Saturday, November 3, 2012

beberapa sebab mengapa aku masih ada akaun facebook


motip sangat tetiba letak jutaan gambar sendiri sampai salam pun tak bagi
intro mukadimah segala mak nenek pun takde

okaylah . assalamualaikum wbt kepada pembaca setia blog ku yang indah namun tak seberapa ini . aku dapat kenalpasti ada dua orang pembaca setia iaitu nazrullah dan pak usu . dua dua ni kaki stalker dalam diam . ye ye stalker memang dalam diam pun -.-

merujuk kepada tajuk entri yang panjang di atas aku rasa better aku terus bagi point daripada membebel tak tentu pasal nanti korang jugak yang bakar laptop korang lepas tu mintak ganti rugi kat aku pulak . hello ingat aku nak bagi ? nampak tak sazatul sudah pun mula mereben teben . 

mereben teben is like merapu rapu mak enon .

antara sebab sebab yang terpilih ialah :

1) sebab info info pasal kelas semua sani gani bagtau kat facebook . so kalau bukak twitter memang tak jumpa la segala info yang diberi melainkan kalau rajin nak bermesej mesej ngan sani gani tanya pasal kelas ada ke tak , kelas cancel ke tak . tapi dalam diam , dalam sedar tak sedar , banyak sangat kelas yang aku dah ponteng sem ni . tapi setakat ni takde la dapat surat layang drpd lecturer mahupun pensyarah lagi sebab aku gunakan strategi untuk memonteng . see , nak memonteng pun kena berstrategi bagai . amek marketing kan . kita kena pandai pasang strategi bagi mengelirukan pihak lawan . adik adik please don't do this at home . okay sazatul da mula mereben teben sekali lagi -.- oh ye sani gani merupakan class rep kami yang berkaliber lagi berdedikasi . kalau kat sekolah tu , macam ketua darjah ataupun ketua tingkatan la .

2) sebab nak keep in touch dengan kawan kawan lama . daripada kawan kawan sekolah rendah , sekolah menengah , diploma dan seharusnya degree . ye la bukan semua ada twitter . facebook tu dah macam kewajipan bagi setiap orang di zaman era globalisasi anjakan paradigma ini . konon kalau takde facebook tu umpama macam loser la . walaupun tak menyembang sangat pun ngan kawan kawan lama ni , sekadar like like gambar ngan status je , cukup la kalau boleh stalker perkembangan semasa dorang . tak gitu ? aku akui aku memang malas nak chat bagai . chat pun aku off sebab menyampah tetiba ada orang say hi lepas tu bila tak reply dah kena cop sombong . itu saat paling menyampah . so , aku turn off kan saja facebook chat itu supaya tak dicop sombong lagi padahal kalau turn off lagi teruk orang cakap sombong . watever la . tak kenal maka tak cinta kan . yang kenal aku tahu aku bagaimana orangnya :')

3) sebab ketiga ni macam mereben teben sikit . untuk aku bershopping secara online . facebook masih lagi duduk di tangga teratas mengalahkan blog blog dan website website yang ada untuk orang bershopping secara online . aku ni dulu time time kaya dulu rajin jugak la stalker page page yang jual baju baju cantek , tudung tudung cantek then beli melalui online . sekarang ni tak berapa kaya , stalk je la yang mampu . bila da stalk mulalah malam tak boleh tidur membayangkan shawl tribal , baju peplum dan kasut rubbermade yang fabulous iteww . tipikal perempuan .

cukup rasanya tiga sebab konkrit yang aku berikan ini . dan sampai sekarang aku masih lemah tak berdaya lagi nak tutup akaun facebook aku tu hanya disebabkan tiga sebab di atas ini walaupun hari hari bukak rasa macam bukak petisejuk yang tak diisi dengan stok stok makanan yang baru . bosan . sumpah bosan . nak update status selang seminit kat facebook kang orang meluat pulak . kat twitter lantak la kan nak tweet selang sesaat ke hape kan sebab semua orang pun secara majoritinya buat benda yang sama HAHA okay tak kelakar langsung sazatul . dan twitter merupakan teknologi terbaru walaupun takdela baru sangat kan untuk bemonolog dalaman . especially untuk aku . kadang kadang hati ngan tweet kata lain . tapi mulut kata lain . begitulah dunia zaman sekarang . 

sekian terima kaseh . salam manis tanpa gula gula manis buat anda semua daripada sazatul bidadari yang manis meleting . okbai .


6 comments:

  1. :) aku xde dlm list pembaca..sedey..-_-"

    haha. ta0n depan ak activate balik. nanti kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak xde dlm list pembaca setia . tp awak tetap ada dlm list hati sy :')

      Delete
  2. stalker setia itu i.....every morning setiap hari kerja

    ReplyDelete