Friday, October 4, 2013

kilaperi

assalamualaikum wbt.

lama betul mensepikan diri. baru semalam pasang niat nak update blog birthday tahun depan je. tapi tak boleh. ada benda menghalang. bukan benda. lebih kepada perasaan mungkin. perasaan down dan sedih tetiba padahal sebelum ni rilex mak enon je bila orang bicara tentang fizikal kita.

kemon laa.

cantik itu subjektif. 

diulang.

CANTIK ITU SUBJEKTIF.

capslock agar nampak. dan faham. bukan marah. apatah lagi melenting.

aku mengerti. aku dilahirkan ibu bukan untuk puaskan hati semua manusia. jadi, haruskah aku tahan napsu makan aku yang macam hantu raya ni demi untuk mendengar puji memuji dr pihak kalian? aku suka makan. perut aku jenis yang cepat lapar. jenis kalau lapo je, mula la nak makan macam macam. ni pun dah tetiba teringin burger abang burn. huh. kalau tak makan nanti gastrik. kalau gastrik nanti dah tak boleh haplod gambo kt stegrem hari hari. okay tak kelako. tahap metabolisma kita manusia ini tak sama. ada orang, makan la macam 15thn tak makan pun, badan tetap menten macam model. ada orang pulak, tak makan la walau seminggu pun, badan tetap gedempon sedikit kilo pun degil nak turun. 

kemon laa.

jangan pandang orang sebelah mata kerana fizikal. ini lagi satu masalah meleiss ni. haih. yang kita ada sekarang ni cuma pinjaman je. macam zaman sekolah yang dok pinjam pinjam buku teks tu. dah habis darjah 6, haruslah pulangkan buku teks yang kau pinjam tu. kejadah apa pulak nak bawak buku teks darjah 6 ke form 1?? pffftt. 

aku dulu takde la kesah sangat kalau orang nak cakap aku ni gemok ke lengan taf ke perut buncit ke. tapi kalau dah hari hari orang dok jerit pekik kat telinga kita cakap benda sama, gegendang telinga pun boleh pecah, chott. telinga kita pun punya hati. telinga kita pun punya perasaan. takpe la. tak payah rasa bersalah kalau andai mana mana mata yang membaca sesi luahan syarahan hati aku ni. aku dah maafkan. mungkin dengan fizikal tak laksana american's next top model ni, Allah hulur sekali dengan hikmah. mana tahu, kalau badan aku macam kilaperi nanti, aku lupa diri, lupa keluarga, lupa semua. tak gitcheww? 

by the way, kilaperi is too damn hot. 
girl crush aku tu.
walaupun bibir dia macam fake, tapi body dia perfect.

ahh. benci penutup berbaur lesbo ni.
pfftt



menyelit nyelit : tarikh konvo 11/11/2013. saje bagitauuu



6 comments:

  1. betul2. bila dah selalu kena tegur ehhh kurusnyaaa bila nak besar ni? lama lama jadi annoying jugak. sama je dengan kes kau ni paa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tu baru soalanpsl fizikal kan. tak masuk lagi bab kehidupan. aku pantang betul soalan bila nk kawen tu haih

      Delete
  2. i tetap terima u seadanya.... :)... always and forever

    ReplyDelete
  3. sapa sapa pahh yg kata gitew.. moh kita katok pale dia haa.. aduiii.. be cool k and stay be exactly as u are right now. btw u punya setiap baris patah ayat bermacam macam emo terletak haa... mula mula sedey pastuhh lawok.. sorry saya memang membayang kan kamu ckp depan mata kita.. dengan tangan dengan memek muka and everything lahh.. haha.. thanks pahhh.. tetibe lak kan..

    ReplyDelete