Friday, February 17, 2012

entri gegurl : mekap cara saya (:

untuk pengetahuan anda anda semua , kulit muka aku ni berminyak tahap super dan hyper . jadi untuk mengelakkan dari kelihatan bersinar sinar a.k.a berkilat kilat dalam gambar mahupun apa jua keadaan , mari tengok apa yang diapplykan ke muka berminyak minyak yang boleh goreng ikan masin mahupun cokodok mahupun cucur udang .


1. pencuci muka . untuk masa sekarang ni aku guna garnier pure active . tapi aku guna yang scrub je . yang lain tu gambar hiasan . haha . ok tak lawak . aku ni jenis suka tukar tukar pencuci muka . tapi muka aku macam boleh adapt je ngan semua pencuci muka . tu aku macam tak kesah sangat .




2. foundation . ini suggestion daripada housemate aku . bukan suggestion sebenarnya . aku tengok dia pakai cantik so aku pun beli . haha . guess what ? memang osem . bila pakai ni muka akan kekal osem selama 16jam . lepas tu segala macam cela termasok celaka pun akan hilang serta merta . see the osem-ness ?


3. lepas dah berfoundation bagai , mari membubuh bedak di sekeliling rupa paras . ini bedak adik aku yang aku pakai . sebab budak budak macam adik aku tak elok mencemar kulit dengan bedak orang dewasa ni . muahaha . kesannya , so far so good . tapi aku lagi suka pakai yang pixy punya . sebab lebih tahan lama . 


4. untuk menampakkan pipi tidak kusam macam zomba kampung pisang , aku turut menyapu nyapu blusher ini ke pipi yang selambak ini . banyak teknik nak bagi pipi nampak itu ini , tapi aku tak terer sangat nak berteknik teknik bagai . aku bukan budak sekolah teknik dulu . haih . aku pakai ikut suka aku je . asalkan tak nampak pelik kira ok la tu kan .


5. eyeliner . ini eyeliner febreto aku . hyper sharp eyeliner . sumpah sharp . nak pakai pun senang . tak comot macam pakai liquid eyeliner . fyi , aku memang tak terer pakai liquid eyeliner . muahahaha . mata aku pun tak besar mana . kalau tak pakai eyeliner nampak macam kak limah pulang petang je . kuyu nak tidur je kje . so , ini jalan penyelesaiannya . 


6. last but not least , maskara . bulu mata aku tak panjang macam rozita che wan punya bulu mata palsu . so , aku guna maskara ni . bukan nak bagi panjang pun sebenarnya . tidak sama sekali . cuma kalau korang korang yang selalu mekap , perasan tak nanti lepas da pakai bedak tu , bulu mata pun macam terpakai bedak sekali . dah apa dah . so , konklusinya adalah apply this to my bulu mata . DONE :D

mari tengok kesannya .


sebelum
muka berminyak 
parut jerawat tak nak kalah lagi 


selepas 
okayy nilailah sendiri 

notabukulali : pagi tadi bangun lambat apa pun tak sempat . sekarang ni kalau muka boleh perah , da boleh goreng bawang goreng dah -.-

4 comments:

  1. bape harga foundation? nak try lah! <3

    ReplyDelete
  2. ingatkan akak selama ni akak guna liquid eyeliner...hehe kalo tak guna yang liquid tu boleh eh buat tajam kat hujung mata tu? :)

    ReplyDelete
  3. kalau x guna yg liquid pun boleh buat yg tajam kt hujung tu . depends la . akk x terer guna liquid sbb lmbt nk tggu kering . heee . jenuh nk kne gne hairdryer pulak nnt :P

    ReplyDelete