Monday, February 27, 2012

sindrom batak like .



aku dah lama nak tulis pasal ni . since dari aku tadika lagi . seriously -.- tapi takpe . aku pendamkan perasaan aku yang membuak buak tu dan akan ku luahkan sekarang . sindrom batak like . itu tajuknya . kenapa itu tajuknya ? sebab itu isu yang ingin kupaskan hari ini . 

sindrom batak like ni selalu kita jumpa kat pesbuk . sebab dekat twitter tak boleh nak like bagai . yang aku maksudkan dengan sindrom batak like ni , yang buat status lepas tu pm (private message) orang suruh like status dia . tak pun , upload gambar , lepas tu suruh orang like gambar dia . watthe -.- kadang kadang status macam ape je tapi like beratus ratus . tak ke macam watthe -.- ? it's ok kalau status tu bermakna atau berunsur dakwah mahupun kelakar , then nak like sampai juta juta pun aku tak kesah . ini status 'hi' je dah ratus ratus lemon orang like . aku paham la kalau nora danish yang say 'hi' kat status dia tu aku paham la kalau orang nak like juta juta lemon . aku tak pernah pulak dapat pm orang suruh like status ni . tapi ada antara kawan kawan aku yang keluh kesah bersama kak esah dekat aku . bila aku dengar , aku macam watthe deme ni . 

secara jujurnya , sindrom ni banyak melekat dalam kalangan budak budak bawah umur . atau nak senang cerita , budak sekolah . tak kiralah sekolah menengah mahupun rendah . sekolah memandu aku tak pasti . tapi yang pasti budak sekolah . budak yang tak sekolah pun aku tak pasti . kalau mereka ada akaun pesbuk , mereka mungkin tergolong dalam golongan ini . kenapa aku cakap budak sekolah ? sebab yang banyak aku jumpa pun budak budak sekolah lah yang ada sindrom macam ni . dekat friendlist aku pun ada budak sekolah sebab aku ada sorang adik yang maseh sekolah . kaitan ? boleh fikir sendiri kot . so , aku jumpa benda benda macam ni yang sometimes boleh buat aku jadi annoying gila secara tiba tiba . aku pun tatau kenapa boleh timbulnya perasaan annoying itu . dari mana ia muncul . mungkin korang akan fikir , aku dengki . wey , daripada aku mendengki tak tentu hala baik aku g jogging . kurus jugak . 

cakap pasal pm orang suruh like ni , aku pun pernah buat jugak dulu . tapi time aku masok contest ape benda tah . time first contest tu aku memang semangat la nak suruh orang like . alih alih kena tipu dengan penganjur . senyap je time orang nak tuntut hadiah . lepas tu baru tau yang penganjur tu memang dah banyak menipu customer customer beliau . padan muka aku . lepas tu aku macam malas dah nak masuk contest . sebab segan nak pm orang menagih simpati like orang . rasa macam wathhe lagi . tapi aku masuk jugak contest kat teenshijab ni . support member . lagipun aku memang banyak soping sini . lepas tu aku memang betul betul malas . seriously .

berbalik kepada sindrom batak like ni , apa yang aku boleh simpulkan , ikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara . biar like itu datang daripada hati . bukan daripada private message . haha . lagi satu , aku rasa contest contest yang memerlukan peserta dia mendapat like terbanyak adalah amat tidak wajar sekali . seriously . 

notabukulali : maaf dipinta .
notabukulali II : aku hanya tulis daripada hati 

3 comments:

  1. ahahha mmg pon kat fb skrg main lawn2 like. haha tu yg jrg dh ade kat fb

    ReplyDelete