asslamualaikum wbt .
oleh kerana aku tidak mempunyai sebarang telepon bimbit android yang boleh instagram mahupun aipad mahupun telepon bimbit yang berkamera lagi berinternet , maka aku ambil keputusan untuk hapdet blog sekarang ini biarpun tahap kepenatan adalah tahap gaban akibat mengemas satu rumah dua tingkat satu hari berturut turut . dengan keadaan kesehatan yang kadangkala maseh terbongkok bongkok , namun tetap digagahkan diri untuk sama sama membanting tulang mencari rezeki mengemas rumah sempena raya yang bakal menjelma beberapa jam lagi kalau sabtu raya . tapi kalau ahad raya , maka berjam jam jam jam lagilah nampaknya raya akan menjelmakan dirinya itu . kepada yang tertanya tanya mengapa aku terbongkok bongkok , jawapannya kerana aku sakit pinggang da dekat tiga minggu sebab apa pun tak tau lepas tu aku malas malas nak makan ubat . nazrullah , sila jangan marah . sekian .
okayy . belum sekian lagi sebenarnya .
seperti yang aku maklum , ada tweet tweet aku sebelum ni yang berunsurkan tak esaited nak raya . tapi semenjak beli kasut raya petang tadi , hati dan jiwa terus rasa berkobar kobar nak keliling kampung kutip duit raya . namun apakan daya , biarpun rupa fizikal dan inci tinggi mengizinkan , namun umur yang duapuluhdua telah tidak mengizinkan aku membuat begitu . biarpun mak aku selalu bagi sokongan untuk beli beg nak isi duit raya , tapi sebagai seorang kakak yang berjaya , walaupun selalu orang anggap adik aku tu kakak , aku segan sebenarnya nak keliling kampung kutip duit raya . melainkan kalau orang hulur . aku terpaksa ambil demi tidak mahu mengecilkan hati mana mana pihak . puii untuk diri sendiri dua minit .
okayy . da habis dua minit .
setelah habis dua minit , aku pun lupa nak taip apa tadi . demm untuk diri sendiri pula . okayyy . lupa terus . cis -_________-
bercerita tentang pra raya , persiapan hanya biasa biasa saja . setakat baju kebaya sepasang yang mak cik tukang jahit buat besar gila amboi perli aku ke hape dan fishtail dress dari cotton on yang berharga rm30 sehelai dan sepasang kasut raya yang mak aku cakap pelik tapi aku cakap osem . cukup lah . cewahh . gambar tunggu lepas raya . hewhewhew *gelak malu kucing*
maka dengan ini , saya , shazatul shifaa zulaikha binti zulkifli ingin menaipkan selamat hari raya aidilfitri . mohon ampun dan maaf andai pernah atau ada menyakitkan hati anda anda semua baik dari segi perbuatan , percakapan mahupun mimik muka yang tidak terkawal ini walaupun anda anda sekalian tidak nampak muka saya ketika menaip entri . mimik muka yang tidak terkawal ini adalah hasil daripada saya menjadi conductor choral speaking suatu ketika dahulu . hewhewhew lagi . in addition , halalkanlah segala makan minum yang telah dibelanja mahupun dipaksa untuk belanja . selain itu , doa doakanlah saya dapat duit raya yang banyak pada tahun ini ataupun doa doakanlah impian saya hendak mendapat sony ericsson xperia arc secara percuma termakbul .
oleh kerana aku rasa entri da berinci inci panjangnya , apa kata aku mengakhirinya dengan seuntai gambar untuk dirasa . silakan menikmati gambar yang tak seberapa ini .
p/s : terima kaseh nazrullah sebab belikan hijabista lagi dan bagi kad raya besar gila
p/s II : terima kaseh ain sebab bagi kad raya jugak . lepas raya baru boleh balas . HAHA . ok . tau tak lawak pun -.-
p/s III : silakan jgn main mercun atau apa jenis bahan api ketika raya dan berturutan selepas raya ini . silalah sayang nyawa anda dan janganlah buat aku terkejut dan melatah tak tentu arah lagi . tolonglah .
No comments:
Post a Comment