Sunday, May 22, 2011

mangkok ketujuh dan airmata .

laksa memang kegemaran feberet aku sampai semua orang kampung gelar aku hantu laksa . aku bukan man laksa yang cakap pelat kat kole tu cuma aku peminat tahap maha terhadap laksa . laksa ibu aku buat memang sedap . buktinya , sehingga jam lapan tadi , dah tujuh mangkok laksa aku tibai . laksa kat fatty's cafe yang kat billion tu pong feberet aku jugak . tapi , dia guna ikan sardin . okayy , aku bukan nak cakap pasal laksa sebenarnya . cuma aku nak bicara apa yang berlaku waktu aku makan laksa untuk mangkok yang ketujuh tadi .

macam biasa , aku memang suka makan depan telebisen . lepas perangat kuah laksa , aku mula mekapkan laksa aku dengan timun , bawang besar dengan salad tidak lupa juga kuah laksa yang hangat . lalu , aku pong mengambil tempat duduk selesa di hadapan telebisen . jam pukul lapan . jadi semua channel tayang berita . sape yang nak tengok sin chan time ney , memang mintak kaki heidi klum aku .

isu paling semasa tentunya tentang tanah runtuh yang meruntuh di rumah anak yatim di hulu langat . setakat ney , 16 orang daripada 25 orang yang tertimbus telah kembali ke rahmatullah . al fatihah untuk mereka yang telah pergi . yang terselamat , syukur biarpun bukan dalam keadaan yang sempurna sesetengahnya . aku pasti berbaur perasaan mereka . sedih sudah pasti . trauma . kehilangan . pedih . perit . aku seperti memahami mereka biarpun aku tidak merasa impak sebesar yang mereka rasa .  sewaktu menaip entri ney pong , berpusu pusu airmata aku turun . sebak . difahamkan , sewaktu kejadian , mereka sedang berlatih nasyid sempena menyambut kedatangan orang kenamaan ke teratak mereka . bencana alam ciptaan Tuhan . tiada siapa boleh jangka .




waktu suapan ke berapa tah untuk mangkok yang ketujuh tadi , aku lihat ada antara wartawan yang cuba memberi semangat kepada salah seorang daripada mangsa . yang pasti , kanak kanak dalam gambar inilah orangnya . tatkala wartawan bertanya , dia hanya membisu . menangis . oh , ini buat aku lebih kuat mengalirkan airmata . ibu aku pong sama . itu antara perangai ibu yang aku warisi . cepat tersentuh .

doa aku , agar mereka tabah . kuat untuk teruskan hidup . seru buat rakyat malaysia khususnya muslim yang prihatin belaka begitu juga aku , besar pahalanya menolong anak yatim . marilah membantu yang mana mampu . berdoa juga salah satu bentuk bantuan . semoga segalanya pulih kembali . sekali lagi , al fatihah buat mereka yang telah pergi .

2 comments: