Friday, May 21, 2021

Weh apa ni

Assalamualaikum wbt ibuk ibuk bapak bapak shiapa yg punya anak bilang aku aku yg sedang malu sama teman temanku karna cuma diriku yg tak laku laku

amboi bagi salam sekali lirik lagu kau mampuuu

sebenarnya saja nak kasi panjang mukadimah sebab lama tak update blog sebab lupa password. aci tak? lebih setengah tahun jugak la kan tak usaha nak ingat password huhu. so, silent reader blog che pah ni pahabaq semuanya? kemahen soalan penuh keyakinan. harap harap sihat la hendaknya ye. sebab yg che pah tau yg selalu jadi silent reader blog che pah ni che pah sorang je kahkah sebab selalu trobek zaman belajar dulu. im the one who always rindeww my friends. my zaman belajar friends of course.

okaylahh. berbalik kepada motif mengingat password tapi tak ingat jugak last last tukar password baru ni, dah lama sebenarnya nak share kejadian hari bahgia stage pertama dan stage kedua dlm fasa kawen kawen ni.

WHAT??

kawen kawen u said??

yes i am :)

Alhamdulillah. Selamat bertunang dengan  Nazrullah 26 Disember 2015 hari tu. tak hari tu sangat la kann hihi. so, mukadimah lepas bagi salam kat atas tu dah tak berape relevan la kot kan? hiks *gelak sopan tutup mulut*

perasaan?

perasaan ape ni? perasaan terhadap jong ki? no i tak berapa minat spesis muka perempuan ni tapi kadang kadang cair jugak. eh. perasaan time tunang ke?well, sempat nervous ada la dalam 3 saat je. nervous lagi time merisik. hahaha.


ni antara punca aku tak sempat nervous lama lama 
terima kasih kesayanganss
jasa korang aku kenang
muah ciked


preparation bertunang? 

biasa biasa je. baju pun pakai baju raya time birthday hari tu. hantaran biasa la. seni kretip ni lagi last minute lagi berseni. gitchewww. terima kasih ibunda sebab gubah bunga nak cucuk cucuk kat dulang hantaran :* terima kasih adik sebab hias pulut kacau kemahen comel love love bagai. terima kasih mak menakan sebab campak campak je gubah sirih junjung. tiru google je apedehal. 

well sebenarnya terima kasih semua untuk semuanya. sis terharu sangad. daripada taknak pelamin tetiba je ada pelamin mini last minute punya cerita. 


bunga pun pinjam dalila yeop punya haha
sampai ke sudah tak bagi balik kahkah


eh Ya Allah. Lepas 5 tahun jadi draft wehhh. Minggu depan nak masuk 5 tahun kawen dah. Apoooo? Tetiba boleh log in pulekkkkk. Rasa macam nak sambung berblog balik. Tibehhh





Tuesday, September 29, 2015

Bukan Propa.

Assalamualaikum wbt semuanya :)

Hari tu ada janji kann nak story mory pasal kelebihan Haura Skincare? Baiklah tanpa mukadimah yang lagha lagi panjang sepanjang 7km, moleklah aku teruskan penceritaan mengikut kronologi. cewahhh


Yang ni pencuci muka Haura Skincare ataupun nama glamornya STAY CLEAR FACIAL CLEANSER. Antara bahan bahan yang digunakan dalam STAY CLEAR FACIAL CLEANSER ni termasuklah aloe vera, madu, timun, daun pudina dan minyak argan. nampak sangat Pah translate je kan hihi. Whateva *flip shawl* haaa botanikal ke tidakkk? 

Kelebihan STAY CLEAR FACIAL CLEANSER 
- Membersihkan wajah secara lembut
- Pembersihan secara mendalam
- TANPA BUIH dan TIADA BAHAN KIMIA
- Menyegarkan wajah dan mendinginkan kulit
- TANPA SEBARANG PEWANGI atau PEWARNA
- Tidak mengeringkan kulit
- Sesuai untuk semua jenis kulit

Review sikit :
Sebelum ni aku memang  guna pencuci muka yang jenis sabun buku tu, so selalunya muka memang akan cepat kering umpama di padang pasirullazi. Tapi bila guna STAY CLEAR FACIAL CLEANSER memang rasa muka bersih ya amat walaupun memula macam rasa macam tak syok alaaa nape takde buih rasa macam was was cuci ke tidak muka aku ni kan tapi sebenarnya bila dah guna memang best. Rasa lembut je muka. Rasa selamat. 


Yang ni pulak INTENSIVE REPAIR ESSENCE ataupun nama manja dia essence. Nak lagi manja, boleh panggil serum la. Aku paling suka essence dia. Bukan berfungsi lagi. Geram je rasa. Nasib la dia essence kalau dia baby dah lama kena gomol gomol. Eh

Kelebihan INTENSIVE REPAIR ESSENCE
- Mengecutkan pori pori
- Melembutkan kulit
- Menggantikan toner
- Menegangkan kulit serta meremajakan kulit serta merta TANPA BOTOX
- Memudarkan parut jerawat dan jeragat
- Mengecutkan jerawat batu
- Mengelakkan jerawat tumbuh kembali
- Merawat kulit rosak

Review sikit :
Okay nak tau tak sebab apa aku paling suka essence dia? kejap nak kasi bukti konkrit ehh


malam jerawat timbul. calit essence sikit night cream sikit. esok tu sapsupsap jerawat kecut. seronok betul sampai rasa nak terbang ke bulan. Eh



Okayy yang ni pulak merupakan ICE TREATMENT DAY CREAM ataupun boleh panggil day cream la senang cerita. Pun best jugak sebab bau dia macam mint mint gitcheww. Haruslah bau mint sebab memang diperbuat daripada mint. Takkan nak bau durian pulak ehh engkorang nii

Kelebihan ICE TREATMENT DAY CREAM
- Berfungsi sebagai pelembap wajah
- Melindungi kulit dengan SPF30
- Melembutkan dan menyegarkan kulit
- Merilekskan kulit dengan kesegaran pudina
- TIDAK mengandungi sebarang bahan kimia
- Berwarna hijau kerana diperbuat daripada ekstrak pudina
- Boleh dijadikan asas kepada make up dan make up tahan lebih lama

Review sikit :
Rare kot day cream warna hijau. Tak payah risau la muka engkorang jadi macam Hulk mahupun Princess Fiona. Memang sejuk bila pakai. Tak melekit langsung sebab mostly krim krim yang aku pakai sebelum ni memang melekit. Dah la memang muka ni memang jenis berminyak ya rabbi tahap dah boleh goreng ayam untuk rumah kenduri dah. Tapi bila pakai ICE TREATMENT DAY CREAM ni, even lepas aku memasak sambal tumis udang ke, goreng ikan masin ke, muka tetap maintain macam retis dalam rancangan masakan tu. Lagi satu, tau tak sebab apa panggil ICE TREATMENT?? sebab Haura Skincare ni merupakan skincare yang menggunakan RAWATAN AIS PERTAMA DI MALAYSIA. haaaa hebat ke tidakkk?


Last but not least, LUXURY RENEWING NIGHT CREAM ataupun night cream. Setelah menjalankan kajian *bapak menipu* okay takk survey je mostly ramai yang malas pakai night cream ni. Mungkin terlupa atau tertidur ataupun tetiba macam termalas nak pakai. Haaa jangan malas malas tau LUXURY RENEWING NIGHT CREAM ni banyak gila kelebihannya. Plus, time tidoq la pun nak rawat kulit. Time kulit muka kita tengah rehat.

Kelebihan LUXURY RENEWING DAY CREAM
- Melembapkan & melembutkan kulit seperti bayi baq angg
- Merawat kulit yang terpendam eh macam tajuk lagu je tu
- Memperbaharui sel kulit
- Memudarkan parut *the BEST part*
- Membuatkan kulit lebih GLOWING & BERMAYA
- Mencerahkan kulit

Review sikit :
Tekstur lembut & tak melekit. Berapa kali dah sebut pasal tak melekit ni sebab memang Haura Skincare ni tak melekit langsung bila pakai, Calit sikit je then ratakan ke seluruh muka. Sikit je tak payah banyak banyak even muka engkorang beso pinggan pun confirm cukup. Produk yang sebelum sebelum ni kalau pakai serum ngan night cream, bangun pagi mesti rasa berminyak muka macam lori minyak eksiden atas muka kita time tidoq. Tapi dengan LUXURY RENEWING NIGHT CREAM Haura ni, tak payah risau dah lori minyak nak eksiden ke ape ke. Confirm bangun pagi rasa fresh je muka dan cantik macam bidadari. Amboii

Jangan risau tauu. Haura Skincare ni sape sape pun boleh pakai. Lelaki, perempuan, kanak kanak, ibu mengandung, mak cik kantin, pak guard sekolah mahupun kucing sebelah rumah *haa try la kalau berani* 


HAURA SKINCARE ni 100% diperbuat daripada bahan botanikal.
TIADA PENGELUPASAN tauu.
TANPA PARABEN 
TANPA MERKURI
TANPA HYDROQUINNON

Haa kalau ada rasa tercabar keimanan, nak order Haura bolehlah direct whatsapp ye di nombor yang tertera di skrin tv anda. Eh

WHATSAPP 
+6013-4147927