kali tengok , ye memang itu izara aisyah setetah bertudung dalam vanila cokelat the movie .


ini muka sazatul yang penat dan sedang mengeluh memikirkan ladang teh ni kenapa nak kena tanam berteres teres . cuba la try buat tanam secara berbanglo banglo pulak ke . tapi jangan banglo di atas bukit . penat nak mendaki . turun takpe . laju je . tak payah tekan minyak .



comel kan ? sazatul tahu . dah lama sazatul tahu .


ini di depan toilet berlatarbelakangkan ladang teh yang indah . seindah indah ladang teh , indah lagi tudung bawal sazatul yang pelangi itu kan . sazatul memang indah . tak perlu disangkal lagi . tudung pelangi itu dibeli di twin fly suite . murah dan boleh mabuk kalau tengok lama lama . tak payah pegi clubbin , tengok tudung cantek mantek pun sazatul boleh mabuk . sazatul sangat terer .


sazatul dalam cubaan main sembunyi sembunyi dengan jurugambar . tapi aiman kata sazatul tetap nampak kurus walaupun nampak mata je kan . aiman seorang kawan yang sangat memahami dan supportive KAHKAH eh tergelak besar pulak . kan dah tercalar imej .


like a boss 


dengan penutup telinga yang rare dan pohon pohon melambai , rasa macam kat korea pulak walaupun sazatul bukanlah peminat kpop yang tegar . cakap pasal penutup telinga yang rare itu , ada cerita di sebaliknya . sesampainya ke destinasi yang tinggi itu , sazatul lihat ramai budak budak sekolah yang turut melawat kawasan tinggi itu rata rata memakai penutup telinga berimejkan strawberi . budak budak sekolah ini mungkin lepasan darjah 6 sebab tengok macam tak matured je lagi perangai kan . maka sazatul pun mula mencerca mereka dalam hati dan luar hati yang mereka sangat over macam duduk oversea nak kena pakai penutup telinga bagai . namun lepas sazatul try pakai , macam comel pulak walaupun tengok orang pakai rasa annoying . buruk sungguh perangai sazatul ini . maka nazrullah pun belikan satu untuk sazatul . tapi tak main lah imej strawberi . cliche HAHA


ini shot terbaik sazatul kira . tak payah cakap . sazatul memang kuat perasan walaupun perkara yang diperasankan merupakan kebenaran yang nyata .



tudung pelangi : twin fly suite (rm11)
jaket jeans : bundle (rm15)
dress fishtail : cotton on (rm30)
skinny yg tak berapa nak skinny : tesco (rm39)
kasut @ loafers : tesco (rm25)
tali kasut : good choice sebelah billion HAHA (rm1.90)
beg : pasar malam tanjung malim (rm20)

ramai orang sakit hati kenapa beli benda cantik tapi murah . jawapannya sazatul memang suka benda murah dan cantik HAHA okay tak lawak



silakan terliur melihat waffle iteww dan float strawberi itewww . rasanya maseh terngiang ngiang lagi di lidah sazatul dan rasanya juga maseh termasuk masuk dalam mimpi sazatul . OVER .




setelah puas bercuti dan lupa untuk study , makanya sazatul terpaksa pura pura tekun bila ada orang nak snap gambo . bukan lupa nak study . sazatul seorang yang profesional . cuti tetap cuti . tak boleh campur adukkan cuti dengan benda lain . KAN ?



sazalis zarai


khamis lepas , sazatul menjadi gila . gila gila remaja . pakai lipstik merah pergi kelas . sempena kancil merah sazatul dah sehat setelah sakit dan terpaksa ditinggalkan di dalam UiTM sebab sakit kronik yang sampai tak boleh nak start . pomen cakap sebab pam minyak tak function . so , maksudnya kalau minyak ada pun , tapi pam rosak , tak guna jugak kan . makanya untuk meraikan kesihatan kancil merah yang sudah pulih , dan sazatul pun sangat gembira , sazatul akhirnya membuat keputusan untuk memakai lipstik merah ke kelas .


sazatul dah datang istanbul khamis lepas dan tiga perkataan untuk filem ni : SUPER DUPER AWESOME ! sazatul sangat merekemenkan .

menyelit nyelit : ASK2012 ? ada nilopa . yekkk . harap memahami -.- 




4 comments:

  1. wahhh..sgt memberangsangkan..keep it up..

    harap2 sy pun bley buat post n belog mcm ney..

    doa kan sy yew..nazrulsharud..

    xoxo..publish..

    ReplyDelete
  2. hmmmm....hmmmmm.....tersedak seredak daun teh cameron...hmmmmm.hmmmmmm

    ReplyDelete