Monday, April 8, 2013

kejutan monday blues.

kejutan di pagi isnin tidaklah dipanggil kejutan budaya. 
tapi terkejut campur terduduk campur speechless dan tiba tiba tercampur sedih.

laptop aku hilang. bukan hanya hilang daripada pandangan mata, tapi hilang secara realitinya.
nak sedih teruk teruk pun tak guna. benda dah jadi.
yang boleh aku buat, redhakan dengan segala yang terjadi.
mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.
bukan mungkin, tapi selalunya dugaan yang datang itu berpakej dengan hikmah.
bezanya cepat atau lambat hikmah itu kita sedar.

terima kasih untuk abang faisal & kak lia atas keprihatinan.
terima kaseh nazrullah atas usaha membuat aku lupa tentang kehilangan.
terima kaseh yang tak terhingga.

aku mungkin nampak okay bila boleh update blog, tweet segala.
konon nak sembunyi segala rasa.
macam macam ayat positif dah bagi pada hati untuk jadi kuat.
tapi hati tak kuat.
hati tetap menangis.
hati tetap sedih.
sebab aku cuma manusia biasa yang tipikal yang akan sedih bila kehilangan.

2 comments: