hari ni raya haji atau kalau nak lagi sedap raya korban . tapi kalau nak lagi sedap , raya aidiladha . baru separuh hari . tapi perasaan tak seronok dan boring itu melampau lampau tahapnya . melampau betul . sumpah tak tipu . dah la ayah g johor sebab ada kerja kat johor . haruslah kan ada kerja kat johor . takkan g johor sebab ada kerja kat itali kot . tampo diri sendiri jugak kang -.- raya haji hari ni tak macam raya . sebab bangun tetap lambat macam hari hari cuti buatan sendiri sebab malas g kelas . tapi untuk tetap merasakan suasana hari raya , aku pun pakai baju yang aku pakai time konvo hari tu . baju tu dua dalam satu . nak pakai time konvo boleh nak pakai time raya haji pun boleh . jimat kos sebenarnya . aku bukannya anak menakan mana mana menteri kat jepun nak beli baju banyak banyak buat baju pakai buang macam pampers drypers tu .
lepas siap siap pakai baju konvo yang cantek , sebagai anak yang rajin , haruslah menolong ibu di dapur . menolong menengok dan mengkritik masakan ibu di dapur . ok tak . aku hiris bawang laju laju macam master chef okayy . lepas tu tumbuk bawang puteh + cabai melaka untuk buat sambal untuk bihun sup macam master chef jugak okayy . master chef pun tak macam aku okayy . by the way , master chef tu tayang kat tv3 ke ntv7? aku konpius lah .
ok , bai . entri boring di hari raya haji dah tamat sebab da boring online .
ok . tiba tiba idea nak taip macam patah balik .
ok , nak taip ...
HAPPY EID IL ADH
&
EAT MORE CHIKIN
( ini lembu + kambing yang pesan suruh cakapkan )
p/s : hari ni tak tangkap sebarang jenis gambar pun . not in raya mood . sedih .
No comments:
Post a Comment