Friday, March 2, 2012

sekali lagi aku buntu nak letak tajuk apa .

lama rasanya tak update blog . seriously .

Tumblr_le7oouvqbf1qbtwado1_500_large

lina ko tak payah nak terkejut sangat . aku busy kerja lah . aku busy kerjakan youtube . asyik ulang tayang oh yeah mendidih bersama sharifah amani sampai sepuluh juta enam ratus kali sampai dah boleh hafal apa amani cakap , apa zizan cakap , apa johan cakap . walaupun mereka mereka itu macam mintak pelempang aku je bila mereka membuka mulut , tapi aku tak pernah jemu mengulang tayang . seriously . tak percaya sila ke link tersebut . aku malas nak upload video . membazir masa . masa tu kan emas . tak gitu ? bhahahaha . 



eh gambar apa ini ? siapakah mereka ? 

okayy sila tampar aku sekarang sebab buat buat tak kenal dengan diri sendiri dan kluang man sendiri dush dush okay dah tampar walaupun bunyi macam kena tumbuk . abaikan . aku ni memang suka melarikan diri daripada tajuk asal walaupun sekarang tak letak lagi tajuk entri lepas tu tulis benda bukan bukan . bhahahaha lagi . sebenarnya hari ni last day aku kerja . seronok ada tak seronok pun ada . seronok sebab tak payah bangun awal lepas tu pening pening tatau nak pakai baju apa . tak seronok sebab isnin depan dah start kuliah lepas tu kena bangun awal jugak nak pergi kelas lepas tu pening pening jugak nak pakai baju apa pergi kelas .  baju banyak masalah . baju sikit pun masalah . manusia . tak pernah cukup . tak pernah nak rasa bersyukur . errkkk alhamdulillah . ok kenyang makan kek pisang dua slices dengan pau kaya sebijik untuk sarapan .

cakap pasal kerja ni ada la beberapa kali tasnim datang opis . dia selalu esaited kalau nampak motor aku terparking depan butik lepas tu mesti nak naek atas jumpa aku sebab dia yakin dengan adanya motor aku maka adalah aku di atas opis . tapi semenjak dua tiga menjak dia dah sekolah ni , dia jarang jumpa aku . busy buat kerja sekolah letewww T.T 


bagi yang tidak mengenali lagi , inilah tasnim .
amboih kemain kau dengan bulu mata rozita che wan iteww 


inilah bukti tasnim bersekolah 
kalau masuk kes kat mahkamah confirm menang sebab bukti ternyata kukuh lagi konkrit 
apakah aku ini -.-

lepas ni mungkin susah nak nampak aku di blog mahupun pesbuk mahupun twitter sebab aku dah masuk belajar . belajar selagi mampu . belajar selagi terdaya . kesibukan itu sudah pasti . sesiapa pun yang jadi pelajar dia akan memahami situasi ini . last but not least , selamat maju dan berjaya untuk semua orang . sampai ketemu lagi . 

Tumblr_lv71nxusqk1qmt5mvo1_400_large

okay jemput minum kopi sebab penat bercakap 
secara teknikalnya menaip
mai secawan 

notabukulali : aku janji tak tukar header dah lepas ni . bhahaha :P

1 comment:

  1. hahh.. tak sangka.. sesat jumpa blog minah uya, jumpa budak berpipi pau. hahah. keajaiban betul sesat sampai jumpa budak2 smkasr yg bebaik mcm korang. hahah.

    p/s: aku suka lagu kat blog ko ni.. tp kalau main sendiri lagi best.. kan? bleh jadi artist blog plak.

    ReplyDelete