Amacam raya haji korang? Aku raya takat pukul 2 ptg je lepas tu bantai tidoq seperti tiada hari esok. Saja nak bagitau hari ni aku masak bihun sup daging qurban. Well, technically aku cuma kupas bawang, beli daun sup, tauhu & bawang goreng serta tumbuk sambal hitam je hewhew. Menu wajib tiap kali raya haji.
Sekian sahaja mukadimah yang macam tergantung tu, mari kita sembang tentang INSECURE pulak ye.
INSECURE.
Apa yang korang paham tentang insecure? tak kisahlah ape yang korang paham. yang aku paham pasal insecure ni, bila kau tengok timeline facebook mahupun instagram, semuanya gambar sanding kawan kawan kau then kau rasa insecure. bila kau tengok hanis zalikha up gambo makanan yang dia makan sambil dia kurus je memanjang, then kau pun sebok nak rasa insecure. lagi satu yang paling rasa insecure bila kau tengok perempuan cantik keluar tanpa mekap secalit pun kecuali sedikit eyeliner dan liptint. korang pernah tak rasa macam ni? aku selalu. paling selalu bab member kawen tu. nak nak lagi member baik tahap sahabat sejati.
ni time uya kawen. dua tiga hari jugak rasa insecure sampai tak lalu makan.
okay yang tak lalu makan tipu
okaylahh tutup cerita pasal insecure member kawen tu. sekarang aku nak skip pasal insecure orang kurus makan banyak tapi tetap kurus mereput, then nak cerita pasal insecure perempuan cantik flawless keluar rumah tak payah mekap dah ni. hihi. mana mana perempuan pun aku percaya nak kulit muka yang cantik, mulus, putih melepak supaya photographer tak komplen bila nak buat iklan pencuci muka. kalau diikutkan aku ni pernah menghadapi suasana kulit muka flawless except time bulan mengambang memang akan naik jerawat kat tempat yang susah nak cover time selfie jarak dekat. lepas tu jenis tangan gatal suka memicit secara rakus lalu meninggalkan kesan yang tidak diingini. so, akibat daripada nak menghilangkan parut jerawat secara pantas aku pun cuba salah satu produk yang aku tengok kat instagram ni. bila tengok testimoni semuanya memuaskan hati. and of course memang makin puteh kulit muka sekata bagai. tapi parut susah gila nak hilang.
tidak lama selepas itu, aku pun beli krim dia yang dikatakan sangat mujarab dalam menghilangkan parut marut jerawat yang degil. ingat lagi pakai time raya haji tahun lepas. esok tu mencanak naik jerawat macam diternak ternak. jenis yang mencanak bukan yang biasa tapi yang warna merah tahap timbul timbul. since busy time tu macam takde masa nak pegi berubat nak scroll instagram pun tak menyempat untuk survey maka terbiarlah kulit muka aku yang berjerawat iteww sampai lebih 3 bulan jugak rasa down. tiap tiap kali jumpa boipren mesti rasa nak calarkan muka dia yang lagi flawless daripada aku. menyampah betoi time tu.
teruk gila kann?? muka pun macam nak nangis. tah pape betoi
sampailah satu saat tu mak aku kata sabtu ni hang amek cuti la kita pi amek ubat kat tanjung tualang. mahal jugak ubat dia. tapi mostly yang pegi memang nampak kesan positip. salah sorangnya adik perempuan aku. alhamdulillah lepas dua tiga bulan pakai, kulit aku beransur pulih. tapi parut marut still tak hilang. tapi jerawat memang susah nak timbul :)
so, ape aku buat untuk hilangkan parut marut iteww?
ini jawapan bagi soalan yang aku tanya diri aku sendiri tadi hahah
HAURA SKINCARE
Biarpun usia aku menjadi pengguna Haura ni tak lama mana, kalau ikut putaran hidup seekor kucing tu kira dok baring baring lagi kat celah ketiak mak dia, tapi aku sangat suggestkan produk ni untuk sesiapa sahaja baik lelaki mahupun perempuan yang mempunyai masalah kulit muka kering kontang ke, muka penuh lopak ke, muka penuh dengan jerawat mencanak ke, jeragat bersepahan ke, tona kulit tak sekata ke, sesuai sangat untuk pakai Haura ni. kalau rambut tersekat kat skala 6 tu tak payah mengada nak pakai. kau ingat kau volerine muka penuh rambut?
meh aku review diri sendiri sepanjang aku pakai Haura ni.
- pori pori muka aku ni luas mata memandang tapi sejak aku pakai Haura, nampak makin mengecil
- elok hari first nak pakai jerawat tetiba muncul tepi hidung which is nak dekat raya kot kenapa nak kena tumbuh jerawat, tapi lepas guna set Haura Skincare ni, jerawat tu macam tak jadi nak tonjolkan diri. senang cerita, kecut.
- kulit muka rasa fresh, dah kurang berminyak & segar sentiasa. jap. fresh dengan segar bukan sama je ke?
- parut slowly hilang walaupun belum total. yeayyy. tunggu dah betoi flawless yang tahap tak mekap pun nampak macam mekap nanti aku up gambar secara dekat tanpa edit mahupun guna kamera depan oppo. hewhew
next entry insyaAllah aku akan cerita tentang kelebihan Haura Skincare ni ye :)
Aku ase insecure gak lately ni...aku nak kawen jugokk!huu...
ReplyDeletejom la kite. ehh
ReplyDelete