Tuesday, December 25, 2012

bertubi tubi, bertalu talu & tak henti henti.

assalamualaikum wbt.


sisi depan


sisi belakang

maaf sebab mulakan entri dengan gambar yang kurang enak rasanya . tapi itu merupakan hint hint entri ditulis . 

orang kata setiap yang terjadi itu ada hikmahNya . bezanya lambat atau cepat hikmah itu datang . jumaat lalu , dugaan yang terjadi bertubi tubi itu menunjukkan hikmahNya perlahan lahan . mulanya dengan cerita mak tok masuk wad akibat jantung yang lemah . maka bergegas gegaslah kami sekeluarga pulang ke kampung halaman . hujan pula lebat selebatnya seeloknya kami keluar dari rumah . dan entah bagaimana , kembara yang dibawa kemek depan belakang . ceritanya begini . depan kembara ada lori yang sedang brake melintang . kerana apa aku pun kurang pasti sebab tengah baru nak tertidur ketika itu . belakang kembara , ada persona . belakang persona , myvi . kembara sudah pun brake ketika lori di hadapan brake . persona sudah pun menghala ke kanan jalan dek kerana hendak mengelak daripada melanggar kembara namun telah pun dilanggar oleh myvi di belakang sebelum menghala ke kanan . dan akhirnya , myvi tetap melanggar kembara yang di hadapan . mujur nazrullah sanggup menghantar kami hingga ke penang . mujur . mujur sungguh . terima kaseh nazrullah . setakat ni mampu berterima kaseh sahaja dulu . jasa anda biar Allah yang memberi balasan . pertolongan nazrullah itu aku anggap sebagai hikmah juga sebenarnya . itu kali pertama dia berdepan dengan ibu dan ayah setelah 4 tahun lebih hubungan ini terhubung . sekali lagi , terima kaseh nazrullah yang sekali lagi menjadi hero . setibanya di hospital kepala batas , orang pertama yang aku nampak pak usu . kemudian mak usu . Ya Allah . rindu bertalu talu . tak tahu kenapa aku rindu sangat nak jumpa lelaki tinggi kacak macam izzue islam rambut separuh uban itu . dan pastinya nazrullah sangat esaited tapi tak tunjuk bila berjumpa pak usu . okay . cerita aku macam dah lari alignment . tapi ini antara hikmah yang aku perkatakan . walaupun tak sempat nak beramas mesra , perjumpaan yang sekejap itu aku harap memberi sesuatu yang positif untuk masa yang akan datang . apa dia yang sesuatu itu , susah untuk aku explain sekarang . yang pasti , pulangnya nazrullah , aku pun demam dan batuk tak tentu hala . mamat pun demam panas teruk . dua tiga hari jugak la demam . sekarang demam dah okay . batuk pulak yang tak henti henti . mungkin gara gara tak dapat sundae lagi . aku kira entri aku tamat hanya di sini . doakan segala galanya okay dan baik seperti sedia kala . doakan aku dan keluarga kuat menghadapi dugaan bertubi tubi ini . tak minta duit . hanya minta doa . 

menyelit nyelit : silap besarkah aku berkata pada pak usu yang aku tak suka starbucks ? -.-


6 comments:

  1. waaa...dah jumpa parent ya..hak3~
    pasni moga kad pulak jumpa alamat uma aku ye cipa!muahaha....

    ReplyDelete
  2. segala yang berlaku ada hikmahnya


    p/s
    assalamualaikum...salam berkenalan buat nazrulllah...thanks for the help....(plan nak ragging masih belum ditamatkan...hahhahah)

    izzue islam.....hmmmm (berfikir sejenak secara penuh berilmiah).....bolehlah tu....hahhahahha

    tak suka starbucks....janji akan ditepati sampai bebila...hahhahah

    ReplyDelete
  3. pak usu : mohon doa . terima kaseh utk segalanya :)

    ReplyDelete