Wednesday, July 17, 2013

8 ramadhan

Assalamualaikum wbt.

aku ni bukan setakat kena buang sawang kat blog ni, ni dah tahap blog pun macam rumah usang da ni adoii -.-" mohon hantu kak limah tak rasa macam aku nak caras rumah dia.

8 ramadhan. maknanya dah 8 hari puasa. maknanya hari ni rabu. maknanya...

ahh cliche !!

so, terima kaseh pada yang mengingati, tak kira di mana pun anda wish, anda yang terhebat :') pada yang tak wish, aku anggap korang bukan jenis yang usha kalendar 24/7 (amboi sarcastic sangat pah) tak pun, style yang konon nak rare sangat wish pukul 12 malam karang. aku tau dah permainan korang. dalam poket belah kiri dah semua tu. takpe la, better late than never kan. tak gitcheww anak anak sekalian?

azam dah masuk 23? 

since dah setel segala viva dengan thesis ni, soalan paling cliche orang akan tanya dekat aku : tak kerja ke? dah kerja ke? tak nak cari kerja ke? bila nak kerja? bila nak kawen? anak nak berapa orang? okay soalan last tu aku mereka. oh men. please la lari daripada kebiasaan sikit. tukar sikir struktur ayat tanya tu. adoii yang tu pun nak kena ajar ke? memang nak kerja. memang kena kerja pun. ingat duit tu nak turun daripada kerajaan langit? ingat ayah pin ada nak kasi duit kat daku? melainkan kalau ada mana mana datukss or tan sri yang sudi jadi sugar dedi ai dan sudi menaja hidup ai. but it's ok. i tak rela nak dambakan diri dekat orang tua ni melainkan orang tua 2 tahun drpd ai. contohnya nazrullah. ehh :P so, misi mencari kerja bermula lepas raya supaya masih boleh dapat duit raya di pagi raya dengan alasan even ai dah 23 tahun tapi ai layak dapat duit raya sebab iolls tak kerja lagi. har har har. hambar sangat lawak mu iteww pah.


terima kaseh zila & mahzuz gila untuk tudung dan kotak hadiah yang besau mcm bagi harapan palsu je
terima kaseh nazrullah untuk powerbanknya even bukan kale oren tapi rasa macam kaya sangat bila ada powerbank macam bongkah emas hahah

birthday tahun ni jatuh pada bulan ramadon. maknanya tiada kek mahupun ayam bbq tak potong macam tahun tahun lepas. takpe la. harap harap boleh tuntut lepas raya nanti hahah. aku anggap birthday tahun ni paling rare sebab bukak puasa makan nasi daging kak minah sedap gila habaq hang. tapi mee kari ketam pak cik misai a galak semalam lagi sedap. dah la nak pi turun makan. tak elok membazir nasi daging tu.

menyelit nyelit : terima kaseh again pada semua yang mengingati :') sori tak reply mesej sebab kredit tamat tempoh bhahahahah


3 comments: