Monday, October 24, 2011

penghargaan besar besaran .

sebelum tiba hari konvo , esaited aku bagai nak gila . esaited nak g arau . esaited nak jumpa kawan kawan . esaited nak giggles macam selalu . esaited nak makan banyak banyak kat arau tercinta . sumpah . aku terlalu cintakan arau . aku cintakan suasana di arau . aku cintakan kawan kawan di arau .

sebelum hari konvo jugak aku sempat jatuh dekat masjid baru kat kuala perlis . standard la tu kan kalau aku jatuh . kalau aku tak jatuh nanti ramai sangat pulak orang impress dengan kehebatan aku yang tak jatuh kat mana mana tu . lutut luka . xde la teruk tapi teruk jugak la . menyeret jugak la jalan . tapi , atas pentas tetap maintain ayu lagi comel dan tembam . sebut pasal tembam , semua orang buta sebab cakap aku tembam dan dah gumuk macam domokun . okay , yang macam domokun tu aku yang tambah . tapi dorang tak buta sebenarnya . cuma dorang dah lama tak jumpa aku kan . oh . emosi maseh terngiang ngiang dengan kegumukan ni . haih .

pagi hari konvo sempat lagi g padang besar sebab nak puaskan nafsu perempuan yang suka bersoping . mana tak nya . aku beli sampai dua spek . memang nafsu . lepas soping sopingan , rush rush pulak nak tukar baju kat semejid . sampai tak sempat nak berhenti kejap kat chuping nak tangkap gambar . sampai frust dan termenangis jugak la . dan terus rasa tak seronok nak berkonvo . tapi tak seronok tu hilang bila jumpa kawan kawan dan tiba tiba ada orang yang cakap tak boleh datang , muncul pulak kat podium kan -.-


 terima kaseh ayah ibu sebab jadi penaja sepanjang pengajian (:
maaf sebab dapat satu bintang je


yang tengah tengah tu betul betul buat terkejut mawas sebab tiba tiba muncul kat pintu dewan time aku nak masuk dewan . terima kaseh sebab datang dari jauh dan hadiah hadiah nya ya , sayang (:


yang ni maleh cakap . tapi kena cakap jugak sebab beliau banyak tolong aku time diploma . tolong bagi pinjam buku . tolong bawak g makan . dan bermacam macam lagi pertolongan yang dihulurkan yang terlalu banyak beliau tolong aku .  oleh kerana pertolongan beliau sangat banyak , maka aku am kan ucapan aku . terima kaseh untuk segala galanya ♥ 
perrggghhh kasot baru :P

 ini muka penat paling terpenat sampai pening pening tapi tetap senyum nampak semua gigi .

 ini kesayangan paling tersayang ♥

kenapa harus ada aiman dan razlan ? apa function mereka ?


oh ya .

terima kaseh jugak untuk semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pengajian aku sepanjang diploma ni . banyak aku kira . sepupu sepapat , pak pak menakan , mak mak menakan , dan semua semua nya . tapi aku nak highlight kat pak usu sebab aku tak dapat lagi kenny rogers sampai sekarang ni . haha .

banyak jugak yang komen dekat album konvokesyon . cekgu cekgu sekolah pun ada . dan ini paling buat aku terharu .


aku memang budak nakal . dan sampai sekarang aku maseh nakal :P

8 comments:

  1. 1..i kembang hidung

    ...sebab tengok gambar cik zul yang pakai baju batik yang i hadiahkan tu...hehehhe..:) :) :)

    2...i rasa nak nangis

    ...bila tengok u berjubah konvo...bangga sungguh i

    3..i rasa nak meraung

    ...bila u masih dok ingat lagi janji kenny rogers tu...waaaaaaaa
    (akan dikotakan janji itu dengan tawaran@package yang lebey menarik..tungguuuuu)


    P/s
    ikhlas dari hati....kenakalan anda di raikan

    ReplyDelete
  2. okey,modem streamyx dh ganti,,br bley on9..
    Tahniah atas segulung diploma pengurusan perniagaan yang anda berjaya genggam..Teruskan usaha anda untuk segulung ijazah sarjana muda dengan kepujian pemasaran,, (^_^)

    ReplyDelete
  3. syafiq , kak manaal : terima kaseh :D

    abg usu : pakej yg lebih menarik ? waahhh . nk bwk i g endon kah ? haha :P

    MIZ : tikiyu2 :D

    anak encik din : (+_+)

    ReplyDelete