Wednesday, September 5, 2012

entri bermotif .

assalamualaikum wbt .

harapan agar semuanya sentiasa di bawah lindungan rahmat dariNya . amiinn . mukadimah macam penutup . apakah ? baiklah abaikan . kadang kadang korang memang perlu abaikan perangai aku yang macam loser bila buat mukadimah . almaklumlah . dah sepuluh tahun tinggalkan dunia pidato . oh tak . time form 2 aku masok pidato lagi . makanya dah lapan tahun aku tinggalkan dunia aku yang bijak mengatur bicara itu . makanya itulah punca mukadimah aku selalunya failed . ye lah nak buat karangan pun , apa motif kan -.- 

makanya mukadimah aku di atas memang failed . makanya marilah menuju ke pangkal jalan di mana aku dah betul betul sedar yang aku sekarang ini hari ini jam ini minit ini saat ini bahawa aku memang gemuk . gemuk yang tidak dapat disangkal lagi . like seriously . sebelum ni , aku macam tak berpijak di bumi yang nyata sangat . selalu perasan kurus walaupun da terang tang tang yang banyak lemak yang melemakkan diri di badan aku . dulu selalu marah aiman bila dia komen aku gemuk dalam gambar . aiman je la pun yang akan selalu cakap aku gemuk . bila da lebih 44 kali , maka ianya jadi realiti . aiman , lain kali cakap la aku ni kurus macam heidi klum ke , macam izara aisyah ke . kata kata tu doa , man . kan aku dah gemuk sekarang -.-


2010


2012

see . korang boleh tengok sendiri lemak yang aku ternak selepas dua tahun . actually badan start naik bila degree . dan alasan cliche yang aku akan bagi bila orang tanya soalan cliche kat aku kenapa badan aku da naik adalah sebab aku pergi kelas naik kereta bukan lagi berjalan kaki macam time diploma dulu . walaupun cliche tapi sangat masuk akal . badan ni kalau dimanjakan sangat memang akan berlemak pun . kan hadirin hadirat sekalian ? -.-

lagi satu sebab yang aku selalu nafikan kebenarannya ialah makan ais . ataupun lebih dramatik lagi bunyinya kalau ais merupakan dadah aku start dari part 5 diploma . bukan ais ais baby tu tapi ais ketul . habit aku yang suka beli ais ketul 50sen kat dining then ratah macam makan popcorn time tengok wayang tu telah membawa aku kepada aku yang sekarang yang macam kena pam tayar hilux tu . 

dan orang orang yang selalu bertanya soalan cliche kenapa aku gemuk sekarang , mesti mereka sertakan sekali jawapan cliche mereka sekali , bahagia letewww . walaupun cliche lagi tipikal malaysian , jika dilihat berdasarkan gambar bukti , ada kebenarannya sebab nazrullah pun macam ada perbezaan je . hewhew .

makanya sekarang aku tutupkan entri ini dengan titik nokhtah sahaja .

motif entri sipa ? -.-

2 comments: