Saturday, May 28, 2011

alkesah tentang ♥ (bahagian 1) .



hari itu 9 julai 2008 .  hari itu mood melayang jauh gara gara gurauan tidak membina rakan sekelas . hari itu ada annual grand meeting (AGM) . hari itu aku pakai baju kurung warna coklat yang sering dipakai ke majlis kematian . hari itu aku terpandang dia . macam aku kenal . ya , dia bukan artis . tapi rupanya sangat familiar . minda mencari cari siapakah namanya . tapi itu sesuatu yang mustahil . aku tak pernah tahu apakah namanya . yang pasti , dia satu taman denganku . Taman Fasa 2D .

tiba sesi memohon autograf para ahli jawatankuasa . dia salah seorang daripadanya . aku menuju ke arah dia .

aku : " abg 2D , nak sign "
abg 2D : " erk , abg 2D pong abg 2D la "

aku lihat autografnya di kertas oren aku . tertera nama Naz . Nazrullah Shahruddin . aku sudah temui jawapan .

dia senyum . manis .

hati aku turut tersenyum . bahagia .

TO BE CONTINUED ..

No comments:

Post a Comment